Deduktibel dan Ko-Takaful adalah elemen penting dalam Pelan Medical Card. Ia sering menjadi kekeliruan bagi setiap orang yang ingin mendaftar dan mendapatkan Pelan Medical Card.

Beza Deduktibel & Ko Takaful Deductible vs Ko Insurans

Dalam Artikel ini kita akan bincangkan beberapa perkara penting seperti :

  1. Definisi Deduktibel
    • Apa Itu Deduktibel?
    • Apakah Fungsi Deduktibel?
    • Contoh Pengiraan Deduktibel?
  2. Definisi Ko-Takaful atau Ko-Insurans
    • Apa Itu Ko-Takaful atau Ko-Insurans?
    • Apakah Fungsi Ko-Takaful atau Ko-Insurans?
    • Contoh Pengiraan Ko-Takaful atau Ko-Insurans?
  3. Kelebihan dan Kekurangan Deduktibel dan Ko-Takaful
    • Apakah Kelebihan Deduktibel dan Ko-Takaful?
    • Apakah Kekurangan Deduktibel dan Ko-Takaful?
    • Yang Mana Lebih Baik?
  4. Deduktibel Dan Ko-Takaful Dengan Pelan Medical Card AIA

Huraian bagi setiap perkara adalah seperti di bawah :

Definisi Deduktibel

Apa Itu Deduktibel?

Deduktibel adalah satu Jumlah Bayaran Tetap yang perlu dikeluarkan atau ditanggung oleh Pelanggan (Klien) Medical Card sebelum mendapatkan rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital untuk satu Penyakit atau satu Musibah. Tidak kira berapa pun Jumlah Bil Rawatan.

Ia adalah berbeza dengan Caj Deposit Hospital. Caj Deposit Hospital kadangkala dikenakan tetapi akan dikembalikan kepada Pelanggan setelah selesai semua proses rawatan. Manakala, deduktibel tidak akan dikembalikan kepada Pelanggan.

Apakah Fungsi Deduktibel?

Fungsi deduktibel adalah bagi mengelakkan daripada Pelanggan menggunakan Medical Card secara tidak bertanggungjawab atau menggunakan secara sesuka hati kerana tahu yang mereka tidak perlu bayar apa-apa caj.

Contohnya, menggunakan Medical Card untuk kes-kes yang tidak memerlukan kos rawatan yang besar semisal demam, selsema dan batuk, yang hanya perlu dapatkan rawatan di klinik biasa.

Dengan adanya deduktibel, pelanggan akan lebih berhati-hati dalam menilai sama ada mereka betul-betul perlukan rawatan di hospital atau hanya perlu pergi ke klinik untuk rawatan penyakit yang tidak memudaratkan.

Fungsi yang lain adalah ia dapat mengurangkan dan menurunkan kos caruman bulanan atau tahunan Medical Card.

Contoh Pengiraan Deduktibel?

A mempunyai Medical Card yang berdeduktibel RM500.

A sakit perut kronik. A merasakan sakit perutnya bukan seperti biasa. A pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. A akan menjalani Pemeriksaan Awal (Pre-Hospitalisation) diikuti dengan Dimasukkan Ke Wad (Admitted/Warded) untuk menerima rawatan. Selepas dikeluarkan, A akan menjalani Pemeriksaan Lanjutan (Post-Hospitalisation/Follow Up) sehingga rawatan betul-betul selesai dan kembali sihat.

Jumlah keseluruhan Bil atau Kos Rawatan adalah RM15,000.

Berapakah Jumlah Bayaran Deduktibel yang perlu dikeluarkan A sepanjang menerima keseluruhan rawatan?

  • RM500 sahaja.

Bilakah A perlu mengeluarkan bayaran tersebut?

  • Sebelum Dimasukkan Ke Wad (Admitted/Warded).

Berapakah Jumlah Kos Rawatan yang ditanggung oleh Syarikat Takaful?

  • RM14,500 (setelah ditolak dengan RM500 yang dikeluarkan oleh A).

Definisi Ko-Takaful atau Ko-Insurans

Apa Itu Ko-Takaful atau Ko-Insurans?

Ko-Takaful adalah Perkongsian Bersama Bil atau Kos Rawatan antara Pelanggan dan Syarikat Takaful apabila anda menggunakan Medical Card. Caj Ko-Takaful adalah dalam bentuk peratusan. Kebiasaannya 20% daripada Jumlah Bil Rawatan perlu ditanggung oleh Pelanggan. Manakala selebihnya (80%) akan ditanggung oleh Syarikat Takaful.

Apakah Fungsi Ko-Takaful atau Ko-Insurans?

Fungsi Ko-Takaful adalah bagi mengelakkan daripada Pelanggan menggunakan Medical Card secara tidak bertanggungjawab atau menggunakan secara sesuka hati kerana tahu yang mereka tidak perlu bayar apa-apa caj. Sama seperti Deduktibel.

Contoh Pengiraan Ko-Takaful atau Ko-Insurans?

B mempunyai Medical Card yang berKo-Takaful 20%.

B sakit kepala kronik. B merasakan sakit kepalanya bukan seperti biasa. B pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. B akan menjalani Pemeriksaan Awal (Pre-Hospitalisation) diikuti dengan Dimasukkan Ke Wad (Admitted/Warded) untuk menerima rawatan. Selepas dikeluarkan, B akan menjalani Pemeriksaan Lanjutan (Post-Hospitalisation/Follow Up) sehingga rawatan betul-betul selesai dan kembali sihat.

Jumlah keseluruhan Bil atau Kos Rawatan adalah RM15,000.

Berapakah Jumlah Bayaran Deduktibel yang perlu dikeluarkan B sepanjang menerima keseluruhan rawatan?

  • 20% daripada RM15,000 = RM3,000.

Bilakah A perlu mengeluarkan bayaran tersebut?

  • Selepas Bil Akhir dikeluarkan.

Berapakah Jumlah Kos Rawatan yang ditanggung oleh Syarikat Takaful?

  • RM12,000 (setelah ditolak dengan RM3,000 yang dikeluarkan oleh B).

Kelebihan dan Kekurangan Deduktibel dan Ko-Takaful

Apakah Kelebihan Deduktibel dan Ko-Takaful?

Ia dapat mengurangkan atau menurunkan kadar Caruman Bulanan atau Tahunan Pelan Medical Card. Sesuai dengan bajet yang anda sediakan.

Ia juga dapat memberi kesedaran kepada Pelanggan tentang kepentingan dalam menggunakan Medical Card secara berhemah dan hanya menggunakan Medical Card apabila betul-betul memerlukan rawatan yang berkos besar.

Apakah Kekurangan Deduktibel dan Ko-Takaful?

Pelanggan perlu menyediakan sejumlah wang tunai untuk membayar sebahagian dari kos rawatan mereka. Ini bermakna pelanggan wajib merancang bajet dan mengasingkan wang bagi tujuan tabung kecemasan sekiranya ingin menggunakan Medical Card.

Yang Mana Lebih Baik?

Deduktibel jumlahnya adalah tetap. Jadi, asingkan jumlah tersebut dalam Tabung Kecemasan yang kelak akan digunakan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Ko-Takaful jumlahnya tidak tetap, tertakhluk kepada peratusan. Jadi, lagi tinggi jumlah bil rawatan yang dicaj, lagi tinggilah jumlah Ko-Takaful yang perlu ditanggung oleh Pelanggan. Berita baiknya, Medical Card yang mempunyai fungsi Ko-Takaful adalah lebih murah berbanding Medical Card yang mempunyai fungsi Deduktibel.

Deduktibel Dan Ko-Takaful Dengan Pelan Medical Card AIA

Pelan Medical Card AIA datang dengan 2 pilihan :

  • Deduktibel RM500. atau
  • Ko-Takaful 20% dari Jumlah Bil atau Maksima RM3,000. Bermakna, jika contohnya Bil Rawatan yang dikeluarkan RM25,000. Pelanggan hanya perlu tanggung RM3,000 sahaja. Bukan 20% (RM5,000).

Kesimpulannya, Deduktibel dan Ko-Takaful adalah dua istilah penting dalam Pelan Perlindungan Kesihatan, yang perlu difahami oleh setiap pemegang polisi Medical Card agar tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Rujuk Penasihat Takaful untuk keterangan lebih lanjut.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda