Keburukan Takaful Hibah, Kelemahan dan Solusi

Kita telah diberitahu tentang Kelebihan & Kepentingan Pelan Takaful Hibah. Anda sedar, anda ambil dengan harapan ia adalah satu usaha terbaik dari anda untuk masa depan keluarga anda. Tetapi, disebalik kelebihan, semestinya ada kelemahan dan keburukan dalam sistem Pelan Takaful Hibah.

Kami akan rungkaikan Kelemahan dan Keburukan Takaful Hibah. Juga, kami akan beritahu anda apakah Pelan Solusi, Penyelesaian dan Tambahbaik untuk Pelan Takaful Hibah yang anda telah buat.

Keburukan Takaful Hibah Amanah

Keburukan Takaful Hibah

Penerima Hibah Tidak Pandai Urus Wang

Hibah adalah hadiah. Sebagai Pemilik Polisi anda perlu bayangkan apa terjadi sekiranya Penerima Hibah mendapat sejumlah wang yang besar. Akan ada beberapa perkara mungkin akan berlaku. Antaranya :

  1. Boros
    • Contoh, Penerima Hibah menerima wang sejumlah RM1,000,000. Kemungkinan istilah ‘gelap mata’ akan berlaku. Dibelanjakan kepada perkara yang salah. Beli kereta baru, barangan mewah dan sebagainya. Wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk 10 tahun boleh habis dengan hanya 1 tahun.
  2. Overspend Belanja Bulanan
    • Kemungkinan Pemilik Polisi telah merancang belanja masa depan keluarga adalah RM5,000 sebulan. Tapi selepas kematian, Penerima Hibah menggunakan RM15,000 sebulan. Ini boleh menyebabkan susut nilai wang yang ditinggalkan habis cepat dari tempoh yang sepatutnya.
  3. Orang lain pinjam duit Hibah
    • Orang keliling kemungkinan tahu Penerima Hibah memiliki sejumlah wang yang besar. Besar juga kemungkinan mereka akan datang dan pinjam duit dari Penerima Hibah. Zaman sekarang telah menjadi lumrah, peminjam tidak memulangkan kembali pinjaman mereka. Ini juga penyebab besar kepada susut nilai yang cepat kepada wang yang ditinggalkan oleh Pemilik Polisi.

Penerima Hibah Tidak Membayar Hutang Si Mati

Perkara ini terlalu kerap berlaku. Contoh situasi, si mati meninggalkan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak. Rumah masih ada baki hutang. Apabila berlaku kematian, secara automatik sebahagian dari rumah tadi menjadi harta pusaka (sebahagian lagi milik isteri yang masih hidup). Oleh kerana pihak keluarga si mati berebut harta, isteri telah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tadi dan membeli rumah baru menggunakan duit Hibah yang diterima. Sedangkan si mati telah memberi pesan kepada isteri untuk melangsaikan segala hutang rumah.

Situasi yang lain, si mati ada membuat pinjaman dengan seorang sahabatnya. Bayaran hutang dibuat secara ansuran sedikit demi sedikit. Akan tetapi, telah berlaku kematian kepadanya. Isteri telah dipesan, “Jika berlaku kematian, sebahagian wang hibah hendaklah diagih untuk menyelesaikan Hutang tertunggak”. Tetapi, isteri tidak berbuat demikian atas alasan, itu adalah duit hibah, miliknya 100%. Hutang tertunggak adalah antara si mati dan sahabatnya. Ini menjadi musibah yang besar buat si mati.

Penerima Hibah Meninggal Dunia Serentak Dengan Pemilik Polisi

Menjadi lumrah dalam menentukan Penama Penerima Hibah, suami meletakkan nama isteri, isteri meletakkan nama suami. Tetapi, apa akan berlaku sekiranya kedua-duanya meninggal dunia serentak? Seperti kemalangan jalan raya atau terkena wabak berjangkit (covid)? Jika ianya berlaku, segala pampasan akan jatuh kepada Faraid.

Persoalannya, siapa akan menguruskan kos pengurusan Faraid? Bagaimana perbelanjaan anak-anak dalam tempoh menyelesaikan Faraid? Bagaimana hendak pastikan anak-anak memiliki sepenuhnya Hibah tadi?

Penerima Hibah Bawah Umur (Belum Berusia 18 Tahun)

Jika Penerima Hibah adalah anak kecil, selagi mereka belum mencapai umur 18, mereka tidak boleh menerima segala wang pampasan Takaful Hibah. Bayangkan anak berusia 5 tahun. Mereka perlu tunggu 13 tahun lagi untuk memilikinya. Perkara ini perlu dielakkan semasa mendaftar Pelan Takaful Hibah. Jika anda telah tersilap. Rujuk ejen, dan tukar kepada penama yang lain (berusia umur 18 tahun ke atas).

Hibah Tidak Disalurkan Kepada Anak-Anak yang Masih Kecil

Penerima Hibah dalam kes ini kemungkinan adalah Ibu kandung atau Ibu Angkat atau Ibu Saudara atau Penjaga. Sebagai Pemilik Polisi, anda mungkin merancang pembahagian sama rata secara berkala kepada anak-anak. Tetapi disebabkan salah agihan yang dibuat oleh Penerima Hibah, kemungkinan anak-anak tidak merasa perbelanjaan yang adil seperti, anak sulung memiliki 40%, anak kedua memiliki 10%, anak ketiga memiliki 50%.

Selain itu, anda mungkin khuatir, jika anak-anak mempunyai sejumlah wang yang besar. Apakah anak-anak pandai menguruskannya sendiri?

Penjaga atau Isteri Tidak Telus Menggunakan Pampasan Hilang Upaya

Pampasan atau Wang Hibah tidak diberikan hanya disebabkan kematian. Jika berlaku Hilang Upaya dan Cacat Kekal, anda sebagai Pemegang Polisi juga layak untuk menerimanya.

Persoalannya di sini, adakah penjaga anda, baik Isteri atau Adik-Beradik mampu membantu anda yang sedang sakit tidak mampu menguruskan diri dapat menguruskan duit anda secara telus?

Solusi dan Penyelesaian

Anda telah memiliki Pelan Hibah Takaful. Anda perlu juga menambahbaik pelan dengan buat satu lagi Dokumentasi yang dinamakan Sijil Amanah Takaful (Takaful Trust). Sijil Amanah Takaful hanya berharga RM500 seumur hidup.

Kelebihan Sijil Amanah Takaful terbesar adalah Fleksibiliti arahan yang anda boleh buat untuk segala pampasan Hibah yang bakal diterima oleh Penama Penerima Hibah.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma