Medical Card Takaful untuk Individu & Keluarga (Kad Perubatan)
Jika anda sebagai ketua keluarga dan telah mengambil Pelan Takaful Hibah, anda mungkin mencari pula Pelan Takaful Pelindungan Kos Rawatan Hospital (Medical Card) untuk seisi keluarga anda. Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful ini dan bagaimana memilih pelan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anda dan keluarga.
Kenapa Perlu?
Lumrahnya, rawatan di hospital kerajaan memakan masa yang sangat panjang kerana kesesakannya. Alternatif, hospital swasta lebih cepat tetapi memerlukan kos rawatan yang tinggi. Maka, perlindungan ini memudahkan urusan jika anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Mudah, cepat, efisyen dan tidak perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi.
Berikut adalah Kos Rawatan di Hospital Swasta buat masa ini. Dan, Harga kos ini meningkat setiap tahun.
- Pembedahan Jantung : Bermula RM80,000
- Strok : Bermula RM40,000
- Rawatan Kanser : Bermula RM50,000
- Katarak : Bermula RM4,000
- Batu Karang : Bermula RM10,000
- Pembedahan Tulang Belakang : Bermula RM40,000
- Denggi : Bermula RM2,000
Bagaimana Menentukan Pelan Terbaik?
Buat sedikit kajian tentang hospital swasta berdekatan. Pilih bilik yang selesa untuk anda. Samaada bilik 1 atau 2 orang. Lihat kepada harga bilik harian hospital tersebut.
Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Takaful Keluarga?
- Pilihan Pakej Medical Card
- Pilihan & Detail Medical Card
Pilihan Pakej Medical Card
Terdapat 5 pilihan pakej :
- Individu
- Suami + Isteri
- Bapa + Ibu + Anak-Anak
- Bapa + Anak-Anak
- Ibu + Anak-Anak
Setiap individu akan mendapat kad yang berasingan. Had Tahunan tidak dikongsi, setiap individu mempunyai had tahunan masing-masing. Had bilangan maksima untuk anak dalam pelan ini adalah empat (4). Jika anda mempunyai anak kelima (5), perlulah diasingkan pelannya.
Detail Pelan Medical Card
Berikut adalah jadual detail dan faedah di dalam Pelan Medical Card AIA :
Faedah | Jumlah Perlindungan (RM) |
---|---|
Had Tahunan | 150,000 |
Had Seumur Hidup | Tiada Had |
Amaun Deduktibel | 300 |
Penjagaan Dalam Hospital | |
Faedah Bilik dan Penginapan Hospital (maksimum 150 setahun) Perbelanjaan Kos Rawatan |
Tertakhluk kepada Had Tahunan |
Penjagaan Pesakit Luar | |
Faedah Pra-Penghospitalan (dalam tempoh 60 hari sebelum Penghospitalan) Faedah Rawatan Selepas Penghospitalan (dalam tempoh 150 hari selepas Penghospitalan) |
Tertakhluk kepada Had Tahunan |
Faedah Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar | 300,000 seumur hidup |
Faedah Prosedur dan Surgeri Harian, Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (termasuk Rawatan Gigi) dan 30 hari Rawatan Susulan |
Tertakhluk kepada Had Tahunan |
Penjagaan Tambahan | |
Faedah Penjagaan Juruwarat di Rumah (setiap Pengasingan, sehingga maksimum 180 hari seumur hidup) |
Sehingga 3,000 |
Pemindahan atas sebab Perubatan dan Penghantaran Balik Kecemasan | Sehingga USD 1 juta |
Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Medical Card?
Dengan mengambil kira beberapa faktor. Daripada 100% Gaji anda, 70% adalah liabiliti (belanja bulanan), 20% adalah simpanan di bank (untuk tujuan emergency seperti pembaharuan roadtax, kemalangan kecil dan sebagainya). Maka :
Caruman Bulanan Maksima = 7% Hingga 10% Gaji Bulanan (Mengikut kemampuan dan keperluan)
Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Keluarga adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.