Bantuan Perlindungan Covid-19 Untuk Semua Pegawai Kesihatan

Berita Gembira Khas buat Para Doktor, Jururawat dan Kakitangan Hospital yang bekerja di Hospital dibawah KKM yang terlibat dengan COVID-19.

Beberapa minggu kita telah melalui suatu tempoh yang tidak pernah berlaku kepada semua rakyat Malaysia. Kita menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membendung penyebaran COVID-19 di negara kita.

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang pantas mengaktifkan langkah-langkah keselamatan kesihatan boleh dibanggakan, di samping tenaga profesional dalam penjagaan kesihatan negara kami telah memberikan kita peluang berjuang untuk memecahkan rangkaian jangkitan dan mencegah virus daripada terus berkembang.

Ini bukan tugas yang dapat diperkecilkan, terutamanya bagi doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang dipanggil untuk berkhidmat di barisan hadapan. Walaupun sangat terdedah kepada risiko mendapat jangkitan, mereka tetap teguh dalam menjalankan tugas mereka, bekerja dalam tempoh masa yang lama untuk memantau, memeriksa, merawat dan menjaga mereka yang memerlukan rawatan akibat COVID-19.

Sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan yang dilakukan oleh Frontliner (Pegawai Kesihatan) COVID-19, AIA Malaysia melalui AIA Touching Lives – Program Tanggungjawab Korporat dan Sosial, AIA telah menjanjikan RM2 juta untuk diberikan sebagai penghargaan dan sokongan kewangan dalam bentuk Bantuan Perlindungan COVID-19 kepada Semua Doktor, Jururawat dan Kakitangan Hospital yang bekerja di Hospital dibawah KKM yang terlibat dengan COVID-19.

Sokongan ini disediakan berkuatkuasa 1 Mac 2020 dan berakhir sehingga 30 Jun 2020, atau apabila dana RM2 juta telah dikeluarkan sepenuhnya (yang mana lebih awal).

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang pantas mengaktifkan langkah-langkah keselamatan kesihatan boleh dibanggakan, di samping tenaga profesional dalam penjagaan kesihatan negara kami telah memberikan kita peluang berjuang untuk memecahkan rangkaian jangkitan dan mencegah virus daripada terus berkembang. Ini bukan tugas yang dapat diperkecilkan, terutamanya bagi doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang dipanggil untuk berkhidmat di barisan hadapan.

Walaupun sangat terdedah kepada risiko mendapat jangkitan, mereka tetap teguh dalam menjalankan tugas mereka, bekerja dalam tempoh masa yang lama untuk memantau, memeriksa, merawat dan menjaga mereka yang memerlukan rawatan akibat COVID-19.

Sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan yang dilakukan oleh Frontliner (Pegawai Kesihatan) COVID-19, AIA Malaysia melalui AIA Touching Lives – Program Tanggungjawab Korporat dan Sosial, AIA telah menjanjikan RM2 juta untuk diberikan sebagai penghargaan dan sokongan kewangan dalam bentuk Bantuan Perlindungan COVID-19 kepada Semua Doktor, Jururawat dan Kakitangan Hospital yang bekerja di Hospital dibawah KKM yang terlibat dengan COVID-19.

Sokongan ini disediakan berkuatkuasa 1 Mac 2020 dan berakhir sehingga 30 Jun 2020, atau apabila dana RM2 juta telah dikeluarkan sepenuhnya (yang mana lebih awal).

Apakah Jenis Bantuan Perlindungan COVID-19 Yang Disediakan?
Terkena Jangkitan COVID-19
  • Jika doktor, jururawat atau kakitangan hospital didiagnosis dengan COVID-19 apabila menjalankan tugas mereka, mereka akan menerima Elaun RM1,000 Tunai.
Berlaku Kematian Akibat COVID-19
  • Dalam kejadian yang tidak diingini bahawa doktor, jururawat atau kakitangan hospital meninggal dunia kerana COVID-19, Pampasan RM10,000 akan dibayar kepada warisnya.
Bagaimana Membuat Permohonan Bantuan Perlindungan COVID-19?

Langkah 1 : Email ke my.AIACareCovid19@aia.com .

Langkah 2 : Di dalam Email sila nyatakan Subjek : AIA CARES – PLEASE INDICATE NAME OF PATIENT dan senaraikan maklumat berikut :

Personal Details

  1. Full name (as per NRIC/Passport) :
  2. ID Number (NRIC/Passport) :
  3. Mobile number :
  4. Email address :
  5. Name of contact person (if not claimant) :
  6. Relationship to claimant (if applicable) :
  7. Designated Hospital :

Payment Details

  1. Bank accountholder name :
  2. Bank account number :
  3. Bank name :

Langkah 3 : Pastikan juga dokumen-dokumen seperti dinyatakan dilampirkan.

Terkena Jangkitan COVID-19
  1. Surat Pengesahan Jangkitan COVID-19
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Dokumen Pengesahan Kakitangan dari Hospital (Surat Tawaran Pekerjaan/Kad ID Pekerja)
Berlaku Kematian Akibat COVID-19
  1. Sijil Kematian dengan Pengesahan Jangkitan COVID-19
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Dokumen Pengesahan Kakitangan dari Hospital (Surat Tawaran Pekerjaan/Kad ID Pekerja)
  4. Salinan Dokumen Benefisiari Waris yang berdaftar dengan Jabatan Sumber Manusia Pihak Hospital

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma