Secara umumnya, Rumah Pusaka (Aset Tetap) adalah rumah tinggalan apabila berlakunya kematian kepada pemilik rumah. Kita sedia maklum ramai yang masih keliru dan akhirnya bertengkar dan berperang akibat masalah ini. Antara kekeliruan yang berlaku, Milik siapakah rumah pusaka ini? Apakah penyelesaian jika kematian telah berlaku? Dan, Apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum ianya berlaku?

Rumah Pusaka Milik Siapa

Sebelum itu, ketahui 2 kategori rumah pusaka :

  1. Rumah yang didaftar atas 1 Nama (Suami atau Isteri) dan dia meninggal dunia. Maka, 100% rumahnya adalah Rumah Pusaka.
  2. Rumah yang didaftar atas 2 Nama (Suami dan Isteri) dan salah seorang meninggal dunia. Maka, 50% rumahnya adalah Rumah Pusaka. Ia bukanlah Harta Sepencarian kecuali telah diisytiharkan di mahkamah yang dibuat semasa hidup.

Pembahagian secara Faraid

Di dalam Islam, Faraid adalah kaedah paling asas sekiranya si mati meninggalkan harta tanpa sebarang dokumentasi. Tiada siapa yang boleh melawan kaedah dan undang-undang ini. Pembahagian Rumah Tinggalan ini tertakhluk kepada cara tersebut.

Sekiranya,

  1. Suami Meninggal
    • Ibu Suami memiliki 1/6 dari Rumah Pusaka
    • Bapa Suami memiliki 1/6 dari Rumah Pusaka
    • Isteri memiliki 1/8 dari Rumah Pusaka
    • Bakinya akan dimiliki oleh Anak-Anak dalam nisbah 2:1 (2 Anak untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)
  2. Isteri Meninggal
    • Ibu Isteri memiliki 1/6 dari Rumah Pusaka
    • Bapa Isteri memiliki 1/6 dari Rumah Pusaka
    • Suami memiliki 1/4 dari Rumah Pusaka
    • Bakinya akan dimiliki oleh Anak-Anak dalam nisbah 2:1 (2 Anak untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)

Kebiasaannya pembahagian ini mengikut harga rumah pusaka tersebut. Jarang ada kes rumah pusaka dikerat-kerat dan dibahagikan kepada waris.

Siapakah Yang Layak Untuk Menguruskan Pembahagian Faraid?

Kemungkinan, bakal berlaku salah faham antara waris jika dibuat tanpa perintah mahkamah. Jadi, anda boleh menggunakan khidmat kami dibawah Pengurusan Harta Pusaka untuk memudahkan urusan ini.

Apakah Alternatif Selain Dari Pembahagian Secara Faraid?

  • Jika pemilik rumah telah meninggal dunia, anda boleh memilih untuk berbincang dengan setiap waris bagi mendapatkan Persetujuan dan Muafakat Bersama sebelum melakukan pembahagian secara faraid.
  • Jika pemilik rumah masih hidup, perlulah melakukan persediaan rapi untuk menghadapi masalah ini seperti menyediakan Polisi Hibah Takaful atau Deklarasi Hibah atau Deklarasi Wasiat.

1. Persetujuan dan Muafakat Bersama

Ini adalah langkah paling baik menguruskan masalah rumah pusaka. Persetujuan ini haruslah diwakili oleh semua waris yang berhak. Persetujuan ini juga perlu dibuat dengan belas ehsan kepada penerima rumah. Dan adalah lebih baik jika ianya dihitam putihkan.

Tetapi, jika waris tidak kiralah semua atau salah seorang tidak setuju, langkah ini tidak boleh dikuatkuasakan. Maka, pilihannya terpaksa merujuk balik kepada pembahagian secara faraid.

2. Polisi Takaful Hibah (Hibah Bersyarat)

Jika pasangan si mati hendak memiliki rumah pusaka sepenuhnya, apakah caranya?

Pasangan si mati perlulah menyemak harga rumah pusaka pada masa tersebut. Kemudian, buat bayaran tunai kepada waris mengikut kaedah pembahagian faraid seperti diatas. Jika tiada tunai, maka bolehlah dijual dahulu rumah tersebut dan hasil jualan tadi akan dibahagikan kepada waris. Solusi ini mungkin menyebabkan pasangan si mati dan anak-anak terpaksa berpindah ke rumah lain.

Penyelesaian terbaik adalah, semasa hidup si mati, dia perlulah menyediakan Polisi Takaful Hibah mengikut harga rumah. Jadi, selepas berlakunya kematian, pasangan mempunyai tunai dan boleh mengagihkannya kepada waris mengikut pembahagian faraid secara tepat dan cepat tanpa menjual dahulu rumah pusaka.

Rujukan : Pelan Takaful Hibah

3. Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah adalah satu arahan pemberian yang dibuat semasa anda masih hidup dan pemberian itu berlaku semasa anda masih hidup.

Contohnya, pasangan dan anak-anak anda kini tinggal dirumah yang sama. Anda semestinya merasakan pasangan anda paling berhak untuk mendiami rumah tersebut selepas anda sudah tiada. Maka, anda perlu membuat satu Deklarasi Hibah. Ini bermakna, semasa anda masih hidup lagi, rumah tersebut akan dihadiahkan atau dihibahkan dan ia kemudiannya menjadi milik pasangan anda. Dan sekiranya anda telah meninggal dunia, rumah menjadi milik kekal pasangan.

Kami menyediakan khidmat dokumentasi ini hanya dengan kos RM1,000. Dengan adanya dokumentasi ini, tidak akan ada pertikaian tentang milik siapa rumah tersebut selepas anda tiada.

4. Deklarasi Wasiat

Deklarasi Wasiat adalah satu arahan pemberian yang dibuat semasa anda masih hidup dan pemberian itu berlaku selepas anda meninggal dunia.

Perlu juga diingatkan bahawa, 2 syarat untuk wasiat ini berkuatkuasa. Pertama, rumah tersebut tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Kedua, sebarang rumah yang diwasiat hanya boleh diberikan kepada ahli bukan waris. Contoh ahli bukan waris adalah anak angkat, anak tak sah taraf, anak susuan, sahabat andai, orang-orang yang menjaga kebajikan anda dan lain-lain.

Ini bermakna, semasa anda masih hidup lagi, anda membuat satu dokumentasi menetapkan bahawa, rumah ini (harta yang diwasiat) akan dimiliki oleh seseorang (penerima wasiat) sekiranya anda telah meninggal dunia. Maka, semasa anda masih hidup, ianya milik anda. Selepas anda sudah tiada, rumah tersebut menjadi milik penuh penerima wasiat.

Kami menyediakan khidmat dokumentasi ini hanya dengan kos RM500. Dengan adanya dokumentasi ini, tidak akan ada pertikaian tentang milik siapa rumah tersebut selepas anda tiada.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan pertelingkahan dan salah faham berkenaan rumah tinggalan ini, marilah kita mulakan langkah proaktif dengan membuat persediaan lebih awal. Ia bukan sahaja untuk masa hadapan kita, malah ianya lebih menyinarkan masa hadapan keluarga yang kita cinta. Bukankah ia juga pahala?

Rujukan : Deklarasi Wasiat, Hibah & Pengurusan Harta Pusaka

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda