Seringkali kita dengar Pulangan Pelaburan dalam Takaful lebih untung dari ASB dan Unit Trust. Adakah ia satu Realiti atau sekadar Fantasi?
Tujuan utama Takaful adalah melindungi. Melindungi peserta Takaful dari risiko-risiko yang tidak dijangka. Maka, tidak kiralah apa pun nama Pelan di dalam Takaful, baik Hibah, Medical Card, Simpanan, atau Pelaburan, tujuannya tetap sama, Perlindungan.
Di dalam Takaful, wujud Pelan Simpanan atau Pelan Pelaburan. Ia juga dikenali sebagai Pelan Endowmen (Endowment Plan) – Simpanan Pelaburan yang dibuat di Syarikat Takaful. Pelan ini tidak menjanjikan pulangan keuntungan yang besar. Pelan ini adalah Pelan Pelaburan ‘Low Risk Low Return’. Ianya lebih berbentuk kepada perlindungan simpanan wang yang anda buat.
Elemen Perlindungan Kepada Simpanan
Anda perlu membayangkan setiap simpanan dan pelaburan yang anda buat, tidak kira dimana pun selain dari Takaful, ianya bakal dibekukan jika berlaku musibah seperti Kematian dan Hilang Upaya. Untuk mencairkannya, bukan senang. Perlukan Kos dan Masa yang panjang.
Dengan adanya sistem Takaful, jika berlakunya kematian, segala simpanan anda akan diserahkan terus kepada Waris yang telah dinamakan semasa anda hidup.
Simpanan secara Lump Sum atau Berkala
Di ASB dan Unit Amanah, anda boleh membuat simpanan secara Lump Sum atau Berkala. Namun di Takaful, anda perlu membuat secara berkala mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika ditetapkan 10 tahun, maka ia perlu disimpan 1o tahun. Jika 20 tahun, kekal 20 tahun tidak boleh kurang atau lebih.
Jika ada ejen yang kata boleh bayar Lump Sum, ketahuilah ia tetap berkala. Cuma, anda diminta untuk membayar Upfront. Dari amaun itu, ejen akan menyusun semula agar ia sesuai dan lengkap dengan tempoh berkala yang ditetapkan.
Kos dan Caj Perkhidmatan
Kita tahu, jika anda ada RM50,000 dan anda ingin menyimpan di ASB. Tiada caj akan dikenakan. Untuk Unit Amanah (Unit Trust), anda akan dikenakan caj sebanyak 5% ke 10% mengikut syarikat yang anda pilih. Dengan caj RM2,500 bermakna anda masih mempunyai RM47,500 di dalam akaun. Dan akan mula menerima dividen dan faedah mengikut angka tersebut.
Namun di dalam Takaful, cajnya berbeza. Anda akan dikenakan beberapa caj, seperti Yuran Wakalah, Yuran Pengurusan Dana, Yuran Tabarru’ dan lain-lain. Caj-caj ini merangkumi sehingga 50% dari seluruh simpanan yang anda ingin buat pada tahun pertama. Caj-caj tersebut akan menurun dari tahun ke tahun sehingga tamat tempoh simpanan yang ditetapkan. Contoh, simpanan RM50,000 pada tahun pertama. Caj dikenakan, RM25,000. Baki RM25,000 akan di simpan dalam akaun.
Jadi, jangan terkejut jika anda melihat di dalam akaun hanya tinggal sedikit berbanding nilai atau modal simpanan yang anda mula keluarkan dahulu.
Keuntungan dan Faedah
Di ASB, anda akan menerima dividen tahunan. Di Unit Amanah pula anda akan menerima peratus keuntungan prestasi dana.
Berbeza dengan Takaful. Ia wujud beberapa elemen Faedah dan Bonus seperti :
Peratus Keuntungan Prestasi Dana
Bonus Tahunan yang diberikan secara berkala
Faedah Gandaan Jika Berlaku Musibah (Kematian dan Hilang Upaya)
Faedah Pengecualian Caruman
Dengan adanya elemen seperti Faedah Keuntungan Prestasi Dana dan Bonus Tahunan. Setiap simpanan anda tetap akan digandakan. Cuma, tidak secepat yang anda sangka dan mungkin tidak sebanyak yang anda sangka. Namun, yang pastinya ia selamat dan tidak akan dibekukan.
Kesimpulan
Pelan Simpanan dan Pelaburan di dalam Takaful adalah Pelan simpanan dengan keuntungan jangka masa panjang (20 hingga 30 tahun). Jika anda rancang untuk menyimpan dan melabur kurang dari tempoh itu, adalah lebih baik anda memilih medium Simpanan dan Pelaburan yang lain.
Jika anda merancang simpanan berpelaburan untuk jangka masa panjang, tidak mahu risau atas risiko-risiko seperti kejatuhan ekonomi yang teruk atau kesan inflasi negara yang teruk, kami amat sarankan anda memilih Takaful sebagai medium simpanan dan pelaburan.
Contoh Simpanan Pelaburan untuk Jangka Masa Panjang termasuklah :
- Pelan Simpanan Persaraan (retirement plan)
- Pelan Simpanan Pendidikan Anak-Anak (education plan)
- Pelan Alternatif Beli Rumah / Hartanah
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda