Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness Takaful Plan) merupakan perkara yang tidak asing lagi apabila anda mengambil pelan Takaful atau Insurans. Akan tetapi, ramai yang masih ragu-ragu tentang perbezaan antara Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal dan Pelan Medical Card?

Pampasan Penyakit Kritikal AIA

Ramai juga yang menyangka, sekiranya mereka mengambil Pelan Medical Card (Kad Medikal) sahaja sudah memadai untuk perlindungan ini. Adakah ia benar? Mari kita kaji sejenak. Di AIA Public Takaful, Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal melindungi anda dari 45 Jenis Penyakit Kritikal. Pelan Perlindungan ini Wajib diambil oleh semua orang.

Disebalik Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal dan Faedahnya

Tidak kira latar belakang atau peringkat usia. Fakta menunjukkan tahap kesihatan manusia makin merosot. Kebelakangan ini, kita sering mendengar Penyakit Kritikal seperti Strok, Kanser dan Serangan Jantung terjadi lebih kerap dari tahun-tahun sebelum. Dahulu, kita jarang mendengar kes Kanser, tetapi pada hari ini, kanak-kanak juga tidak terlepas dari penyakit kanser. Inikan pula pada golongan dewasa.

Pentingnya disini, sekiranya ia berlaku, tahukah anda bahawa:

  • Penyakit Kritikal memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi.
  • Penyakit Kritikal memerlukan kos rawatan dalam tempoh jangka masa yang panjang.
  • Penyakit Kritikal penyebab anda tidak mampu bekerja dalam tempoh yang lama. Mungkin tidak bekerja dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun. Atau;
  • Penyakit Kritikal berkemungkinan menyebabkan anda tidak mampu lagi bekerja selamanya.
  • Penyakit Kritikal juga menyebabkan keluarga anda sama tidak bekerja kerana menjaga dan membantu anda menghadapi hari-hari akan datang.

Maka, penyelesaian untuk risiko ini adalah dengan melengkapkan Pelan Takaful anda dengan menambah Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal. Apabila anda menghidapi salah satu dari 39 Penyakit Kritikal, anda layak untuk dapat sejumlah pampasan, pampasan ini boleh digunakan untuk:

  • Kos Pembedahan.
  • Kos Perubatan dan Rawatan Lanjutan.
  • Pelan Penggantian Gaji (Income Replacement).
  • Kos sara hidup harian.
  • Pembayaran hutang kereta, rumah, pinjaman bank dan lain-lain.
  • Perbelanjaan isteri, anak-anak dan keluarga

Pengiraan Jumlah Perlindungan (Sum Covered) Untuk Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal

Ramai yang belum pasti bagaimana untuk mengira berapa jumlah perlindungan yang bersesuaian untuk anda. Kami menyenaraikan kaedah-kaedah dan kalkulator pengiraan. Isi borang kaji selidik mengikut keadaan dan kedudukan kewangan semasa anda.

Maka dengan ini, anda boleh dapat gambaran berapa Jumlah Perlindungan untuk Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal yang wajar anda sediakan agar ianya tidak Terkurang Pelindungan (Under-Insured) atau Terlebih Perlindungan (Over-Insured). Namun, keduanya jauh lebih baik dari Tiada Perlindungan (Un-Insured).

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda