Pelan Perlindungan Takaful AIA Khusus Penyakit Wanita

A-PlusVenusExtra-i

Tidak dinafikan Medical Card atau Kad Perubatan amatlah penting pada masa ini. Ia merupakan satu kelebihan besar kepada anda agar memudahkan risiko apabila anda mengalami musibah yang memerlukan anda mendapat rawatan di hospital. Umumnya, risiko penyakit semakin meruncing di Malaysia, perbelanjaan hospital semakin mahal, mahupun ketidakselesaan atas kesesakan hospital kerajaan kian tidak tertanggung ruangnya.

Maka, Tidak kiralah, samaada kemalangan atau sakit yang memerlukan anda untuk dimasukkan hospital, Pelan Medical Card merupakan alternatif penting yang bakal memudahkan anda menghadapi risiko ini tanpa mengeluarkan sejumlah belanja yang besar. Jadi, apakah medical card yang terbaik yang ada di Malaysia sekarang? Jawapannya, Pelan Medical Card AIA Public Takaful. Pelan ini boleh didapati dalam Pelan Famili dan Pelan Individu.

Perlindungan Khusus Penyakit Wanita AIA

Pelan Takaful Khusus Wanita

  • Rider untuk pelan A-Life Link-i.
  • Khusus Untuk Wanita Umur 16 – 40 Tahun.
  • Perlindungan 200% bagi Kanser Organ Wanita.
  • Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara.
  • Perlindungan Rawatan Penyakit Wanita.
  • Subsidi Rawatan Putus Haid Dan Psikoterapi.
  • Perlindungan Untuk Wanita Hamil.

Faedah-Faedah Pelan Takaful Khusus Wanita

Perlindungan dua kali bagi Kanser Organ Wanita

Tekanan kewangan dan emosi yang dikaitkan dengan Kanser boleh membebankan. Pelan-pelan Venus menyediakan 200% daripada amaun manfaat supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan.

Perlindungan Tambahan Bagi Rawatan-Rawatan Tertentu

Dapatkan bantuan kewangan tambahan sekiranya anda perlu menjalani rawatan tertentu bagi beberapa keadaan berkaitan dengan wanita.

Ganti Rugi Hilang Upaya Sementara

Apabila kemalangan membuatkan anda hilang upaya untuk sementara daripada melaksanakan kerja biasa atau kerja-kerja rumah tangga selama dua minggu berturut-turut, pelan-pelan Venus akan menyediakan anda dengan bantuan untuk membayar perkhidmatan rumah untuk memastikan kerja-kerja rumah tangga berfungsi lancar.

Subsidi Untuk Rawatan

Putus Haid dan Psikoterapi Sesuatu peristiwa boleh menyebabkan anda dalam emosi tidak menentu yang mana anda mungkin memerlukan terapi. Pelan-pelan Venus akan memberi subsidi untuk perbelanjaan terapi tersebut.

Perlindungan Serta-Merta Untuk Wanita Hamil

Jika anda sedang hamil antara 18 dan 35 minggu gestasi, anda boleh mendapatkan pelan A-Plus VenusExtra untuk perlindungan serta-merta terhadap komplikasi kehamilan tertentu dan anomali kongenital kanak-kanak.

Detail Manfaat Pelan Takaful Khusus Wanita

1. Manfaat Penyakit Wanita
  1. Manfaat Kanser Organ Wanita (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  2. Manfaat Karsinoma-in-situ (CIS) (Payu dara, Serviks Uteri, Uterus, Tiub Fallopio, Vulva/Faraj atau Ovari)
  3. Manfaat Lupus Eritematosus Sistemik (S.L.E.) dengan Lupus Nefritis
2. Manfaat Rawatan
  1. Manfaat Lumpektomi Payu Dara
  2. Manfaat Mastektomi
  3. Manfaat Pembedahan Pembentukan Semula Payu Dara
  4. Manfaat Pembedahan Organ Pembiakan Wanita akibat Kanser
  5. Manfaat Kehilangan Organ Pembiakan Wanita akibat Kemalangan
  6. Manfaat Pembedahan Pembentukan Semula Wajah akibat Kemalangan
  7. Manfaat Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kanser Kulit
  8. Manfaat Arthritis Reumatoid Teruk
  9. Manfaat Retakan Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra
3. Manfaat Kesejahteraan
  1. Manfaat wang tunai belas ihsan akibat Ragut
  2. Manfaat Terapi Penggantian Hormon untuk Putus Haid
  3. Manfaat Tanggung Rugi Hilang Upaya Sementara
  4. Manfaat psikoterapi bagi kehilangan pasangan sah atau anak yang sah
4. Manfaat Bersalin
  1. Manfaat Komplikasi Kehamilan
  • Koagulasi Intravaskular Tersebar
  • Kehamilan Ektopik
  • Kehamilan Molar
  • Eklampsia
  1. Manfaat Anomali Kongenital
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Lelangit Sumbing
  • Kecacatan Septum Ventrikel
  • Septum Artrium Berlubang
  • Duktus Arteriosus Terbuka
  • Kembar Siam
  1. Manfaat Kematian
  • Fetus melebihi 195 hari gestasi atau Kematian Anak sehingga 30 hari dari kelahiran

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma