Medical Card Takaful untuk Individu & Keluarga (Kad Perubatan)

Jika anda sebagai ketua keluarga dan telah mengambil Pelan Takaful Individu (Hibah), anda mungkin mencari pula Pelan Takaful Pelindungan Kos Rawatan Hospital (Medical Card) untuk seisi keluarga anda. Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful ini dan bagaimana memilih pelan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anda dan keluarga.

Medical Card AIA

Kenapa Perlu?

Lumrahnya, rawatan di hospital kerajaan memakan masa yang sangat panjang kerana kesesakannya. Alternatif, hospital swasta lebih cepat tetapi memerlukan kos rawatan yang tinggi. Maka, perlindungan ini memudahkan urusan jika anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Mudah, cepat, efisyen dan tidak perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi.

Berikut adalah Kos Rawatan di Hospital Swasta buat masa ini. Dan, Harga kos ini meningkat setiap tahun.

  1. Pembedahan Jantung : Bermula RM80,000
  2. Strok : Bermula RM40,000
  3. Rawatan Kanser : Bermula RM50,000
  4. Katarak : Bermula RM4,000
  5. Batu Karang : Bermula RM10,000
  6. Pembedahan Tulang Belakang : Bermula RM40,000
  7. Denggi : Bermula RM2,000

Bagaimana Menentukan Pelan Terbaik?

Buat sedikit kajian tentang hospital swasta berdekatan. Pilih bilik yang selesa untuk anda. Samaada bilik 1 atau 2 orang. Lihat kepada harga bilik harian hospital tersebut.

Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Takaful Keluarga?

  • Pilihan Pakej Medical Card
  • Pilihan & Detail Medical Card

Pilihan Pakej Medical Card

Terdapat 5 pilihan pakej :

  • Individu
  • Suami + Isteri
  • Bapa + Ibu + Anak-Anak
  • Bapa + Anak-Anak
  • Ibu + Anak-Anak

Setiap individu akan mendapat kad yang berasingan. Had Tahunan tidak dikongsi, setiap individu mempunyai had tahunan masing-masing. Had bilangan maksima untuk anak dalam pelan ini adalah empat (4). Jika anda mempunyai anak kelima (5), perlulah diasingkan pelannya.

Detail Pelan Medical Card

Berikut adalah jadual detail dan faedah di dalam Pelan Medical Card AIA :

Faedah Jumlah Perlindungan (RM)
Had Tahunan 150,000
Had Seumur Hidup Tiada Had
Amaun Deduktibel 300
Penjagaan Dalam Hospital
Faedah Bilik dan Penginapan Hospital
(maksimum 150 setahun)
Perbelanjaan Kos Rawatan
Tertakhluk kepada Had Tahunan
Penjagaan Pesakit Luar
Faedah Pra-Penghospitalan
(dalam tempoh 60 hari sebelum Penghospitalan)
Faedah Rawatan Selepas Penghospitalan
(dalam tempoh 150 hari selepas Penghospitalan)
Tertakhluk kepada Had Tahunan
Faedah Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar 300,000 seumur hidup
Faedah Prosedur dan Surgeri Harian,
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (termasuk Rawatan Gigi) dan 30 hari Rawatan Susulan
Tertakhluk kepada Had Tahunan
Penjagaan Tambahan
Faedah Penjagaan Juruwarat di Rumah
(setiap Pengasingan, sehingga maksimum 180 hari seumur hidup)
Sehingga 3,000
Pemindahan atas sebab Perubatan dan Penghantaran Balik Kecemasan Sehingga USD 1 juta

Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Medical Card?

Dengan mengambil kira beberapa faktor. Daripada 100% Gaji anda, 70% adalah liabiliti (belanja bulanan), 20% adalah simpanan di bank (untuk tujuan emergency seperti pembaharuan roadtax, kemalangan kecil dan sebagainya). Maka :

Caruman Bulanan Maksima = 7% Hingga 10% Gaji Bulanan (Mengikut kemampuan dan keperluan)

Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Keluarga adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.

Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :

  • A-Life Medik Famili

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

Permohonan anda telah dihantar. Perunding kami akan menghubungi anda dalam sedikit masa. Terima Kasih.
Terdapat kesalahan pada borang. Sila semak kembali. Atau Hubungi 014-2988849 Untuk Bantuan.