Masih ramai diantara pemegang polisi Takaful AIA yang masih tidak tahu bagaimana untuk membayar caruman Takaful mereka melalui Online Banking di Maybank2u. Artikel ini akan membantu serta menunjukkan cara-cara bagaimana anda boleh membuat caruman bulanan takaful secara Online menggunakan Maybank2u.
Ikuti Langkah-Langkah Mudah Seperti Dibawah
1. Buka link http://www.maybank2u.com.my/
2. Klik Login.
3. Masukkan Username. Kemudian, Klik Next.
4. Masukkan Password. Kemudian, Klik Login.
5. Lihat pada bahagian Quick Link, klik untuk melihat senarai penuh.
6. Klik Bill Payment pada senarai dan klik Go.
7. Seterusnya, Klik Make a one-off payment.
8. Lihat pada bahagian View all payees by category, klik select from list untuk melihat senarai penuh.
9. Klik Insurance & Takaful dan klik Continue.
10. Lihat pada Insurance & Takaful, klik Select from list untuk melihat senarai penuh.
11. Klik AIA Public Takaful Bhd pada senarai dan klik Continue.
12. Masukkanjumlah bayaran yang hendak dibuat pada kotak Amount.
13. Masukkan Nombor Polisi Takaful anda pada kotak Policy Number. (Sekiranya anda tidak pasti apakah nombor polisi anda, sila semak nombor polisi di Helaian Polisi anda, lihat pada bahagian Certificate Number).
14. Masukkan Nama Pemegang Polisi pada kotak Policyholder’s Name. (Rujuk Person Covered untuk Nama Pemegang Polisi). Seterusnya, klik Continue.
15. Klik Request for TAC untuk mendapatkan TAC Number. TAC Number akan diberikan melalui SMS ke Telefon Bimbit Anda dalam beberapa saat. Masukkan TAC Number pada kotak TAC. Seterusnya klik Confirm.
16. Pembayaran Telah Berjaya dibuat sekiranya anda melihat Status: Successful.
17. Klik Print receipt untuk melihat Resit Pembayaran. Sila simpan Resit untuk rujukan pada masa depan.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda