Pelan perlindungan khusus penyakit kanser ini melindungi kewangan anda dari kanser tahap awal lagi. Apabila anda disahkan sahaja menghidapi kanser, AIA akan membiayai kos anda sehingga anda disahkan sihat. Jika keturunan anda mempunyai sejarah penyakit kanser, kami amat menggalakkan agar anda untuk segera menyediakan pelan perlindungan ini.
Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful ini dan bagaimana memilih pelan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anda.
Kenapa Perlu?
- 1 Daripada 4 Dijangka Mendapat Kanser Sebelum Usia 75.
- Peningkatan Statistik Kanser yang sangat membimbangkan dan membahayakan.
- Statistik Kanser dari 2007 – 2011 : 103,507 Kes
- Kanser Lelaki Paling Membunuh : Kanser Hidung, Kanser Paru-Paru, Kanser Darah, Kanser Hati, Kanser Prostat.
- Kanser Wanita Paling Membunuh : Kanser Payudara, Kanser Paru-Paru, Kanser Usus, Kanser Servik, Kanser Ovari.
- Kehidupan Perlu Diteruskan Selepas Disahkan Kanser :
- Perbelanjaan perjalanan ke berjumpa doktor untuk kemudahan rawatan kanser.
- Perbelanjaan penginapan dalam tempuh rawatan susulan dibuat.
- Ujian atau rawatan eksperimen yang boleh membebankan anda.
- Penjagaan anak-anak supaya anda boleh pergi untuk mendapatkan rawatan susulan.
- Terapi alternatif untuk menyokong pemulihan kanser anda.
- Pada masa yang sama, keluarga anda masih berharap ke atas anda untuk menampung perbelanjaan harian seperti Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta, Perbelanjaan Harian, Pendidikan Anak-Anak dan sebagainya.
Bagaimana Pelan Takaful Kanser Berfungsi?
1. Faedah Perlindungan Kanser Peringkat Awal
- Selepas Disahkan Menghidap Kanser Peringkat Awal : 30% Jumlah Pampasan
- Selepas 6 Bulan Pertama : 10% Jumlah Pampasan akan dibayar
- Selepas 12 Bulan Pertama : 10% Jumlah Pampasan akan dibayar
- Menjelang Akhir Tahun Pertama Selepas Disahkan Menghidap Kanser Peringkat Awal : Jumlah Pampasan KEMBALI KE 100%
Kesimpulan Faedah Ini : Sekiranya anda disahkan mengidap kanser peringkat awal, selepas tempoh setahun, anda telah dibayar 50% Jumlah Pampasan. Akan tetapi, untuk terus menjamin kesihatan dan kewangan anda pada masa hadapan anda bertuah kerana AIA Public Takaful Berhad mengembalikan semula Jumlah Pampasan kepada 100%.
2. Faedah Perlindungan Kanser
- Setelah Disahkan Menghidap Kanser Peringkat Lanjutan : 100% Jumlah Pampasan akan dibayar
- Untuk membantu anda meneruskan kehidupan dan memberi tumpuan kepada pembelanjaan pemulihan : Bayaran Tahunan sebanyak 10% Jumlah Pampasan dibuat untuk 5 Tahun Berturut-Turut :
-
- Tahun 1 : 10% Jumlah Pampasan
- Tahun 2 : 10% Jumlah Pampasan
- Tahun 3 : 10% Jumlah Pampasan
- Tahun 4 : 10% Jumlah Pampasan
- Tahun 5 : 10% Jumlah Pampasan
Nota : Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum hujung pembayaran Pendapatan Pemulihan Lanjutan, pendapatan yang berikutnya akan dibayar kepada waris.
3. Faedah Tempoh Matang
- Apabila Anda Mencecah Umur 80, Anda Mungkin :
- Berjaya Menempuhi dan Pulih Dari Kanser Peringkat Awal
- “Cancer Survivor”
- Telah Menjalani Kehidupan Yang Baik dan Sihat Sepanjang Hidup Anda Tanpa Melalui Kanser
- Selepas Tempoh Matang : 100% Jumlah Pampasan akan dibayar
4. Lain-Lain Faedah
- Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh polisi : 10% Jumlah Pampasan akan dibayar; atau
- Nilai Serahan (Surrender Value) (Sekiranya Nilai Lebih Tinggi dari 10% Jumlah Pampasan)
5. Rider Tambahan
Untuk melengkapkan pelan ini, anda boleh menambah Rider Pilihan :
- A-Plus LifeCover-i : Perlindungan Kematian (sehingga umur 80) dan Hilang Upaya Kekal (sehingga umur 65 tahun) 100% Jumlah Pampasan A-Life Cancer360-i akan dibayar.
- A-Plus CriticalCover-i : Perlindungan Meliputi 39 Penyakit Kritikal (sehingga umur 80) 100% Jumlah Pampasan A-Life Cancer360-i akan dibayar.
Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Takaful Kanser?
Bulanan bermula dari RM150 sebulan sehingga 7% daripada gaji bulanan anda (Contoh : Gaji RM5,000 Sebulan X 7% = RM250).
Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Kanser adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.
Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :
- A-Life Cancer360-i
Jadual Harga Pelan Takaful Kanser
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.