Kebanyakan syarikat Insurans dan Takaful masih lagi menggunakan buku atau sijil polisi. Cuba bayangkan jika buku atau sijil polisi tersebut hilang atau tidak dijumpai ketika ianya diperlukan. AIA Takaful Berhad dan AIA Berhad memperkenalkan aplikasi mobil My AIA yang menjadi Backup sekiranya risiko ini berlaku.
Dengan aplikasi ini, anda boleh mengetahui apa jenis pelan perlindungan yang anda miliki hanya dengan melihat di telefon bimbit anda. Untuk mengakseskan aplikasi ini, kami menyediakan tutorial agar memudahkan anda untuk mendaftar dan seterusnya menggunakan aplikasi ini.
- Muat Turun Aplikasi “My AIA” di App Store atau di Google Play.
- Sekiranya anda pernah mendaftar akaun My AIA di laman web aia.com.my, anda boleh terus masukkan User ID dan Password dibahagian ini.
- Sekiranya anda tidak pernah mendaftar akaun My AIA di laman web aia.com.my, anda boleh tekan di link tersebut.
- Masukkan Jenis Polisi yang anda miliki.
- Masukkan salah satu No. Polisi yang telah anda miliki.
- Masukkan No. IC anda.
- Klik Next.
- Semak Jenis Polisi, No. Polisi, No. IC dan No. Tel Bimbit.
- AIA akan menghantar SMS beserta Kod Pengesahan. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang tertera di SMS anda.
- Klik Verify.
- Klik Next.
- Masukkan User ID pilihan anda.
- Masukkan Password pilihan (Pastikan password anda mempunyai gabungan huruf besar & kecil, nombor dan simbol. Contoh: Abcd@2019)
- Ulang Password sebagai pengesahan.
- Masukkan Alamat Emel yang sah.
- Tanda ✓ di dalam kotak.
- Tanda ✓ di dalam kotak.
- Klik Submit.
- Tahniah. Anda telah selesai membuat pendaftaran.
- Setelah selesai, kembali ke aplikasi My AIA. Masukkan User ID dan Password seperti yang didaftarkan tadi.
- Klik Login.
- Tanda ✓ di dalam kotak.
- Klik Submit.
- AIA akan menghantar SMS beserta Kod Pengesahan Aplikasi My AIA. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang tertera di SMS anda.
- Klik Yes.
- Klik Set Pin Code.
- Masukkan 6 Digit Kod Pin pilihan anda.dan Masukkan sekali lagi untuk Pengesahan.
- Klik Save.
Sedikit Tutorial akan diberikan sebelum anda boleh menggunakan Aplikasi My AIA sepenuhnya.
Tahniah! Anda telah selesai. Selamat Menggunakan Aplikasi My AIA.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda