Setiap tahun, apabila tibanya bulan Mac, semua individu yang mencecah pendapatan minimum pada tahun sebelumnya perlu mengisi efiling dan mengira jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya, adakah Takaful/Insurans juga boleh mendapat perlepasan cukai? Ya, Maksima RM6,000. Berikut detail dan senarai penuh berkaitan potongan cukai / pelepasan cukai / pelepasan taksiran cukai sepertimana yang digariskan oleh LHDN.
Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
---|---|
TAKAFUL / Insuran Nyawa dan KWSP
Kategori SELAIN daripada di atas
|
7,000 (Terhad) |
Insurans pendidikan dan perubatan | 3,000 (Terhad) |
Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) | 8,000 (Terhad) |
Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) | 6,000 (Terhad) |
Individu kurang upaya | 6,000 |
Yuran pengajian (Sendiri):
|
7,000 (Terhad) |
Perbelanjaan perubatan bagi:
|
10,000 (Terhad) |
Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:
|
|
Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
|
2,500 (Terhad) |
Gaya hidup – Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
|
500 (Terhad) |
Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan | 2,500 (Terhad) |
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) | 1,000 (Terhad) |
Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar | 3,000 (Terhad) |
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022) | 8,000 (Terhad) |
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
Suami / Isteri kurang upaya | 5,000 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun | 2,000 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
|
8,000 |
Anak Kurang upaya | 6,000 |
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | 8,000 |
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity) | 3,000 (Terhad) |
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 | 350 (Terhad) |
Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:
|
1,000 (Terhad) |
Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | 2,500 (Terhad) |
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda