Ko-Takaful atau Ko-Insurans (Co-Takaful/Co-Insurance) adalah Perjanjian Perkongsian Kos Bersama di antara Pelanggan dan Syarikat Takaful.

Bermakna, sekiranya anda mempunyai Pelan Medical Card yang mempunyai fungsi Ko-Takaful, selepas anda selesai mendapat rawatan, apabila Bil Rawatan dikeluarkan, anda perlu menanggung sebahagian daripada jumlah kos dan Syarikat Takaful akan menanggung sebahagian yang lain.

Ko-Takaful Ko-Insurans Co-Insurance Co-Takaful

Boleh dikatakan hampir semua Syarikat Takaful yang mengeluarkan Pelan Medical Card menawarkan fungsi Ko-Takaful.

Perjanjian ini tertakhluk kepada Penetapan Peratusan (%) dari Jumlah Segala Kos Rawatan.

Berapa Kos atau Caj Ko-Takaful?

Kos Ko-Takaful adalah berbeza bagi setiap Syarikat Takaful. Ada Syarikat Takaful yang menetapkan 20%. Ada yang menetapkan 10%. Ada juga menawarkan Ko-Takaful Sifar (Tiada Ko-Takaful).

Adalah digalakkan untuk anda sebagai Pelanggan bertanya dan mengesahkan secara terperinci dengan Perunding Takaful anda, atau meneliti Buku Polisi Pelan Takaful dahulu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital.

Kos ini akan dikenakan atau dibayar apabila anda menerima Bil Akhir Kos Rawatan.

Contoh Kiraan Kos atau Caj Ko-Takaful

Contoh 1 :
A mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful 20%. A sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Maka, Kos Ko-Takaful adalah RM2,000. Jumlah ini perlu ditanggung oleh A. Manakala 80% lagi (RM8,000) akan ditanggung oleh Syarikat Takaful.

Contoh 2 :
B mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful 10%. B sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Maka, Kos Ko-Takaful adalah RM1,000. Jumlah ini perlu ditanggung oleh B. Manakala 90% lagi (RM9,000) akan ditanggung oleh Syarikat Takaful.

Contoh 3 :
C mempunyai Pelan Medical Card dengan fungsi Ko-Takaful Sifar (Tiada Ko-Takaful). C sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah Bil Kos Rawatan, RM10,000. Tiada Kos Ko-Takaful akan dikenakan. Maka, segala kos rawatan akan ditanggung oleh Syarikat Takaful sepenuhnya.

Kebaikan Ko-Takaful

Ia dapat mengurangkan atau menurunkan Harga Caruman Bulanan atau Tahunan bagi Pelan Medical Card. Harga Medical Card Tanpa Ko-Takaful adalah jauh lebih tinggi dari Medical Card yang mempunyai fungsi Ko-Takaful.

Keburukan Ko-Takaful

Ia menyebabkan anda perlu mengasingkan sejumlah wang tunai di dalam Tabung Kecemasan sendiri bagi tujuan pembayaran Caj Ko-Takaful jika anda mendapatkan rawatan di hospital.

Kekeliruan Biasa Berkenaan Ko-Takaful

  1. Adakah Ko-Takaful sama dengan Caj Deposit Hospital?
    • Tidak sama. Caj deposit hospital adalah caj yang dikenakan di sesetengah hospital bagi sebab-sebab tertentu. Caj deposit akan dipulangkan setelah Bil Akhir Rawatan diterima.
  2. Adakah Ko-Takaful sama dengan Deduktibel?
    • Tidak sama. Caj deduktibel adalah caj tetap yang perlu ditanggung oleh Pelanggan yang perlu dibayar sebelum anda mendapatkan rawatan di Hospital.

Istilah Ko-Takaful bukanlah perkara yang asing. Anda tidak perlu panik. Yang wajar anda buat adalah dengan meneliti kembali dan mengesahkan samaada Pelan Medical Card anda mempunyai fungsi tersebut atau tidak.

Jika ada, bermakna anda telah mendaftar Pelan Medical Card yang murah berbanding Medical Card tanpa fungsi tersebut Dan jangan lupa untuk mengasingkan sejumlah wang dalam Tabung Kecemasan.

Jika tidak, bermakna anda mempunyai Pelan Medical Card yang eksklusif.

Paling penting, anda wajib ada Pelan Medical Card. Dan pilihlah pelan yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda