Isi Kandungan
- Faedah Asas Pelan Hibah Takaful AIA
- Maklumat Tambahan & Syarat Kelayakan Pelan Hibah Takaful AIA
- Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Hibah Takaful AIA
- Kenapa Pelan Hibah Takaful AIA Sangat Penting?
- Siapa Yang Wajib Memiliki Pelan Hibah Takaful AIA?
- Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Hibah Takaful AIA
- Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Pelan Hibah Takaful AIA adalah sebuah pelan takaful berasaskan hibah yang direka khas untuk tujuan perancangan harta pusaka dan penciptaan legasi kewangan bernilai tinggi untuk generasi akan datang.

Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan satu jumlah pampasan yang besar sebagai hadiah (hibah) kepada waris tanpa melalui proses pengurusan pusaka yang rumit.
Miliki Pelan Hibah Takaful AIA dengan perlindungan asas sehingga RM350,000, Bermula dengan Harga Serendah RM150 sebulan sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.
Faedah Asas Pelan Hibah Takaful AIA
Pelan ini menawarkan perlindungan menyeluruh dengan kelebihan penggandaan pampasan yang luar biasa. Berikut adalah pecahan faedah yang anda akan nikmati:
1. Manfaat Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
Memberikan bayaran pampasan penuh (jumlah perlindungan asas) kepada waris sekiranya peserta meninggal dunia. Juga menggandakannya dalam keadaan-keadaan tertentu. Rujuk jadual di bawah:
| Keadaan Meninggal Dunia | Jumlah Hibah Yang Akan Diterima |
|---|---|
| Akibat Biasa (Sakit atau Tua) | 100% |
| Akibat Kemalangan | 200% |
| Semasa Mengerjakan Umrah dan Haji | 200% |
| Akibat Kemalangan Semasa Menaiki Kenderaan Awam | 300% |
| Akibat Bencana Alam | 600% |
Ilustrasi Mudah: Jika anda mengambil pelan dengan perlindungan asas RM350,000, waris anda akan menerima RM350,000 jika anda meninggal dunia akibat sakit biasa. Namun, jika tragedi berlaku akibat bencana alam (seperti banjir besar atau tanah runtuh), pampasan digandakan sebanyak 6 kali ganda, menjadikan jumlah yang diterima waris adalah RM2,100,000!
2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Memberikan bayaran pampasan penuh sekiranya peserta mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Wang ini sangat penting untuk menampung kos penjagaan perubatan, ubah suai rumah (seperti membina kemudahan kerusi roda), atau perbelanjaan harian apabila anda tidak lagi mampu bekerja.
3. Faedah Pengecualian Caruman (Waiver)
Jika anda didiagnosis dengan Penyakit Kritikal atau mengalami Hilang Upaya, anda tidak perlu lagi membayar caruman polisi. AIA akan mengambil alih pembayaran caruman untuk memastikan perlindungan anda kekal aktif dan anda terus menikmati semua faedah lain di dalam Pelan Hibah Takaful AIA tanpa sebarang bebanan kewangan.
4. Faedah Nilai Tunai Terkumpul
Sijil ini akan mengumpul nilai tunai dari semasa ke semasa. Nilai tunai ini boleh digunakan pada masa hadapan jika anda memerlukannya, atau diserahkan (surrender) jika perlindungan tidak lagi diperlukan. Ia berfungsi sebagai dana sandaran (backup fund) sewaktu kecemasan.
5. Faedah Tempoh Matang
Anda akan menerima Bayaran Nilai Matang apabila polisi anda berakhir pada umur 70 tahun. Amaun bayaran ini tidak dijamin kerana ia tertakluk pada prestasi dana pelaburan yang terkumpul sepanjang tempoh caruman anda. Ia boleh bertindak sebagai hadiah persaraan tambahan untuk anda nikmati di hari tua.
Maklumat Tambahan & Syarat Kelayakan Pelan Hibah Takaful AIA
- Pilihan Jumlah Perlindungan Asas (Hibah): Bermula dari RM350,000.
- Tempoh Perlindungan: Sehingga umur 70 tahun.
- Tempoh Caruman: Sehingga umur 70 tahun.
- Umur Penyertaan: Seawal umur 14 hari sehingga 60 tahun.
Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Hibah Takaful AIA
Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan kalkulator dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.
Nota: Harga sumbangan (caruman) ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur, jantina, jenis pekerjaan, status merokok, jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, tempoh caruman dan tahap kesihatan semasa.
Perlukan Bantuan / Penerangan Pelan ini Secara Percuma?
Jangan risau. Kami sedia membantu. Hanya Klik di sini!
Kenapa Pelan Hibah Takaful AIA Sangat Penting?
Sebelum kita pergi lebih jauh kepada kelebihan pelan ini, adalah penting untuk kita faham mengapa konsep “Hibah” ini sangat ditekankan masa kini:
Penyelesaian Pantas Berbanding Faraid
Tidak seperti harta simpanan, rumah, atau kereta yang terikat dengan Akta Probet dan Pentadbiran serta terpaksa melalui sistem Faraid yang mungkin memakan masa bertahun-tahun, wang pampasan hibah akan terus disalurkan kepada penama. Proses ini biasanya hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja.
Aset Mutlak Penama (Kalis Pemiutang)
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013, pampasan takaful yang dihibahkan adalah hak mutlak penama. Ia tidak boleh dituntut oleh mana-mana pemiutang untuk membayar hutang si mati. Wang ini 100% milik waris untuk kelangsungan hidup mereka.
Pengganti Pendapatan (Income Replacement)
Apabila ketua keluarga pergi buat selamanya, pendapatan bulanan keluarga akan terputus serta-merta. Wang hibah ini bertindak sebagai dana kecemasan untuk waris meneruskan hidup, membayar bil, dan menanggung kos pendidikan anak-anak.
Siapa Yang Wajib Memiliki Pelan Hibah Takaful AIA?
Pelan ini terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, namun ia sangat kritikal dan amat disarankan jika anda tergolong dalam salah satu kategori di bawah:
Ketua Keluarga (Suami/Bapa)
Punca pendapatan utama keluarga. Kehilangan anda bermaksud hilangnya tempat bergantung isteri dan anak-anak.
Pemilik Perniagaan
Usahawan yang mempunyai tanggungan bisnes, staf, dan hutang syarikat. Hibah boleh digunakan oleh rakan kongsi atau waris untuk memastikan bisnes tidak gulung tikar.
Individu Yang Memiliki Hutang Berskala Besar
Jika anda mempunyai pinjaman rumah, kereta, atau pembiayaan peribadi yang tiada perlindungan MRTT/MRTA. Hibah membantu waris melunaskan hutang tanpa perlu melelong aset.
Ibu Bapa Tunggal
Jika sesuatu berlaku kepada anda, siapakah yang akan menanggung perbelanjaan dan masa depan anak-anak? Hibah adalah jaminan kasih sayang yang berterusan.
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Hibah Takaful AIA
Untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat, berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami:
Sedia Untuk Membina Legasi Anda?
Kehilangan orang tersayang adalah satu ujian emosi yang sangat berat. Jangan biarkan keluarga anda dibebankan pula dengan ujian kewangan. Sediakan payung sebelum hujan. Hubungi perunding AIA kami hari ini untuk mendapatkan sebut harga percuma dan mulakan perancangan legasi anda bermula dari serendah RM150 sebulan!
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda