MRTT MLTT MRTA MLTA Takaful Pinjaman Rumah

Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun. Sudah menjadi kewajipan kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT, MRTA, atau MLTA. 

Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA & MLTA

Polisi Perlindungan ini akan membayar semua Baki Hutang Pinjaman Bank anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Dengan itu, Keluarga tidak akan terbeban dengan Hutang yang anda tinggalkan. Terdapat beberapa pilihan polisi yang anda boleh lakukan untuk perlindungan ini. Antaranya :

  1. Perlindungan Hutang Rumah Takaful
    • MRTT : Mortgage Reducing Term Takaful
    • MLTT : Mortgage Level Term Takaful
  2. Perlindungan Hutang Rumah Konvensional
    • MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
    • MLTA : Mortgage Level Term Assurance

Disini kita akan fokus kepada Perlindungan Hutang Rumah Takaful (Patuh Syariah) MRTT dan MLTT.

Bagaimana Menentukan Samaada MRTT atau MLTT Adalah Yang Terbaik?

Langkah 1 : Kenal pasti Tujuan sebenar membeli harta/rumah. Samaada untuk kediaman sendiri atau sebagai satu medium pelaburan. Ia akan menentukan berapa lama anda akan memegang harta ini.

Langkah 2 : Menganalisis bajet bulanan atau tahunan yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah khusus untuk tujuan polisi perlindungan. Ini akan mengelakkan pembayaran tertunggak yang akan menyebabkan masalah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Dapatkan satu jumlah yang benar-benar anda mampu bayar secara konsisten untuk jangka masa panjang.

Langkah 3 : Setelah jumlah itu disahkan dan dipersetujui oleh anda dan pasangan, buat beberapa perbandingan dan pengiraan berkenaan polisi ini. Amatlah digalakkan untuk anda berjumpa dengan ramai agen dari syarikat-syarikat takaful bagi tujuan mendapatkan penjelasan, penerangan dan nasihat berkenaan polisi ini. Ia akan mengelakkan anda dari tersalah memilih polisi perlindungan yang sewajarnya.

Perbezaan MRTT dan MLTT

MRTT MLTT
Tujuan Polisi
Perlindungan Hutang Rumah sahaja Perlindungan Hutang Rumah + Hibah kepada Keluarga
Jenis Perlindungan
Terhad kepada Kematian dan Hilang Upaya Kekal Kematian, Hilang Upaya Kekal, dan Pilihan Perlindungan Tambahan seperti Waiver
Harga Premium
Rendah Tinggi
Cara Pembayaran
Sekaligus Ansuran atau Sekaligus
Dibawah Pembiayaan Bank
Ya Tidak
Jika Refinancing Rumah
Polisi Terbatal Polisi Tidak Terbatal
Penama kepada Polisi
Penerima adalah Bank Penerima boleh kepada Sesiapa Sahaja
Kesesuaian Polisi
Jika anda Sihat Sepenuhnya Jika anda Sakit/Ada Sejarah Sakit
Rumah sebagai Kediaman Jangka Masa Panjang Rumah sebagai Kediaman Jangka Masa Pendek
Rumah untuk Keturunan Rumah untuk Tujuan Pelaburan
Tidak Bercadang untuk Refinancing Bercadang akan Refinancing pada masa depan
Contoh Situasi :
Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman
Baki Hutang dilangsaikan oleh pihak syarikat. Rumah milik Waris sepenuhnya. Pampasan akan diterima oleh Penama/Waris. Penama/Waris akan membayar Baki Hutang yang diambil dari Nilai Pampasan. Lebihan Pampasan adalah milik Waris. Rumah milik Waris Sepenuhnya.
Contoh Situasi :
Tidak Berlaku Kematian dalam Tempoh Pinjaman
Anda akan dapat RM0.00
Tiada Nilai Tunai
Pilihan 1 : Polisi Dikekalkan
Untuk Tujuan Polisi Takaful Hibah Keluarga
Pilihan 2 : Polisi Ditamatkan
Nilai Tunai boleh Dituntut

Contoh Perbandingan Kiraan MRTT dan MRTA

MRTT MLTT
Umur
28 28
Nilai Rumah
RM 500,000.00 RM 500,000.00
Nilai % Pinjaman
90% 90%
Nilai Pinjaman / Perlindungan
RM 450,000.00 RM 450,000.00
Caruman
RM 11,695.50 (Sekaligus) RM 2,820.00 (Tahunan)
RM 235.00 (Bulanan)
Jumlah Caruman 30 Tahun
RM 11,695.50 RM 84,600.00
Pulangan Selepas 30 Tahun
RM 0.00 RM 86,900.00
Pampasan Jika Berlaku Hilang Upaya pada Tahun ke 3
RM 411,300.00 RM 461,300.00
(RM 411,300.00 Hutang Rumah
RM 50,000.00 Waris)
Pampasan Jika Berlaku Kematian pada Tahun ke 3
RM 411,300.00 RM 461,300.00
(RM 411,300.00 Hutang Rumah
RM 50,000.00 Waris)

Harga Pelan MLTT AIA

Klik Kalkulator Harga MLTT untuk mendapatkan Harga Asas Caruman MLTT dari AIA. Perlu diingatkan harga caruman yang disenaraikan tidak termasuk faedah-faedah lain seperti Perlindungan Penyakit Kritikal dan faedah Waiver.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

Permohonan anda telah dihantar. Perunding kami akan menghubungi anda dalam sedikit masa. Terima Kasih.
Terdapat kesalahan pada borang. Sila semak kembali. Atau Hubungi 014-2988849 Untuk Bantuan.