Berikut adalah senarai Soalan Lazim yang sering ditanya oleh masyarakat. Pilih soalan untuk mendapatkan jawapan.

Soalan Lazim Takaful Insurans

Soalan-Soalan dan Terma Asas Berkenaan Pelan Takaful

Takaful adalah Insurans Patuh Syariah. Sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Rujuk Beza Insurans dan Takaful untuk gambaran lebih jelas.

Takaful Hibah dikenali juga sebagai Takaful Khairat. Anda bersama peserta lain menyimpan dalam 1 tabung. Jika berlaku risiko seperti Kematian, Hilang Upaya kepada anda. Waris akan memperolehi pampasan tunai yang diambil dari tabung tersebut.

Tempoh Matang adalah tempoh maksima sesebuah polisi takaful berkuatkuasa. Kebiasaannya, 70 tahun atau 80 tahun.

Tempoh Menunggu adalah tempoh yang ditetapkan oleh pihak syarikat, yang membolehkan anda membuat sebarang tuntutan. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk Pelan Medical Card, Tempoh Menunggu adalah 120 hari (4 Bulan). Tempoh menunggu juga dikenali sebagai Tempoh Bertenang.

Tempoh Bertenang adalah sama dengan Tempoh Menunggu.

Amaun yang ditolak daripada Akaun Perlindungan dan Akaun Simpanan dan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta sebagai derma bagi tujuan bantuan dan pertolongan bersama kepada peserta-peserta yang memerlukan.

Kontrak di antara Peserta dan Syarikat Takaful (sebagai Pengendali Takaful) di mana Peserta memberi kebenaran kepada Syarikat Takaful untuk bertindak bagi pihaknya dalam menjalankan urusan Takaful. Syarikat Takaful akan mengambil sebahagian daripada caruman Peserta sebagai Yuran Wakalah sebagai upah kepada perkhidmatan yang diberikan tersebut.

Kontrak di antara Peserta dan Syarikat Takaful di mana Peserta melantik Syarikat Takaful untuk menjalankan aktiviti pelaburan bagi Akaun Perlindungan dan Akaun Simpanan bagi pihak Peserta untuk suatu caj pengurusan dana yang telah dipersetujui.

Syarikat Takaful layak untuk menerima sehingga 50% daripada lebihan yang diperolehi daripada Dana Risiko Peserta sebagai Ujrah (yuran prestasi) kerana menguruskan dana dengan efisien sehingga membawa kepada lebihan. Bahagian lebihan yang selebihnya akan diagihkan kepada peserta-peserta yang layak.

Suatu pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Syarikat Takaful kepada Dana Risiko Peserta sekiranya ia mengalami defisit yang menghalangnya daripada membayar faedah-faedah Takaful kepada peserta-peserta yang layak. Amaun ini akan diambil semula daripada lebihan pada masa akan datang sebelum pengagihan dibuat.

Mudharabah dalah kontrak di antara Peserta dan Syarikat Takaful, di mana Peserta menguasakan Syarikat Takaful untuk melaburkan amaun di dalam Dana Peserta dimana sebarang keuntungan pelaburan yang timbul dari Dana Peserta akan dikongsi di antara Syarikat Takaful dan Peserta-peserta dalam kadar 20% dan 80% masing-masing.

Tempoh 15 hari yang diberikan kepada anda setelah anda selesai mendaftar Pelan Takaful. Di dalam tempoh ini anda berhak untuk membatalkan polisi anda secara percuma.Pihak Syarikat Takaful akan memulangkan segala caruman dan simpanan yang anda telah buat semasa pendaftaran.

Nilai Akaun adalah nilai di dalam Sijil Takaful anda bergantung kepada prestasi Dana Peserta dan nilainya adalah tidak terjamin (kenaikan atau penurunan).

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda