Berat badan ideal merupakan elemen terpenting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Tinggi setiap orang berbeza maka berat badan ideal juga berbeza. Oleh itu, sistem BMI diperkenalkan.

Berat Badan Ideal Mengikut Ketinggian & BMI

Apa Maksud BMI?

BMI adalah Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan. Ia adalah nilai ukuran yang memudahkan seseorang menentukan sama ada berat badan yang dimiliki adalah seimbang atau tidak, mengikut kadar ketinggian seseorang.

Jika BMI terlalu tinggi atau terlalu rendah, anda kemungkinan berisiko tinggi mengalami sakit kronik seperti :

  • Darah Tinggi
  • Diabetes
  • Penyakit Jantung
  • Mudah dijangkiti Virus
  • Keletihan Kronik
  • Anemia
  • Dan lain-lain

Nilai BMI dibahagikan kepada 4 Kategori.

Apakah 4 Kategori BMI?

Kurang Berat Badan (Underweight) – Di bawah 18.5

Keadaan masalah berat badan kurus yang kronik. Boleh mendatangkan penyakit yang serius jika terus dibiarkan. Jumpa doktor untuk rawatan dan nasihat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Berat Normal – 18.5 Sehingga 24.9

Berat ideal dan tahap kesihatan yang baik yang perlu dikekalkan. Jaga pemakanan dan kekalkan aktiviti senaman harian.

Berat Badan Berlebihan (Overweight) – 25.0 Sehingga 29.9

Keadaan amaran yang boleh menjadi titik permulaan bagi masalah Darah Tinggi dan Diabetes. Perlu beraktiviti senaman lebih kerap dan mulakan diet yang sihat agar BMI kembali kepada keadaan Normal.

Obesiti – 30.0 atau Lebih

Berat badan yang sangat berbahaya. Berkemungkinan terdedah dengan masalah yang sangat besar iaitu Diabetes tahap kronik dan Serangan Jantung (Heart Attack). Perlu berjumpa doktor untuk rawatan dan nasihat untuk kembalikan berat ideal atau berat yang sepatutnya dicapai.

Bagaimana Nak Kira BMI?

Secara formulanya : BMI = (Berat kg)/(Tinggi m)²

Anda juga boleh menggunakan kalkulator dibawah. Masukkan Ketinggian anda dalam unit sentimeter (cm). Semak berat ideal yang sepatutnya anda perolehi.

Berat (kg) pada BMI 18.5

Berat ideal pada paras minima. Jika berat lebih rendah dari ini, anda akan berada dalam kategori kurang berat badan (underweight).

Berat (kg) pada BMI 25.0

Berat ideal pada paras normal. Jika berat lebih tinggi dari ini, anda akan berada dalam kategori berat badan berlebihan (overweight).

Berat (kg) pada BMI 29.0

Berat ideal pada paras maksima. Jika berat lebih tinggi dari ini, anda akan berada dalam kategori obesiti.

Apa Kaitan BMI dan Pelan Takaful?

Semestinya untuk seseorang mendaftar Pelan Takaful tidak kira Pelan Hibah atau Pelan Medical Card atau pelan-pelan lain, syarikat Takaful akan meneliti tahap kesihatan seseorang sebelum meluluskan permohonan pendaftaran Takaful.

Diantara yang akan diteliti termasuklah rekod sejarah kesihatan dan BMI (Berat dan Tinggi) terkini.

Jika seseorang itu tidak berada dalam keadaan kesihatan yang baik, pihak Syarikat Takaful berhak untuk menaikkan kadar caruman atau lebih teruk lagi, tidak meluluskan permohonan anda.

Jaga kesihatan, jaga pemakanan, sentiasa pantau tahap kesihatan anda dengan membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik dan hospital berhampiran. Pastikan anda betul-betul sihat sebelum anda mendaftar sebarang Pelan Takaful.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda