Pelan Hibah Takaful yang memberikan anda Fleksibiliti dalam menentukan berapa Jumlah Perlindungan (Hibah), Tempoh Perlindungan serta Tempoh Caruman.
Harga Pelan Hibah Takaful RM1 Juta (RM1,000,000) AIA bermula serendah RM93.17 Sebulan (Caruman Tahunan RM1,117.99 Setahun) bagi Perempuan, Umur 18, Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman 10 Tahun, dan disertakan juga dengan Faedah Waiver.
Apakah Faedah Asas Pelan Hibah Takaful Bertempoh?
- Pilihan Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman.
- Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian).
- Hibah Jika Meninggal Dunia Semasa Haji dan Umrah.
- Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal.
- Faedah Pampasan Tambahan Pengurusan Harta Pusaka.
- Faedah Penepian Caruman (Waiver).
Pilihan Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman
Fleksibiliti boleh dibuat salah satu dari 2 Pilihan :
- Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman 10 Tahun.
- Sebagai contoh, ada berusia 35 tahun. Tempoh Perlindungan adalah sehingga anda berumur 45 Tahun. Caruman Bulanan atau Tahunan perlu dibuat berkala sepanjang 10 Tahun.
- Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman 20 Tahun.
- Sebagai contoh, ada berusia 35 tahun. Tempoh Perlindungan adalah sehingga anda berumur 55 Tahun. Caruman Bulanan atau Tahunan perlu dibuat berkala sepanjang 20 Tahun.
Untuk Tempoh Perlindungan dan Tempoh Caruman sehingga Umur 70, anda boleh memilih Pelan Hibah AIA (Khairat Kematian) biasa.
Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
- Sekiranya berlaku Kematian kepada anda, Jumlah Hibah (Pampasan) akan diserahkan kepada Penama yang anda telah tetapkan.
- Pilihan Jumlah Hibah bermula dari RM1 Juta (RM1,000,000) dan ke atas.
Hibah Jika Meninggal Dunia Semasa Haji dan Umrah.
- Sekiranya berlaku Kematian semasa mengerjakan Haji atau/dan Umrah, Jumlah Hibah (Pampasan) akan digandakan kepada 200% (sekali ganda).
- Sebagai contoh, anda mengambil Pelan Hibah Takaful dengan Jumlah Hibah RM2,000,000. Jika terjadi kematian semasa Umrah, Penama akan menerima RM4,000,000 (RM2,000,000 X 200%).
Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal
- Sekiranya berlaku Hilang Upaya (Cacat Kekal), 100% Jumlah Perlindungan (Pampasan) akan diserahkan kepada anda.
- Jumlah Hibah adalah bersamaan dengan Jumlah Hibah Jika Meninggal Dunia.
- Faedah ini adalah Percuma. Tidak akan dikenakan cas atau caruman tambahan.
Faedah Pampasan Tambahan Pengurusan Harta Pusaka
- Faedah ini diberikan Percuma tanpa sebarang cas dan caruman tambahan.
- Faedah ini adalah bertujuan bagi memudahkan urusan keluarga atau waris dalam menampung kos untuk menguruskan Harta Pusaka (pencairan harta beku).
- Sekiranya anda mengambil Pelan Hibah dengan Jumlah Hibah (Pampasan) Kurang dari RM2,000,000 (RM2 Juta). Amaun Pampasan Tambahan yang akan diterima adalah RM50,000.
- Sekiranya anda mengambil Pelan Hibah dengan Jumlah Hibah (Pampasan) Sama atau Lebih dari RM2,000,000 (RM2 Juta). Amaun Pampasan Tambahan yang akan diterima adalah RM75,000.
Faedah Penepian Caruman (Waiver)
Sekiranya berlaku salah 1 dari 45 Jenis Penyakit Kritikal, caruman polisi tidak lagi perlu dibayar oleh anda. AIA akan membantu anda dengan meneruskan pembayaran caruman untuk memastikan anda terus menikmati perlindungan dan faedah-faedah lain.
Berapa Harga Caruman Pelan Hibah Takaful Bertempoh?
Dapatkan harga caruman anggaran dengan menggunakan kalkulator dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.
- Caruman akan ditentukan mengikut keadaan semasa berpandukan beberapa faktor :
- Umur
- Jantina
- Jenis Pekerjaan
- Jumlah Hibah
- Tempoh Perlindungan
- Tempoh Caruman
- Tahap Kesihatan Semasa
- Caruman Bulanan atau Tahunan adalah tetap. Tidak akan berlaku Kenaikan dimasa hadapan.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.