Pelan Takaful PA adalah Pelan Takaful yang melindungi anda dari risiko Kematian, Hilang Upaya atau Cacat Kekal, Koma, dan Jika Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Kemalangan.
Umur Kemasukan (pendaftaran) untuk Pelan Takaful PA ini adalah dari 18 Tahun ke 70 Tahun. Terdapat 2 jenis pilihan Pelan Takaful PA :
- Pelan 1 : Perlindungan Asas RM100,000
- Pelan 2 : Perlindungan Asas RM300,000
Kemalangan merujuk kepada kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang. Ia termasuk kemalangan jalan raya, ditimpa objek yang jatuh dari atas, terpijak paku, kejutan elektrik, terhidu racun toksid, terkena radiasi dan sebagainya.
Apakah Faedah Asas Pelan Takaful PA AIA?
- Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian) Akibat Kemalangan.
- Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal Akibat Kemalangan.
- Hibah Tambahan Jika Meninggal atau Hilang Upaya semasa Haji atau Umrah atau pada Musim Perayaan.
- Faedah Koma (Akibat Penyakit atau Kemalangan).
- Faedah Tunai Harian Jika Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
- Faedah Tunai Jika Menerima Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar.
Setiap detail faedah boleh dirujuk pada bahagian bawah.
Hibah Jika Meninggal Dunia (Khairat Kematian) Akibat Kemalangan
Jumlah ini meningkat sebanyak 20% daripada Jumlah Perlindungan Asas setiap 2 Tahun, sehingga maksimum sekali ganda. Jumlah Hibah ini akan diserahkan kepada Penama yang ditetapkan oleh Pemegang Polisi.
Faedah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal Akibat Kemalangan
Sama seperti di atas, jumlah ini turut meningkat sebanyak 20% daripada Jumlah Perlindungan Asas setiap 2 Tahun, sehingga maksimum sekali ganda. Jumlah Faedah ini akan diserahkan kepada Pemegang Polisi. Rujuk definisi Hilang Upaya untuk keterangan lanjut.
Hibah Tambahan Jika Meninggal Dunia atau Hilang Upaya semasa Haji atau Umrah atau pada Musim Perayaan
Tambahan Hibah ini akan diberikan bersama dengan Jumlah Perlindungan Asas. Musim perayaan yang dimaksudkan adalah :
- Hari Raya Aidilfitri (Pertama dan Kedua).
- Tahun Baru Cina (Hari Pertama dan Kedua).
- Deepavali (Hari Pertama).
- Krismas (Hari Pertama).
- Gawai (Hari Pertama).
- Pesta Menuai (Hari Pertama).
- Dua (2) hari sejurus sebelum atau selepas dari hari-hari di atas.
Faedah Koma
Faedah ini dibayar tidak kira Koma disebabkan Penyakit atau Kemalangan. Faedah ini dibayar sekali sahaja.
Faedah Tunai Harian Jika Dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
Faedah ini akan dibayar mengikut jumlah hari semasa anda berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Maksimum tuntutan adalah 120 Hari untuk setiap kemalangan.
Faedah Tunai Jika Menerima Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar
Faedah ini dibayar sekiranya anda disahkan memerlukan Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar akbat Kemalangan di Hospital yang berdaftar sah.
Apakah Detail 2 Jenis Pelan Takaful PA AIA?
Pelan 1 : Perlindungan Asas RM100,000
Jenis Faedah | Jumlah Faedah |
---|---|
Hibah Jika Meninggal Dunia atau Berlaku Hilang Upaya / Cacat Kekal | RM100,000 |
Hibah Tambahan Jika Meninggal Dunia atau Hilang Upaya semasa Haji atau Umrah atau pada Musim Perayaan | RM20,000 |
Faedah Koma | RM100,000 |
Faedah Tunai Harian Unit Rawatan Rapi (ICU) | RM500 |
Faedah Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar | Sehingga RM1,000 |
Pelan 2 : Perlindungan Asas RM300,000
Jenis Faedah | Jumlah Faedah |
---|---|
Hibah Jika Meninggal Dunia atau Berlaku Hilang Upaya / Cacat Kekal | RM300,000 |
Hibah Tambahan Jika Meninggal Dunia atau Hilang Upaya semasa Haji atau Umrah atau pada Musim Perayaan | RM60,000 |
Faedah Koma | RM300,000 |
Faedah Tunai Harian Unit Rawatan Rapi (ICU) | RM1,500 |
Faedah Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar | Sehingga RM3,000 |
Berapa Harga Caruman Pelan Takaful PA AIA?
Dapatkan harga caruman dengan menggunakan kalkulator harga di bawah. Harga caruman untuk Lelaki dan Perempuan adalah sama.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.