Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun. Sudah menjadi kewajipan kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT, MRTA, atau MLTA.
Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA & MLTA
Polisi Perlindungan ini akan membayar semua Baki Hutang Pinjaman Bank anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Dengan itu, Keluarga tidak akan terbeban dengan Hutang yang anda tinggalkan. Terdapat beberapa pilihan polisi yang anda boleh lakukan untuk perlindungan ini. Antaranya :
- Perlindungan Hutang Rumah Takaful
- MRTT : Mortgage Reducing Term Takaful
- MLTT : Mortgage Level Term Takaful
- Perlindungan Hutang Rumah Konvensional
- MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
- MLTA : Mortgage Level Term Assurance
Disini kita akan fokus kepada Perlindungan Hutang Rumah Takaful (Patuh Syariah) MRTT dan MLTT.
Bagaimana Menentukan Samaada MRTT atau MLTT Adalah Yang Terbaik?
Langkah 1 : Kenal pasti Tujuan sebenar membeli harta/rumah. Samaada untuk kediaman sendiri atau sebagai satu medium pelaburan. Ia akan menentukan berapa lama anda akan memegang harta ini.
Langkah 2 : Menganalisis bajet bulanan atau tahunan yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah khusus untuk tujuan polisi perlindungan. Ini akan mengelakkan pembayaran tertunggak yang akan menyebabkan masalah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Dapatkan satu jumlah yang benar-benar anda mampu bayar secara konsisten untuk jangka masa panjang.
Langkah 3 : Setelah jumlah itu disahkan dan dipersetujui oleh anda dan pasangan, buat beberapa perbandingan dan pengiraan berkenaan polisi ini. Amatlah digalakkan untuk anda berjumpa dengan ramai agen dari syarikat-syarikat takaful bagi tujuan mendapatkan penjelasan, penerangan dan nasihat berkenaan polisi ini. Ia akan mengelakkan anda dari tersalah memilih polisi perlindungan yang sewajarnya.
Perbezaan MRTT dan MLTT
MRTT | MLTT |
---|---|
Tujuan Polisi | |
Perlindungan Hutang Rumah sahaja | Perlindungan Hutang Rumah + Hibah kepada Keluarga |
Jenis Perlindungan | |
Terhad kepada Kematian dan Hilang Upaya Kekal | Kematian, Hilang Upaya Kekal, dan Pilihan Perlindungan Tambahan seperti Waiver |
Harga Premium | |
Rendah | Tinggi |
Cara Pembayaran | |
Sekaligus | Ansuran atau Sekaligus |
Dibawah Pembiayaan Bank | |
Ya | Tidak |
Jika Refinancing Rumah | |
Polisi Terbatal | Polisi Tidak Terbatal |
Penama kepada Polisi | |
Penerima adalah Bank | Penerima boleh kepada Sesiapa Sahaja |
Kesesuaian Polisi | |
Jika anda Sihat Sepenuhnya | Jika anda Sakit/Ada Sejarah Sakit |
Rumah sebagai Kediaman Jangka Masa Panjang | Rumah sebagai Kediaman Jangka Masa Pendek |
Rumah untuk Keturunan | Rumah untuk Tujuan Pelaburan |
Tidak Bercadang untuk Refinancing | Bercadang akan Refinancing pada masa depan |
Contoh Situasi : Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman |
|
Baki Hutang dilangsaikan oleh pihak syarikat. Rumah milik Waris sepenuhnya. | Pampasan akan diterima oleh Penama/Waris. Penama/Waris akan membayar Baki Hutang yang diambil dari Nilai Pampasan. Lebihan Pampasan adalah milik Waris. Rumah milik Waris Sepenuhnya. |
Contoh Situasi : Tidak Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman |
|
Anda akan dapat RM0.00 Tiada Nilai Tunai |
Pilihan 1 : Polisi Dikekalkan Untuk Tujuan Polisi Takaful Hibah Keluarga Pilihan 2 : Polisi Ditamatkan Nilai Tunai boleh Dituntut |
Contoh Perbandingan Kiraan MRTT dan MLTT
MRTT | MLTT |
---|---|
Umur | |
28 | 28 |
Nilai Rumah | |
RM 500,000.00 | RM 500,000.00 |
Nilai % Pinjaman | |
90% | 90% |
Nilai Pinjaman / Perlindungan | |
RM 450,000.00 | RM 450,000.00 |
Caruman | |
RM 11,695.50 (Sekaligus) | RM 2,820.00 (Tahunan) RM 235.00 (Bulanan) |
Jumlah Caruman 30 Tahun | |
RM 11,695.50 | RM 84,600.00 |
Pulangan Selepas 30 Tahun | |
RM 0.00 | RM 86,900.00 |
Pampasan Jika Berlaku Hilang Upaya pada Tahun ke 3 | |
RM 411,300.00 | RM 461,300.00 (RM 411,300.00 Hutang Rumah RM 50,000.00 Waris) |
Pampasan Jika Berlaku Kematian pada Tahun ke 3 | |
RM 411,300.00 | RM 461,300.00 (RM 411,300.00 Hutang Rumah RM 50,000.00 Waris) |
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.