AIA Public Takaful Berhad menyediakan pelbagai produk takaful fleksibel mengikut keperluan dan kemampuan anda termasuk Perlindungan Asas atau Hibah, Perlindungan Kesihatan, Perlindungan Penyakit Kritikal, Perlindungan Kemalangan, Simpanan dan Pelaburan dan juga Perlindungan Manfaat Pekerja. Dalam kes kejadian yang tidak diingini, anda boleh menggunakan polisi perlindungan ini untuk melindungi risiko untuk diri sendiri, keluarga anda, isi rumah anda, juga masa depan anda termasuk bisnes anda.

Berikut adalah jenis pelan, ciri-ciri dan faedah-faedah asas yang ditawarkan dalam Pelan-Pelan Takaful :

  • Pelan Perlindungan Asas/Hibah
  • Pelan Perlindungan Kesihatan (Hospital)
  • Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Pelan Simpanan dan Pelaburan
  • Pelan Perlindungan Kemalangan
  • Pelan Perlindungan Manfaat Pekerja

Pelan AIA Terhebat

Ciri-Ciri dan Faedah-Faedah Pelan Takaful di AIA

1. Pelan Perlindungan Asas/Hibah

  • Perlindungan terhadap kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Perlindungan tambahan kematian akibat kemalangan.
  • Perlindungan tambahan kematian akibat bencana alam.
  • Perlindungan risiko semasa mengerjakan Haji dan Umrah.
  • Faedah tempoh matang.
  • Faedah bonus ulang tahun polisi.
  • Faedah nilai tunai/nilai serahan.
  • Pemeriksaan kesihatan dan faedah pemulihan.
  • Pilihan had umur perlindungan. Umur 70, 80 atau 100.
  • Pilihan tempoh pembayaran. 5, 10, 20 Tahun atau tempoh penuh.
  • Pilihan Rider Perlindungan Kesihatan, Perlindungan Penyakit Kritikal, Perlindungan Kemalangan, Simpanan dan Pelaburan.

2. Pelan Perlindungan Kesihatan (Hospital)

  • Dikenali juga sebagai pelan kad perubatan (Medical Card).
  • Pilihan sebagai rider kepada pelan perlindungan asas atau stand-alone.
  • Pilihan pakej individu, pasangan dan anak-anak.
  • Pilihan harga bilik harian hospital dan had tahunan.
  • Perlindungan dari pra-penghospitalan, penghospitalan, sehingga selepas penghospitalan.
  • Perlindungan rawatan pesakit luar akibat kes kemalangan.
  • Tiada Ko-Takaful.
  • Tiada Had Seumur Hidup.
  • Faedah penjagaan kehamilan dan faedah penjagaan kanak-kanak.
  • Faedah elaun harian ketika penghospitalan.

3. Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal

  • Perlindungan penyakit kanser.
  • Perlindungan penyakit kanser tahap awal.
  • Elaun tahunan dalam tempoh pemulihan penyakit kanser.
  • Perlindungan 39 penyakit kritikal.
  • Perlindungan tahap awal penyakit kritikal.
  • Perlindungan penyakit kritikal 3 serangkai.
  • Perlindungan penyakit khusus wanita.
  • Perlindungan komplikasi kehamilan.
  • Perlindungan anak semasa dalam kandungan dan selepas dilahirkan.
  • Perlindungan 32 penyakit kritikal khusus kanak-kanak.
  • Faedah penggantian gaji tahunan sehingga umur 75 sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Faedah pengecualian caruman kepada individu akibat menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Faedah pengecualian caruman kepada pembayar polisi (ibu/bapa) akibat menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

4. Pelan Simpanan dan Pelaburan

  • Memaksimumkan simpanan melalui pelaburan patuh syariah serta dilindungi oleh pelan takaful.
  • Pilihan tempoh simpanan. 5, 10 atau 20 Tahun.
  • Pilihan 3 dana pelaburan syariah.
  • Faedah bonus tahunan, faedah tempoh matang dan faedah nilai tunai.
  • Perlindungan terhadap kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Perlindungan tambahan kematian akibat kemalangan.
  • Faedah pengecualian caruman kepada individu akibat menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh bagi memastikan simpanan mendapat pulangan yang dijamin.

5. Pelan Perlindungan Kemalangan

  • Perlindungan tambahan kematian akibat kemalangan.
  • Perlindungan kehilangan anggota tubuh badan akibat kemalangan.
  • Perlindungan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Elaun mingguan apabila berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Faedah pembayaran balik kos perubatan kemalangan.
  • Perlindungan tambahan akibat rusuhan.

6. Pelan Perlindungan Manfaat Pekerja

  • Sebuah pelan takaful berkelompok.
  • Perlindungan terhadap kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Perlindungan terhadap hilang upaya kekal dan sebahagian.
  • Perlindungan 39 penyakit kritikal.
  • Faedah rawatan kemasukan hospital.
  • Faedah rawatan pesakit luar (klinik panel).
  • Faedah rawatan hospital dan pesakit luar (klinik panel) untuk keluarga.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda