Takaful bukanlah benda yang baru. Ia telah wujud seawal pertengahan tahun 80an. Namun begitu, kesedaran tentang penting dan indahnya Pelan Takaful Hibah masih belum meluas. Jika anda mula memikirkan tentang perkara ini, ternyata anda adalah golongan yang sangat beruntung.

Disini, kami akan menekankan beberapa perkara secara ringkas :

  1. Apa itu Pelan Takaful Hibah?
  2. Kenapa anda Perlukan Pelan Takaful Hibah? dan
  3. Apa Kelebihan anda yang Mempunyai Pelan Hibah?

Hibah

1. Apa itu Pelan Takaful Hibah?

Secara mudahnya, ia adalah sebuah Tabung Kewangan Islam yang memberikan sejumlah pampasan sekiranya berlaku 3 risiko ini :

  • Kematian atau/dan
  • Hilang Upaya atau Cacat Kekal atau/dan
  • Penyakit Kritikal (Rujuk senarai Penyakit Kritikal)

Sebagai contoh, anda mencarum RM100 setiap bulan. Sekiranya berlaku kematian kepada anda, waris atau keluarga akan memperolehi RM100,000. Persoalan yang anda perlu fikirkan, jika anda berhasrat untuk menyimpan sendiri RM100 setiap bulan, berapa lama untuk anda mendapat jumlah RM100,000? 1,000 Bulan, betul?

Bagaimana jika berlaku kematian pada bulan ke 5? Bandingkan RM500 yang telah dikumpul dengan RM100,000 yang sepatutnya keluarga anda perolehi.

2. Kenapa anda Perlukan Pelan Takaful Hibah?

  • Jika Berlaku kematian, bayangkan :
  1. Jumlah hutang yang akan ditinggalkan. Siapa yang akan tolong bayar?
  2. Perbelanjaan keluarga anda. Berapa lama mereka mampu bertahan dengan simpanan yang telah sediakan buat masa ini?
  3. Jika anda ada Tanah, ASB, Unit Amanah, Wang Simpanan dalam Bank, Tabung Haji, Deposit Tunai. Tahniah! Tetapi anda perlu tahu bahawa semua aset tersebut akan dibekukan. Untuk mencairkan semuanya, keluarga anda perlu melalui proses mahkamah yang memakan masa yang panjang dan kos yang sangat tinggi. Siapa yang akan menanggung kos ini?
  4. Apakah anda ada tinggalkan sedikit harta untuk diwakafkan sebagai Saham Akhirat anda?
  • Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal, bayangkan :

Anda mungkin tidak mampu bekerja buat beberapa tempoh. Dari mana anda boleh mendapat sumber pendapatan? Adakah cukup dengan bantuan Socso dan Perkeso? atau anda boleh bergantung dengan sumbangan keluarga terdekat untuk 1 tempoh yang lama?

  • Jika Berlaku Penyakit Kritikal, bayangkan :

Strok, Kanser dan lain-lain juga mungkin menyebabkan anda tidak mampu bekerja seperti biasa. Perlukan rawatan serta kehidupan yang jauh berbeza. Adakah kewangan anda sudah cukup untuk menempuh tempoh-tempoh getir ini?

Maka tidak kiralah anda lelaki atau perempuan, bujang atau berkahwin, anak sedikit atau ramai, muda atau tua. Sewajarnya anda perlu bersedia dengan risiko-risiko ini.

3. Apa Kelebihan anda yang Mempunyai Pelan Hibah?

a. Penama atau Penerima Mutlak

Semasa mendaftar, anda berhak menentukan siapa yang akan memperolehi pampasan tersebut. Mereka yang tidak tersenarai sebagai penama tidak boleh menuntut walau sedikit pun. Ini mengurangkan risiko perebutan harta.

b. Pampasan Diterima seawal 5 Hari

Tempoh ini jauh lebih awal dari proses mencairkan harta pusaka yang memakan masa lebih setahun. Maka, urusan kewangan keluarga dapat dimudahkan.

c. Pertukaran Nama Penama atau Penerima

Pertukaran boleh dibuat bila-bila masa mengikut keadaan dan keperluan anda. Sebagai contoh jika sekarang anda meletakkan pasangan sebagai penama. Kemudian hari, anda boleh menambah penama dan boleh juga menukar nama penama.

d. Wang Pampasan Tidak Dibekukan

Tidak seperti Bank, Hartanah dan sebagainya. Takaful menjamin proses tuntutan yang sangat mudah. Tidak perlu melalui Mahkamah dan sebagainya. Ia akan diterima terus kepada Waris atau Penama.

e. Penama Tidak Semestinya Waris Faraid

Anda mungkin ada anak angkat yang tidak layak untuk menerima Faraid. Sewajarnya anda menyediakan Pelan ini bagi membela masa depan mereka. Yang bukan ahli Faraid termasuklah, kawan baik, orang gaji, saudara jauh, orang yang berjasa dengan anda dan sebagainya.

f. Tiada Kos Guaman atau Kos Tersembunyi

Jika tuntutan pampasan nilainya RM100,000. Maka Penama akan menerima RM100,000 tunai tanpa perlu ada sebarang kos atau pembayaran atau pemotongan dari tuntutan tersebut.

g. Tuntutan Selain Risiko Kematian

Tidak semestinya syarat untuk terima pampasan wajib berlaku kematian. Jika berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal atau Penyakit Kritikal, ia boleh dituntut oleh anda sendiri dengan melampirkan surat atau dokumen sokongan dari pihak Hospital.

Secara kesimpulannya, kami di LifeTakaful merayu agar anda sediakan Pelan Takaful Hibah mulai saat ini. Mungkin anda merasakan ianya tidak baik untuk kewangan anda sekarang, tetapi, ianya sangat bermanfaat untuk keluarga yang menyayangi anda.

Ambil sekarang, ianya lebih murah berbanding tahun hadapan. Tidak mampu ambil besar, mulakan dengan simpanan yang kecil. Rancang kewangan masa depan keluarga anda bermula dari sekarang.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda