Setiap orang mempunyai impian dan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Sama ada untuk persaraan awal, membiayai pendidikan anak-anak, menunaikan ibadah Haji dan Umrah, atau sekadar membina tabung simpanan yang kukuh, perancangan kewangan yang teliti adalah kuncinya.

Pelan Endowmen AIA | Gabungan Simpanan Pelaburan Takaful

Menyedari keperluan ini, AIA memperkenalkan Pelan Endowmen AIA, satu pelan simpanan Takaful patuh Syariah yang direka unik untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Miliki Pelan Endowmen AIA dengan perlindungan asas sehingga RM15,000, Bermula dengan Harga Serendah RM5,000 setahun sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.

Maksud Pelan Endowmen

Secara ringkas, pelan endowmen (endowment plan) adalah sejenis produk Takaful yang menggabungkan dua elemen utama: simpanan dan perlindungan. Pelan Endowmen AIA bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya, tetapi ia juga menawarkan pembayaran tunai terjamin pada tempoh matang dan sepanjang tempoh sijil. Ini menjadikannya alat yang berkesan untuk simpanan secara berdisiplin bagi mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Pelan ini menggabungkan elemen simpanan berjangka pendek, perlindungan kewangan, dan potensi pulangan pelaburan dalam satu produk yang komprehensif.

Faedah Asas Pelan Endowmen AIA

Pelan Endowmen AIA direka untuk memberikan fleksibiliti dan pulangan yang optimum kepada pesertanya.

1. Tempoh Pembayaran Caruman yang Singkat

Pelan ini menawarkan dua pilihan tempoh pembayaran caruman yang lebih pendek berbanding tempoh perlindungan, membolehkan anda merancang kewangan dengan lebih mudah:

  • Jenis 1 (10Pay25): Bayar sumbangan (caruman) selama 10 tahun untuk menikmati perlindungan dan faedah sehingga 25 tahun.
  • Jenis 2 (20Pay30): Bayar sumbangan (caruman) selama 20 tahun untuk menikmati perlindungan dan faedah sehingga 30 tahun.

2. Faedah Gaya Hidup: Pulangan Tunai Berkala

Salah satu tarikan utama pelan Endowmen AIA ialah pembayaran atau pulangan tunai berkala yang dipanggil Faedah Gaya Hidup. Anda akan menerima peratusan daripada Jumlah Perlindungan Asas anda pada sela masa tertentu, yang mana jumlahnya meningkat dari semasa ke semasa. Ini memberikan anda aliran tunai tambahan untuk apa jua keperluan kehidupan anda.

Berikut adalah jadual kiraan Faedah Gaya Hidup berdasarkan contoh Jumlah Perlindungan Asas (JPA) sebanyak RM100,000:

  • Jenis 1: Pelan 10Pay25
Akhir Tahun Sijil % dari JPA Amaun Contoh
Tahun 2 hingga 10 (setiap 2 tahun) 5% RM5,000
Tahun 11 hingga 20 (tahunan) 8% RM8,000
Tahun 21 hingga 25 (tahunan) 12% RM12,000
Jumlah Keseluruhan 165% RM165,000
  • Jenis 2: Pelan 20Pay30
Akhir Tahun Sijil % dari JPA Amaun Contoh
Tahun 2 hingga 20 (setiap 2 tahun) 5% RM5,000
Tahun 21 hingga 30 (tahunan) 12% RM12,000
Jumlah Keseluruhan 170% RM170,000

3. Faedah Matang yang Lumayan

Apabila sijil anda mencapai tempoh matang, anda akan menerima bayaran sekali gus yang merangkumi:

  • Pelan 10Pay25: 120% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
  • Pelan 20Pay30: 150% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

Bayaran ini akan ditambah dengan nilai akaun pelaburan anda (jika ada) dan sebarang Faedah Gaya Hidup Terkumpul.

4. Potensi Pertumbuhan Pelaburan

Sebahagian daripada caruman anda (30%) akan diperuntukkan ke dalam Tabung Dana Pelaburan untuk dilaburkan dalam dana patuh Syariah AIA pilihan anda. Ini memberi peluang kepada simpanan anda untuk berkembang dan berpotensi mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Anda juga diberi fleksibiliti untuk menambah pelaburan atau mengeluarkan sebahagian dana apabila diperlukan.

5. Perlindungan Takaful yang Komprehensif

Pelan Endowmen AIA tidak hanya tertumpu kepada simpanan, tetapi juga menyediakan jaring keselamatan kewangan untuk anda dan keluarga:

  • Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Waris akan menerima sekurang-kurangnya 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau jumlah Faedah Gaya Hidup yang belum dibayar ditambah 100% Jumlah Perlindungan Asas (yang mana lebih tinggi).
  • Kematian atau HUMK Akibat Kemalangan: Manfaat Takaful akan digandakan dengan tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas.

6. Faedah Pengecualian Caruman (Waiver)

Anda mungkin tertanya-tanya, apa yang akan berlaku kepada caruman jika anda ditimpa musibah seperti penyakit kritikal atau hilang upaya kekal? Di sinilah pentingnya manfaat tambahan (dikenali sebagai rider) Pengecualian Caruman.

Manfaat ini akan memastikan sijil Endowmen AIA anda terus berkuat kuasa tanpa perlu anda membayar caruman lagi. AIA akan mengambil alih pembayaran tersebut, membolehkan anda fokus kepada pemulihan manakala matlamat simpanan anda terus berjalan.

Siapa yang Layak Memohon Pelan Endowmen AIA?

Pelan Pelan Endowmen AIA terbuka kepada individu yang berumur antara 14 hari sehingga 65 tahun, dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM15,000. Hubungi kami untuk tahu berapa sumbangan (caruman) yang perlu dibuat secara bulanan atau tahunan.

Siapakah yang Sesuai Menyertai Pelan Endowmen AIA?

Pelan ini amat relevan untuk anda yang:

  1. Ingin mencari alternatif pelan persaraan selain KWSP/EPF.
  2. Sedang mempertimbangkan pilihan pelaburan selain Unit Amanah (Unit Trust), ASB, Tabung Haji, Deposit Tetap (Fixed Deposit), atau hartanah.
  3. Merancang simpanan pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak.
  4. Mengutamakan platform simpanan dan pelaburan yang stabil serta bebas risiko.
  5. Mencari pelan pelaburan yang patuh Syariah dan selari dengan prinsip Takaful.

Contoh Ilustrasi Pulangan dan Perlindungan

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat jadual perbandingan bagi Ali, berumur 40, yang mengambil pelan dengan Jumlah Perlindungan Asas sebanyak RM100,000.

Ciri-ciri & Faedah Pelan 10Pay25 Pelan 20Pay30
Sumbangan Anda (Pelaburan)
Sumbangan Tahunan RM32,087 RM19,948
Tempoh Sumbangan 10 Tahun 20 Tahun
Jumlah Sumbangan RM320,870 RM398,960
Potensi Pulangan Tunai
Pulangan Tunai Dijamin RM165,000 RM170,000
Faedah Matang Dijamin RM120,000 RM150,000
Potensi Tunai Tidak Dijamin
(Bergantung pada prestasi dana)
≈ RM167,700 ≈ RM203,600
Anggaran Jumlah Keuntungan ≈ RM131,830 ≈ RM124,640
Perlindungan Takaful
Kematian / HUMK (Sebab Biasa) Min. RM200,000 Min. RM200,000
Kematian / HUMK (Akibat Kemalangan) Tambahan RM100,000 Tambahan RM100,000
Manfaat Pengecualian Sumbangan Termasuk Termasuk

Penting untuk diingatkan, pulangan di dalam jadual adalah tidak dijamin. Ia kemungkinan lebih tinggi atau kemungkinan lebih rendah, bergantung kepada prestasi dana.

Perlukan Bantuan / Penerangan Pelan ini Secara Percuma?

Jangan risau. Kami sedia membantu. Hanya Klik di sini!

Kenapa Pelan Endowmen AIA Mesti Menjadi Komponen Utama Portfolio Kewangan Anda?

Dalam mengharungi cabaran ekonomi masa kini seperti peningkatan kos sara hidup dan inflasi, menyimpan wang sahaja tidak lagi mencukupi. Anda memerlukan sebuah medium simpanan yang memaksa anda untuk berdisiplin, kalis kerugian, dan pada masa yang sama menggandakan nilai wang anda. A-EnrichGold-i bukan sekadar pelan simpanan biasa; ia adalah instrumen pengurusan kekayaan holistik yang direka khas untuk memberi ketenangan minda.

Penyelesaian Masalah “Kebocoran Wang”

Ramai antara kita mempunyai niat untuk menyimpan setiap bulan, namun sering kali wang tersebut terpakai untuk kehendak jangka pendek. Dengan A-EnrichGold-i, anda mewujudkan satu sistem simpanan berdisiplin. Komitmen caruman yang konsisten menghalang “kebocoran wang” anda dan memastikan matlamat kewangan jangka panjang anda benar-benar menjadi realiti.

Jaminan Dana Tunai Menerusi Hibah Takaful

Satu ciri istimewa yang menjadikan pelan ini jauh lebih hebat berbanding instrumen simpanan tradisional adalah kelebihan Hibah Takaful. Apabila berlaku kematian, akaun bank, ASB, dan aset lain biasanya akan dibekukan untuk proses pengurusan pusaka dan Faraid yang boleh memakan masa bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, manfaat pampasan dari A-EnrichGold-i boleh dihibahkan (dihadiahkan secara mutlak) kepada penama pilihan anda. Dana tunai yang besar ini akan disalurkan terus kepada waris dengan pantas tanpa perlu melalui prosedur makamah, sekaligus menyelamatkan kelangsungan hidup keluarga anda.

Manfaat Pelepasan Cukai LHDN

Selain daripada pulangan simpanan yang menarik, caruman yang anda bayar untuk A-EnrichGold-i juga melayakkan anda mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah kategori Takaful Keluarga / Insurans Nyawa (tertakluk kepada syarat dan kelayakan LHDN tahunan). Ini ibarat serampang dua mata, anda sedang membina dana masa depan yang besar, dan pada masa yang sama anda berjaya menjimatkan bayaran cukai tahunan anda!

Kajian Kes: Bagaimana Endowmen AIA Berfungsi Dalam Kehidupan Sebenar?

Bagi memberikan anda gambaran yang lebih jelas, mari kita lihat dua situasi senario kewangan bagaimana pelan ini boleh membantu melengkapkan perancangan kehidupan anda.

Situasi 1: Dana Pendidikan Gemilang Untuk Anak (Encik Hafiz)

Encik Hafiz berumur 30 tahun dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama. Beliau sedar kos pendidikan universiti dalam masa 20 tahun akan datang amat tinggi. Beliau mengambil pelan 10Pay25 dengan Jumlah Perlindungan Asas (JPA) sebanyak RM100,000 untuk anaknya.

  • Tindakan: Encik Hafiz hanya perlu membayar caruman selama 10 tahun sahaja (sehingga anaknya berumur 10 tahun).
  • Hasil: Bermula tahun ke-2, beliau mula menerima pulangan tunai (Faedah Gaya Hidup). Beliau menggunakan wang tersebut untuk membayar yuran tuisyen tambahan dan perbelanjaan sekolah anaknya. Apabila anaknya berumur 25 tahun, sijil ini matang dan beliau menerima bayaran sekali gus (Lump Sum) yang merangkumi 120% dari JPA beserta keuntungan pelaburan. Wang ganjaran yang besar ini sangat tepat pada masanya untuk digunakan sebagai kos menyambung Ijazah Sarjana (Master), mahupun sebagai deposit rumah pertama anaknya!

Situasi 2: Persaraan Selesa & Bebas Tekanan (Puan Aisyah)

Puan Aisyah berumur 35 tahun, seorang wanita berkerjaya yang mahu memastikan beliau mempunyai wang tunai tambahan selain KWSP apabila bersara kelak. Beliau memilih pelan 20Pay30 dengan Jumlah Perlindungan RM150,000.

  • Tindakan: Puan Aisyah mencarum selama 20 tahun, iaitu sehingga umurnya mencapai 55 tahun (tepat pada umur persaraannya).
  • Hasil: Sepanjang 20 tahun mencarum, beliau menikmati pulangan tunai berkala setiap dua tahun yang digunakan untuk melancong ke luar negara. Selepas umur 55 tahun, beliau tidak perlu bayar apa-apa lagi namun terus menerima Faedah Gaya Hidup sebanyak 12% setiap tahun sehingga umurnya 65 tahun! Pada usia 65 tahun, Puan Aisyah menerima hadiah matang yang lumayan iaitu 150% daripada JPA sebagai hadiah persaraan agungnya. Tambahan pula, sepanjang tempoh tersebut beliau dilindungi sepenuhnya jika berlakunya musibah tidak diingini.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pelan Endowmen AIA

Bagi memudahkan pemahaman anda, kami himpunkan beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami sebelum mereka mendaftar pelan ini:

Ya! Peratusan pulangan tunai bagi Faedah Gaya Hidup serta nilai bayaran matang (Maturity Benefit) berasaskan Jumlah Perlindungan Asas adalah dijamin oleh AIA. Apa yang tidak dijamin hanyalah bahagian peratusan keuntungan yang diagihkan dari tabung pelaburan syariah (30% dari caruman anda), kerana ia bergantung kepada prestasi pasaran dan dana pelaburan yang anda pilih.

Sudah tentu. Anda mempunyai dua pilihan: Anda boleh terus mengeluarkan tunai tersebut masuk ke dalam akaun bank anda apabila ia disalurkan, ATAU anda boleh tinggalkan wang tersebut di dalam akaun AIA untuk terus dikompaun dan menerima dividen tambahan sebelum dikeluarkan di kemudian hari.

Ya, dijamin 100% patuh Syariah. Pelan ini diuruskan oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd, dengan mengaplikasikan konsep Wakalah (Agensi), Tabarru’ (Derma/Sumbangan), dan Mudharabah (Perkongsian Untung). Kesemua wang anda dilaburkan ke dalam dana yang mematuhi hukum syariah yang ketat di bawah pantauan majlis penasihat Syariah.

Pelan ini direka bentuk khusus untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang. Anda boleh menyerahkan semula (surrender) sijil ini pada bila-bila masa untuk mendapatkan Nilai Tunai (Cash Value). Namun, penyerahan awal sijil (terutamanya pada beberapa tahun pertama) mungkin menyebabkan nilai yang anda terima kurang daripada jumlah caruman yang telah dibayar. Kami amat menyarankan anda untuk mengekalkan pelan ini sehingga ke tempoh matang untuk memaksimumkan keuntungan.

Pada kebiasaannya, jika anda sihat dan memohon Jumlah Perlindungan di bawah had tertentu (Non-Medical Limit), proses permohonan boleh dibuat dengan pantas dan kelulusan mudah tanpa memerlukan anda menjalani pemeriksaan perubatan!

Simpanan di institusi biasa adalah sangat baik, tetapi ia tiada elemen perlindungan (Takaful). Jika anda menyimpan RM500 sebulan di bank, dan pada bulan ke-6 anda disahkan hilang upaya kekal akibat kemalangan, simpanan anda terhenti di takat RM3,000 sahaja. Berbeza dengan A-EnrichGold-i, sekiranya musibah berlaku, waris anda bukan sahaja mendapat nilai simpanan anda, malah pampasan berganda (kematian kemalangan) dan caruman masa depan anda akan terus dibayar oleh AIA secara automatik (Waiver Rider) supaya manfaat matang anda tetap kekal pada akhirnya!

Mula Rancang Masa Depan Anda Hari Ini!

Masa adalah aset yang paling berharga dalam pertumbuhan kewangan. Lebih awal anda bermula, lebih tinggi nilai kompaun dan ketenangan kewangan yang bakal anda nikmati di masa akan datang. Sama ada niat anda untuk memastikan kelestarian hidup keluarga, dana pendidikan anak, atau persaraan diri sendiri, A-EnrichGold-i adalah kenderaan kewangan yang paling tepat.

Jangan bertangguh lagi dalam merancang kewangan anda. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan sebut harga (quotation) percuma dan khidmat nasihat peribadi. Kami bersedia membantu mereka bentuk pelan A-EnrichGold-i yang paling padan dengan bajet serta matlamat masa depan anda!

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda