Deklarasi Wasiat, Hibah & Pengurusan Harta Pusaka

Deklarasi Wasiat dan Hibah adalah suatu perkara yang wajib dibuat oleh setiap individu semasa hidupnya. Kami akan menerangkan apakah definisi setiap elemen-elemen dalam pelan ini di dalam istilah yang mudah difahami, agar anda mudah merangka pelan supaya ia bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Wasiat dan Hibah?

Kenapa Perlu Deklarasi Atau Dokumentasi Wasiat Dan Hibah?

Situasi 1

Abang : Sebelum meninggal dulu, mak kan dah wasiatkan rumah ni kepada abang.
Kakak : Bila masa mak kata!?

Situasi 2

Isteri : Saya nak keluarkan semua duit simpanan dari akaun arwah suami saya.
Pegawai Bank : Maaf Puan, akaun bank arwah suami Puan telah dibekukan.

Untuk mengelakkan hal-hal sedemikian berlaku, setiap wasiat dan hibah perlulah dihitam-putihkan melalui deklarasi wasiat dan deklarasi hibah. Dengan wujudnya deklarasi ini juga, anda telah berjaya melantik pentadbir (wasi). Pentadbir adalah pihak yang akan memudahkan pengurusan pembahagian harta kepada penama-penama melalui hitam putih yang telah dibuat.

Wasiat

Wasiat adalah pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian.

Contoh : Semasa hidup, A menyatakan akan mewasiatkan sebuah rumah kepada B. Apabila A meninggal dunia, B akan menerima rumah yang diwasiatkan oleh A.

Apakah Hukum Wasiat?

Wajib – Jika terdapat tanggungjawab Syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

Sunat – Jika berwasiat kepada kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak untuk mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan kepada jalan Allah.

Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang bukan daripada golongan yang berilmu dan beramal soleh

Apakah Kelayakan Bagi Pewasiat (musi)?
  • Telah mencapai umur 18 tahun.
  • Sempurna akal.
  • Sukarela dan tidak dipaksa.
  • Tidak dihalang menguruskan hartanya.
  • Jika pewasiat sedang sakit, dia hendaklah waras fikiran, baik ingatan dan memahami wasiat yang dibuat.
Apakah Syarat Penerima Wasiat?
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak.
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.
  • Perlu wujud ketika wasiat dibuat.
Apakah Jenis Harta Yang Boleh Diwasiatkan?
  • Asset Tunai seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, syer, insurans, hutang dan lain-lain.
  • Asset Tetap seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.
Berapa Kadar Harta Yang Boleh Diwasiatkan?
  • Tidak boleh melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka.
  • Perlu mendapat persetujuan ahli waris selepas meninggal dunia sekiranya melebihi 1/3.
Berapa Kos Untuk Buat Dokumen Wasiat?

Untuk memiliki dokumen wasiat dan melantik pentadbir(wasi). Anda hanya perlu membayar RM500.00 sahaja. Sangat Murah!

Hibah

Hibah adalah pemberian yang dibuat semasa hidupnya.

Contoh : Semasa hidup, A menyatakan akan menghibahkan sebuah rumah kepada B. Tanpa perlu menunggu A meninggal dunia, B tetap akan menerima rumah yang dihibahkan oleh A.

Apakah Hukum dan Kebaikan Deklarasi Hibah?

Memberi harta, sedekah, infaq dan hibah adalah perkara adalah yang sunat yang dituntut dalam Islam bermula dari masa anda hidup lagi. Setiap perkara ini haruslah didokumenkan dan dideklarasikan agar ia tidak akan ada pertikaian dikemudian hari.

Apakah Syarat Pemberi Hibah?

Pemberi hibah hendaklah seorang yang sempurna akal, baligh, dan rushd (matang dan cerdik). Pemberi hibah juga hendaklah memiliki penuh dan mempunyai kuasa terhadap barang yang dihibahkan.

Siapakah Yang Boleh Menerima Hibah?

Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima hibah asalkan dia mempunyai keupayaan untuk memiliki harta. sekiranya penerima masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Apakah Syarat Barang Atau Harta Yang Boleh Dihibahkan?
  • Barang atau harta mestilah halal.
  • Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
  • Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
  • Ia boleh diserah milikkan.
  • Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan.
Berapakah Kadar Harta Yang Boleh Dihibahkan?

Tiada kadar atau had tertentu.

Berapa Kos Untuk Buat Dokumen Hibah?

Untuk memiliki dokumen hibah dan melantik pentadbir(wasi), untuk :

  • Hibah Asset Tunai : RM500.00
  • Hibah Aset Tetap : RM1,000.00

Pengurusan Harta Pusaka

Ahli keluarga anda telah meninggal dunia, dan arwah mempunyai harta yang ditinggalkan. Anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan, mentadbir dan membahagikan harta tersebut. Kami menyediakan khidmat untuk menguruskan harta tersebut dari A sehingga Z.

Berapa Kos Untuk Pengurusan Harta Pusaka?

Khidmat Dokumentasi samada berwasiat atau tidak berwasiat : RM1,000

Pentadbiran sehingga selesai : Sekiranya nilai harta kurang dari RM2 Juta, 2% akan digunakan untuk khidmat pengurusan. Sekiranya nilai harta lebih dari RM2 Juta, harga kos boleh dirunding.

Segala urusan deklarasi wasiat, hibah dan pengurusan harta pusaka akan dilakukan oleh Syarikat Amanah Warisan Berhad – AWARIS.

Alamat :
Amanah Warisan Berhad
15 – 03 Tower A, Menara Prima,
Jalan PJU 1/39, Dataran Prima,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7887 1120
Laman Web : https://awarisgroup.com/

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

    Nama Penuh
    Pekerjaan
    Tarikh Lahir
    Pilihan Deklarasi
    Nota/Pertanyaan
    Detail diatas telah disahkan