Soalan Lazim Takaful, Insurans, Wasiat & Hibah

Berikut adalah senarai Soalan Lazim yang sering ditanya oleh masyarakat. Pilih soalan untuk mendapatkan jawapan.

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.

Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama, dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan orang yang tersayang.

Wasiat adalah suatu pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian. Contoh : Semasa hidup, A menyatakan akan mewasiatkan sebuah rumah kepada B. Apabila A meninggal dunia, B akan menerima rumah yang diwasiatkan oleh A.

Semua harta yang menjadi milikan pewasiat boleh diwasiatkan. 2 jenis harta atau aset. Aset tunai dan aset tetap. Aset tunai seperti Tabung haji, KSWP, ASB, unit amanah, kereta, motorsikal, barang kemas. Aset Tetap seperti hartanah, tanah, rumah, sawah, bangunan, atau semua yang terletak di atas tanah.

Pencen, harta yang dipinjam, harta yang telah dihibah, harta yang telah diwakafkan, bayaran di bawah akta keselamatan social pekerja 1969 perkeso, pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati, duit pampasan atau gratuity, harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain.

Pertama belanja menguruskan jenazah. Kedua, menjelaskan hutang si mati. Ketiga, buat tuntutan harta sepencarian. Keempat, laksana wasiat si mati (jika ada). Kelima, bahagikan harta pusaka mengikut faraid kepada waris-waris.

Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176. Wasiat adalah pesanan yang kita tinggalkan bagaimana harta yang kita miliki diuruskan selepas kita mati. Hibah adalah pemberian kasih sayang oleh pemberi kepada sesiapa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pada masa hidupnya.

Bergantung situasi semasa. Buat wasiat jika ada anak angkat / anak tiri, pasangan yang tiada anak, individu yang belum berkahwin, individu yang berpoligami, mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum islam, membeli harta secara bersama, individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini, ahli perniagaan, jemaah haji atau Individu yang berkahwin semula. Buat hibah jika ada anak perempuan sahaja, ada anak perempuan yang sedikit berbanding anak lelaki, tiada waris ashabul furud (waris yang dekat) atau ada anak yang ingin diberikan harta secara sama rata pada masa hidup.

Wasiat dilaksanakan selepas anda mati, hibah dilaksanakan semasa hidup.

Boleh, tiada masalah. Hutang perlu dinyatakan dalam wasiat kerana hutang akan dilangsaikan dahulu sebelum wasiat dilaksanakan.

Sangat digalakkan, berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”.

Kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, orang yang terhalang dari terima pusaka kita (waris), masjid, surau, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan seumpamanya.

Kalau hendak wasiat kepada waris juga, perlu mendapat persetujuan dari waris-waris yang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw pernah bersabda “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”. Bermakna, jika ada persetujuan waris, tiada masalah.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Quotation Percuma