Senarai Pelepasan Cukai untuk Takaful, Insurans dan lain-lain 2021 (Taksiran 2020)

Setiap tahun, apabila tibanya bulan Mac, semua individu yang mencecah pendapatan minimum pada tahun sebelumnya perlu mengisi efiling dan mengira jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya, adakah Takaful/Insurans juga boleh mendapat perlepasan cukai? Ya, Maksima RM9,000. Berikut detail dan senarai penuh berkaitan potongan cukai / pelepasan cukai / pelepasan taksiran cukai sepertimana yang digariskan oleh LHDN.

Jenis Potongan Individu Amaun 
(RM)
TAKAFUL / INSURAN NYAWA tidak melalui potongan gaji 6,000
(Terhad)
TAKAFUL / INSURANS PENDIDIKAN DAN PERUBATAN tidak melalui potongan gaji 3,000
(Terhad)
Individu dan saudara tanggungan 9,000
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000
(Terhad)
ATAU
3,000
(Terhad)
Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) 6,000
(Terhad)
Individu kurang upaya 6,000
Yuran pengajian (Sendiri) :
(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000
(Terhad)
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) 6,000
(Terhad)
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) 500
(Terhad)
Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500
(Terhad)
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) 1,000
(Terhad)
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar 1,000
(Terhad)
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) 6,000
(Terhad)
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000
(Terhad)
Suami / Isteri kurang upaya 3,500
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun 2,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 2,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
(ii) berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
Anak Kurang upaya 6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,000
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. 3,000
(Terhad)
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 250
(Terhad)

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma