Apakah Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful?

Apa itu Hibah

  • Hadiah (wang tunai atau harta).

Apa itu Hibah Bersyarat

  • Hadiah (wang tunai atau harta) yang akan diberikan secara mutlak selepas berlakunya kematian kepada pemberi hadiah.

Apa itu Takaful

  • Satu Skim Insurans berlandaskan prinsip Islam dengan menggunakan konsep tabung derma.
  • Contoh : A, B, C dan D menderma didalam satu tabung sebanyak RM1,000 seorang. Maka, didalam tabung terdapat RM4,000. Jika berlaku musibah kepada A, sejumlah Nilai Pampasan (contohnya RM3,000) akan dikeluarkan untuk membantu A.

Apa itu Hibah Takaful

  • Pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.
  • Contoh : Merujuk kepada contoh sebelum. Semasa mendaftar Takaful, A telah menetapkan bahawa Pampasan Takaful akan diberikan kepada Waris. Setelah berlaku kematian (musibah) kepada A, Maka, Nilai Pampasan (RM3,000) akan diterima mutlak kepada Waris.

Hibah Bersyarat

Kepentingan dan Kelebihan Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful

  1. Paling penting, apabila berlaku kematian, segala aset akan dibekukan kecuali Pelan Takaful. Maka, segala Pampasan Takaful boleh diterima dengan cepat tanpa sebarang tangguhan.
  2. Boleh digunakan untuk menguruskan proses pencairan harta Wasiat dan Faraid.
  3. Boleh digunakan sebagai harta sementara sebelum harta-harta lain yang melalui Wasiat dan Faraid boleh diterima.
  4. Menyelesaikan perbelanjaan keluarga untuk beberapa tempoh.
  5. Segala hutang tertunggak boleh diuruskan keluarga dengan mudah dan pantas.
  6. Penama adalah penerima mutlak.
  7. Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja tidak kira ahli faraid atau bukan.
  8. Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid.
  9. Hibah tidak boleh dipertikai. Maka ia boleh mengelakkan daripada konflik keluarga seperti perebutan pampasan.

Mula merancang kewangan mulai hari ini demi melihat senyuman pada wajah keluarga yang anda sayangi dikemudian hari. Rujuk Hibah Takaful Individu untuk mendapatkan detail yang lebih terperinci, supaya anda mendapat pelan yang benar-benar bermanfaat untuk anda dan keluarga anda.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma