Bijak Merancang Kewangan Sempena Tahun Baru 2022

Masa selalunya berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, setahun boleh berlalu begitu sahaja. Dan, menjelang tahun baru, biasanya ramai yang akan menanam azam yang ingin dicapai pada tahun tersebut. Antara azam tahun baru yang popular sudah semestinya menurunkan berat badan, berhenti merokok, ingin menyimpan wang dan merancang kewangan pada tahun tersebut dengan lebih baik.

Merancang bajet sememangnya elok jika dibuat pada awal tahun, ini kerana anda boleh membuat bajet dengan lebih terperinci untuk setiap bulan pada tahun tersebut. Walau bagaimanapun, ini semua sebenarnya turut bergantung pada matlamat yang anda ingin capai pada tahun tersebut. Sempena tahun baru yang bakal menjelang, kami akan kongsikan beberapa tips berguna buat anda untuk merancang kewangan pada tahun baru dengan lebih bijak.

1. Mengkaji Semula Pendapatan Bulanan Dan Perbelanjaan Anda Untuk Tahun Yang Lepas

Anda pasti sudah memikirkan tentang perbelanjaan mana yang patut dikurangkan, menambah jumlah simpanan, mengurangkan beban hutang atau komitmen lain yang boleh dikurangkan. Untuk memudahkan proses merancang kewangan tahun baru ini, anda boleh menyemak semula pendapatan dan perbelanjaan anda untuk tahun sebelum itu. Semak semula pendapatan bulanan anda pada tahun sebelum dan kemudian buat kira-kira tentang komitmen bulanan anda sebelum ini, buat juga kira-kira tentang berapa jumlah perbelanjaan anda termasuklah perbelanjaan beli-belah.

Sebaik sahaja anda selesai menyemak semula perbelanjaan dan pendapatan anda untuk tahun sebelum ini, barulah anda boleh membuat kira-kira tentang perbelanjaan mana satu yang boleh dikurangkan dalam misi mencapai matlamat kewangan anda pada tahun baru.

2. Tetapkan Matlamat Baharu

Dalam mencapai bajet kewangan yang baik untuk tahun baru, anda perlu ada matlamat yang jelas. Matlamat ini bergantung kepada apa yang anda ingin capai pada tahun baru. Mungkin ada yang merancang ingin membeli rumah, menambah simpanan dalam pelaburan, mendapatkan pelan perlindungan takaful dan mungkin juga ada yang ingin menyimpan wang untuk pergi bercuti. Jadi, sebaik sahaja anda jelas dengan matlamat yang ingin dicapai pada tahun baru, barulah anda boleh membuat bajet kewangan tahun baru dengan lebih teliti.

3. Mengurus Dan Mengenalpasti Bajet Anda

Selepas anda menyemak kembali perbelanjaan anda pada tahun lepas dan ada matlamat yang jelas untuk bajet kewangan tahun ini, kini adalah masanya anda untuk ketahui cara mengurus dan mengenalpasti bajet anda. Anda boleh mula membuat penyelarasan semula perbelanjaan bulanan anda untuk tahun baru.

Kenal pasti komitmen bulanan yang penting, dan kurangkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak penting. Kenali yang mana satu adalah keperluan atau kemahuan. Jika apa yang anda inginkan pada bulan itu lebih kepada kemahuan, cuba kawal nafsu anda dalam berbelanja dengan fokus kepada matlamat yang anda ingin capai pada tahun itu. Ingat, azam yang ditanam perlu disertakan sekali dengan kesungguhan. Jika tiada kesungguhan dalam mencapai matlamat, perancangan kewangan anda untuk tahun baru tidak akan berjalan lancar.

4. Bersiap Sedia Dengan Strategi Melunaskan Hutang

Jika matlamat kewangan anda untuk tahun baru ialah untuk menguruskan hutang dengan lebih baik, anda perlu mempunyai strategi pembayaran balik hutang yang sesuai dengan bajet bulanan anda. Anda perlu memilih jumlah bayaran balik hutang bulanan yang membolehkan anda mengurangkan komitmen hutang apabila tiba hujung tahun. Tetapi harus diingatkan, jumlah bayaran balik hutang ini juga tidak seharusnya membebankan perbelanjaan bulanan anda.

Pilih jumlah yang realistik dan bersesuaian untuk anda bayar. Dan jangan lupa masukkan sekali jumlah hutang yang perlu dibayar itu di dalam kolum untuk bajet tahunan anda.

5. Mengautomasikan Penyimpanan Wang

Mengautomasikan penyimpanan wang dengan jumlah tetap setiap bulan ke akaun simpanan anda adalah salah satu cara yang paling mudah untuk membuat simpanan wang. Jika bank anda ada menawarkan pilihan untuk membahagikan akaun simpanan anda mengikut kategori berbeza, anda boleh membahagikan simpanan mengikut matlamat yang anda inginkan seperti simpanan wang kecemasan, simpanan untuk bercuti dan lain-lain.

Mengasingkan wang simpanan dengan cara begini sebenarnya adalah lebih mudah untuk dipantau dan anda boleh tahu berapa banyak jumlah yang telah terkumpul dan adakah anda boleh mencapai matlamat simpanan yang diinginkan apabila tiba masanya.

6. Membuat kira-kira khusus untuk perbelanjaan Pelan Takaful, Simpanan, Pelaburan, dan Persaraan

Amatlah penting untuk anda merancang perkara ini. Pelan-pelan ini akan lebih membantu anda untuk merancang Pengurusan Risiko untuk masa depan anda dan masa depan keluarga Anda. Sangat mudah untuk membuat kira-kira, hanya guna Kalkulator Takaful (klik link) yang kami sediakan, dan lihat berapa yang perlu anda sediakan untuk pelan2 tersebut.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma