Banyak sebab kenapa anda mahu atau beralasan untuk Refinance Pinjaman Rumah (Pembiayaan Semula). Antaranya :

  • Mengurangkan komitmen bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman.
  • Dapat Rebat atau Diskaun penyelesaian awal pinjaman.
  • Menukar pinjaman kepada bank yang berbeza.
  • Menukar jenis pinjaman konvensional ke Islamik.
  • Mengeluarkan nama daripada pinjaman perumahan bersama.

Tetapi tahukah anda, antara perkara yang wajib dibuat semasa proses Refinance adalah menyediakan juga Sijil MRTT atau MLTT?

Refinance Rumah

Apakah MRTT dan MLTT?

MRTT

  • Mortgage Reducing Term Takaful.
  • Melindungi jumlah pinjaman sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya.
  • Pelan Takaful Bayaran Sekaligus (Lump Sum) yang boleh dimasukkan sekali bersama pinjaman.
  • Jumlah perlindungan akan berkurang dari tahun demi tahun mengikut kadar baki pinjaman semasa.
  • Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya, MRTT akan menyelesaikan baki pinjaman tertunggak.
  • Sekiranya tidak berlaku apa-apa sepanjang tempoh pinjaman, sijil ditamatkan dan anda tidak akan memiliki apa-apa tunai.

MLTT

  • Mortgage Level Term Takaful.
  • Melindungi jumlah pinjaman sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya dan lain-lain.
  • Pelan Takaful Bayaran Berkala (Tahunan/Bulanan) yang tidak boleh dimasukkan sekali bersama pinjaman.
  • Jumlah perlindungan Kekal dari tahun demi tahun walaupun kadar baki pinjaman semasa makin berkurangan.
  • Sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya, MLTT akan menyelesaikan baki pinjaman tertunggak dan lebihan pampasan akan dihibahkan terus kepada penama (waris).
  • Sekiranya tidak berlaku apa-apa sepanjang tempoh pinjaman, sijil ditamatkan dan anda akan memiliki sejumlah nilai tunai (cash value).

Nak Pilih MRTT atau MLTT?

Kami mencadangkan anda untuk mendahulukan MRTT. Tetapi, wajib untuk anda teliti semua kriteria utama seperti berikut :

Jumlah Perlindungan yang Tepat

Jika jumlah perlindungan MRTT tidak 100% sama dengan pinjaman. Sebagai contoh, pinjaman RM1,000,000, MRTT hanya melindungi RM750,000.

Jika ini berlaku, anda perlu tukar kepada MLTT. Ia bagi mengelakkan dari keluarga terpaksa menanggung baki hutang pinjaman anda.

Tempoh Perlindungan Penuh

Kebanyakan kes, polisi MRTT hanya melindungi kurang dari tempoh penuh pinjaman. Sebagai contoh, tempoh pinjaman 30 tahun. MRTT hanya melindungi 20 tahun.

Jika ini berlaku, anda perlu tukar kepada MLTT. Ia bagi mengelakkan dari keluarga terpaksa menanggung baki hutang pinjaman anda sekiranya berlaku kematian kepada anda semasa tahun ke 21 sehingga tahun ke 30.

Merancang akan Refinance atau Menjual Rumah atau Menyelesaikan Pinjaman Sebelum Tamat Tempoh Pinjaman

MRTT adalah pelan takaful yang mengira siap dari segi Jumlah dan Tempoh pinjaman sehingga tamat pinjaman. Setiap kali anda Refinance atau Jual, MRTT perlulah dibuat baru. Segala baki perlidungan MRTT akan terhapus (burned).

Dan, anda kena tahu, ketika mahu membuat MRTT baru, beberapa faktor akan dinilai ketat oleh pihak bank. Seperti, faktor umur dan tahap kesihatan semasa. Ini kemungkinan menyebabkan caruman MRTT anda dicaj lebih mahal dan lebih teruk lagi, permohonan anda kemungkinan akan ditolak.

MLTT tidak akan terhapus seperti MRTT. Jika mahu Refinance atau sebagainya, sijil atau polisi MLTT sedia ada masih boleh digunapakai. Caruman adalah kekal rendah seperti semasa pendaftaran dibuat.

MRTT Tidak Lulus

Kemungkinan anda ada sejarah sakit kecil-kecil atau rekod ringan hospital atau faktor umur yang menghalang kelulusan MRTT. Ketika ini anda boleh cuba untuk mendaftar MLTT.

Memikirkan Sekiranya Tiada Sebarang Musibah Berlaku

MRTT semestinya tiada Nilai Pulangan (return value) atau Nilai Tunai (cash value) sekiranya tiada berlaku musibah dalam tempoh perlindungan.

MLTT berbeza kerana sekiranya tidak ada sebarang tuntutan (kematian atau hilang upaya) dibuat sepanjang tempoh perlindungan, anda akan menerima sejumlah wang dalam bentuk tunai.

Ingin Memiliki Rumah Tambahan di Masa Hadapan.

1 sijil MRTT hanya boleh digunakan untuk 1 pinjaman sahaja. Jika anda membeli rumah kedua, anda perlu memiliki 2 sijil MRTT.

1 sijil MLTT boleh dimuatkan dengan beberapa pinjaman rumah selagi mana jumlahnya sama atau lebih dari jumlah pinjaman yang hendak dibuat.

Memikirkan Keluarga yang akan Tinggal di Rumah Tersebut Setelah Anda Tiada

MRTT hanya melindungi baki pinjaman. Dan wajar untuk anda tahu, setelah berlakunya kematian, keluarga yang tinggal dalam rumah tersebut belum lagi boleh memiliki penuh rumah tersebut. Rumah secara automatik akan menjadi Harta Pusaka. Ia perlu diuruskan melalui mahkamah dan akan mengikut sistem Faraid.

Ia memerlukan kos yang besar disamping masa yang panjang.

Dengan fleksibiliti MLTT, anda boleh meletakkan jumlah perlindungan yang merangkumi jumlah pinjaman dan tambah sedikit jumlah yang kelak boleh digunakan keluarga sebagai kos guaman mahkamah sekiranya perlu.

Sebagai kesimpulan, MRTT bukan satu-satunya pilihan yang anda ada, malah anda boleh juga memilih alternatif pelan MLTT yang ternyata ada kelebihannya tersendiri.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.