Medical Card (Kad Perubatan) adalah Pelan Takaful yang melindungi kewangan anda sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan Penyakit atau Kemalangan.
Dengan adanya Medical Card, segala kos perbelanjaan rawatan di hospital (tidak termasuk Deduktibel atau Ko-Takaful) akan di tanggung oleh AIA (tertakhluk kepada terma dan syarat).
Detail dan Faedah Medical Card AIA
Perlindungan Asas Pelan Medical Card | |
---|---|
Umur Pendaftaran | 14 Hari Sehingga Umur 70 Tahun |
Melindungi Sehingga Umur | 100 Tahun |
Had Seumur Hidup | Tiada Had |
Fleksibiliti Pelan Medical Card | |
---|---|
Pilihan Penjimatan Kos | Deduktibel RM500 / Smart Deduktibel RM500 |
Pilihan Had Harga Bilik (Harian) | RM180 / RM250 / RM350 |
Had Tahunan | RM180,000 / RM250,000 / RM350,000 |
Pilihan Tambahan Booster Had Tahunan | Untuk Bilik RM250 / RM350 |
---|---|
Had Tahunan Booster Bilik RM250 | RM1 Juta |
Had Tahunan Booster Bilik RM350 | RM1.5 Juta |
Penjagaan Dalam Hospital (Wad) | |
---|---|
1. Had Harga Bilik (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun) | RM180 / RM250 / RM350 |
2. Unit Rawatan Rapi (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun) 3. Yuran Berkaitan Semasa Dalam Hospital |
Mengikut Had Tahunan |
Penjagaan Luar Hospital (Pesakit Luar) | |
---|---|
1. Pra-Penghospitalan (60 Hari Sebelum Diwadkan) 2. Selepas Penghospitalan (150 Hari Selepas Rawatan Di Wad) 3. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Dan Kanser Pesakit Luar 4. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (Termasuk Rawatan Pergigian) Dan 30 Hari Rawatan Susulan |
Mengikut Had Tahunan |
5. Rawatan Pesakit Luar (untuk Setiap Tahun) • Bronkitis, Influenza, Denggi dan Pneumonia |
RM3,000 / RM4,000 / RM6,000 |
Penjagaan Tambahan | |
---|---|
1. Penjagaan Home Nursing (Had Seumur Hidup 180 Hari) | RM3,000 / RM4,000 / RM6,000 |
2. Pemindahan Perubatan Kecemasan Dan Penghantaran Balik | USD 1 Juta |
3. Faedah Elaun Tunai Wad Jika Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Minima 5 Hari atau Diwadkan Minima 15 Hari | RM10,000 (Maksima 2 Kali Tuntutan) |
Kalkulator Anggaran Harga Medical Card AIA
Masukkan detail yang diperlukan untuk mendapatkan Harga Caruman Bulanan atau Tahunan Medical Card AIA.
Harga caruman di atas tidak termasuk Faedah Tambahan Booster Had Tahunan. Untuk Harga caruman yang lebih tepat, hubungi kami dengan menghantar Borang Permohonan Takaful Online di bawah.
Cara Pilih Medical Card Yang Sesuai
Pilihan Deduktibel RM500 Atau Smart Deduktibel RM500
Apakah Deduktibel RM500?
Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital, untuk satu penyakit/musibah.
Apakah Smart Deduktibel RM500?
Pilihan ini mengurangkan kos caruman sebanyak 20%. Dengan memilih pilihan ini, anda perlu mengikuti dan menuruti langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam Smart Journey AIA.
Juga, Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital Smart, untuk satu penyakit/musibah.
Yang Mana Paling Baik?
Pada asasnya, kedua-dua pilihan mempunyai elemen yang sama iaitu, Deduktibel sebanyak RM500. Cuma yang membezakan adalah elemen Smart.
Medical Card dengan Pilihan Smart (Smart Option) adalah lebih murah berbanding medical card tanpa pilihan Smart. Namun, ia memerlukan anda untuk mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh Smart Journey AIA. Juga, jenis panel baik Klinik mahupun Hospital mestilah tertakhluk kepada senarai Panel Smart AIA.
Bagi mereka yang tidak kisah dan setuju dengan mengikuti langkah-langkah serta prosedur ini, pilihan Smart Deduktibel RM500 adalah bersesuaian.
Bagi mereka yang memikirkan ia suatu tindakan yang bakal merumitkan keadaan atau melecehkan, maka mereka lebih sesuai dengan pelan medical card Deduktibel RM500 tanpa pilihan Smart.
Logik Had Penggunaan Medical Card
Rekod menunjukkan 95% Jumlah Tuntutan untuk Rawatan di Hospital kurang dari RM150,000 setahun. Jadi, tidak salah untuk anda mengambil Pelan Medical Card Bilik 180 dengan Had Tahunan RM180,000.
Perlu diingatkan juga, Pelan Medical Card bukan untuk mendapatkan rawatan yang mewah dan selesa. Tetapi ia lebih kepada berapa cepat untuk anda mendapatkan dan menyelesaikan rawatan sekiranya anda dimasukkan ke Hospital. Yang penting, ianya wajib ada dan berkadar dengan keperluan dan kemampuan bukan mengikut kemahuan dan kehendak.
Kepentingan Pelan Takaful Selain Medical Card
Selain Medical Card, Pelan Takaful yang penting adalah Pelan Takaful Hibah dan Pelan Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal.
Susun kewangan anda sebaik mungkin dengan harapan anda memiliki ketiga-tiga Pelan Takaful Asas ini.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.