MLTT AIA Takaful Pinjaman Perumahan

MLTT (Mortgage Reduction Term Takaful) adalah Takaful Perlindungan Pinjaman Perumahan yang wajib untuk anda miliki ketika membeli rumah baru. Ia melindungi masa depan anda dan keluarga dari musibah yang tidak dijangka.

MLTT AIA Murah Terbaik

Faedah Asas Pelan MLTT AIA

  1. Faedah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
  2. Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal
  3. Faedah Penepian Caruman (Waiver)
  4. Faedah Tempoh Matang

Faedah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)

  • Untuk Pelan MLTT RM50,000 ke RM349,000 :
Keadaan Meninggal Dunia Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima
Akibat Biasa (Sakit) 100%
Akibat Kemalangan 200%
  • Untuk Pelan MLTT RM350,000 ke RM3,000,000 :
Keadaan Meninggal Dunia Jumlah Pampasan Yang Akan Diterima
Akibat Biasa (Sakit) 100%
Akibat Kemalangan 200%
Semasa Mengerjakan Umrah dan Haji 200%
Akibat Kemalangan Semasa Menaiki Kenderaan Awam 300%
Akibat Bencana Alam 600%

Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

  • Jumlah pampasan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan asas jika meninggal dunia.
  • Faedah ini adalah percuma. Tidak perlu caruman tambahan.

Faedah Penepian Caruman (Waiver)

Sekiranya berlaku Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya, caruman polisi tidak lagi perlu dibayar oleh anda. AIA akan membantu anda dengan meneruskan pembayaran caruman untuk memastikan anda terus menikmati faedah lain.

Faedah Tempoh Matang

  • Tempoh matang adalah tempoh maksima sijil takaful berkuatkuasa.
  • Pilihan tempoh matang maksimum sehingga 35 tahun.
  • Apabila selesai umur matang sijil dan tidak berlaku apa-apa musibah, anda layak untuk mendapat sejumlah pulangan tunai.

Proses Tuntutan MLTT AIA (Situasi dan Aliran)

Jika Meninggal Dunia

  1. Setelah pampasan diluluskan, segala baki hutang pinjaman akan diberikan kepada bank.
  2. Jika ada baki pampasan, ia akan diberikan kepada waris atau penama yang telah ditetapkan.

Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal

  1. Setelah pampasan diluluskan, semua pampasan akan diberikan kepada pemilik polisi.
  2. Pemilik polisi akan melangsaikan segala baki hutang pinjaman di bank.
  3. Jika ada baki pampasan. Ia adalah hak milik mutlak pemegang polisi.

Jika Berlaku Penyakit Kritikal

  1. Buat pengesahan penyakit kritikal di AIA. Klik di sini untuk langkah-langkah pengesahan.
  2. Baki hutang pinjaman perlulah dijelaskan seperti biasa.
  3. Caruman MLTT untuk Bulan/Tahun berikutnya tidak perlu diteruskan kerana AIA yang akan membayar caruman tersebut.

Jika Sihat dan Mencapai Tempoh Matang

  1. Buat pengesahan di kaunter AIA.
  2. Anda akan menerima Faedah Tempoh Matang dalam bentuk Tunai.

Caruman Pelan MLTT AIA

  • Caruman akan ditentukan mengikut keadaan semasa berpandukan beberapa faktor :
    1. Umur
    2. Jantina
    3. Jenis Pekerjaan
    4. Jumlah Pinjaman
    5. Pilihan Faedah Tambahan
  • Caruman Bulanan atau Tahunan adalah tetap. Tidak akan berlaku RePricing dimasa hadapan.
  • Klik Kalkulator Harga MLTT AIA untuk mengetahui Anggaran Caruman Bulanan/Tahunan.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.