Takaful Kanser AIA adalah pelan takaful khusus yang direka untuk menyediakan perlindungan kewangan yang komprehensif terhadap risiko penyakit kanser.

Tujuan utama pelan Takaful Kanser AIA adalah untuk memberikan bayaran pampasan sekaligus (lump sum) dari peringkat awal lagi, membolehkan pesakit menampung kos rawatan yang tinggi, perbelanjaan sara hidup, atau kehilangan pendapatan tanpa menjejaskan simpanan.

Takaful Kanser AIA | Perlindungan Dari Peringkat Awal

Jika keturunan anda mempunyai sejarah penyakit kanser, kami amat menggalakkan agar anda untuk segera menyediakan pelan Takaful Kanser AIA ini.

Miliki Pelan Takaful Kanser AIA dengan perlindungan asas sehingga RM50,000, Bermula dengan Harga Serendah RM22.46 sebulan sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.

Faedah Asas Pelan Takaful Kanser AIA

Faedah Pelan Takaful Kanser AIA

1. Faedah Perlindungan Kanser Peringkat Awal

Sekiranya anda didiagnosis menghidap kanser peringkat awal, anda akan menerima sokongan kewangan secara berperingkat seperti berikut:

  • Bayaran Awal: 30% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar sejurus selepas diagnosis.
  • Bayaran Tambahan:
    • 10% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar selepas 6 bulan dari tarikh diagnosis.
    • 10% lagi daripada Jumlah Pampasan akan dibayar selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis.

Secara keseluruhannya, anda akan menerima 50% daripada Jumlah Pampasan dalam tempoh setahun pertama. Istimewanya, bagi memastikan perlindungan anda berterusan, Jumlah Pampasan akan dipulihkan semula kepada 100% selepas 12 bulan dari tarikh diagnosis kanser peringkat awal.

2. Faedah Perlindungan Kanser: Peringkat Lanjutan

Sekiranya anda didiagnosis menghidap kanser peringkat lanjutan, faedah berikut akan dibayar:

  • Bayaran Pampasan Penuh: 100% daripada Jumlah Pampasan akan dibayar sekaligus.
  • Pendapatan Pemulihan Lanjutan: Untuk membantu anda dalam proses pemulihan, bayaran tahunan sebanyak 10% daripada Jumlah Pampasan akan diberikan selama 5 tahun berturut-turut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tambahan sebanyak 50%.

Nota: Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh pembayaran Pendapatan Pemulihan Lanjutan, baki bayaran tahunan akan diserahkan kepada waris anda.

3. Faedah Kematangan

Apabila sijil anda matang pada umur 80 tahun, anda akan menerima 100% daripada Jumlah Pampasan Takaful Kanser AIA. Faedah ini akan dibayar sama ada anda pernah membuat tuntutan untuk kanser peringkat awal, atau kekal sihat sepanjang tempoh perlindungan.

4. Lain-Lain Faedah

Sekiranya berlaku kematian (atas sebarang sebab) dalam tempoh sijil masih berkuat kuasa, waris anda akan menerima sama ada:

  • 10% daripada Jumlah Pampasan; atau
  • Nilai Serahan (jika nilainya lebih tinggi).

5. Perlindungan Tambahan (Rider Pilihan)

Anda boleh melengkapkan pelan Takaful Kanser AIA dengan rider tambahan untuk perlindungan yang lebih menyeluruh:

  • Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Memberikan bayaran sebanyak 100% daripada Jumlah Pampasan sekiranya berlaku kematian sehingga umur 80 tahun, atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sehingga umur 65 tahun.
  • Manfaat Penyakit Kritikal: Memberikan bayaran sebanyak 100% daripada Jumlah Pampasan sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada 39 Penyakit Kritikal yang dilindungi, sehingga umur 80 tahun.

Maklumat Tambahan & Syarat Kelayakan Pelan Takaful Kanser AIA

  • Pilihan Jumlah Perlindungan Asas: Bermula dari RM50,000
  • Tempoh Perlindungan: Sehingga umur 80 tahun.
  • Tempoh Caruman: Sehingga umur 80 tahun.
  • Umur Penyertaan: Seawal umur 14 hari sehingga 60 tahun.

Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Takaful Kanser AIA

Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan jadual dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.

Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM313.50
11 – 20 RM330.00 – RM456.50
21 – 30 RM480.50 – RM671.00
31 – 40 RM715.00 – RM1,127.50
41 – 50 RM1,193.50 – RM2,035.00
51 – 60 RM2,200.00 – RM4,125.00
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM374.00
11 – 20 RM397.00 – RM506.00
21 – 30 RM538.00 – RM814.00
31 – 40 RM860.00 – RM1,298.00
41 – 50 RM1,368.50 – RM2,084.50
51 – 60 RM2,210.00 – RM3,740.00
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM313.50
11 – 20 RM330.00 – RM500.50
21 – 30 RM524.50 – RM786.50
31 – 40 RM838.00 – RM1,375.00
41 – 50 RM1,474.00 – RM2,640.00
51 – 60 RM2,854.50 – RM5,307.50
Umur Harga Tahunan
0 – 10 RM269.50 – RM374.00
11 – 20 RM397.00 – RM704.00
21 – 30 RM741.50 – RM1,133.00
31 – 40 RM1,190.00 – RM1,809.50
41 – 50 RM1,904.00 – RM2,832.50
51 – 60 RM2,986.50 – RM4,895.00

Nota: Harga sumbangan (caruman) merujuk kepada jumlah perlindungan asas RM50,000. Perubahan ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur,  jantina, jenis pekerjaan, status merokok, jumlah perlindungan, tempoh perlindungan, tempoh caruman dan tahap kesihatan semasa.

Perlukan Bantuan / Penerangan Pelan ini Secara Percuma?

Jangan risau. Kami sedia membantu. Hanya Klik di sini!

Mengapa Anda Perlu Mengambil Serius Tentang Takaful Kanser Hari Ini?

Kanser bukan lagi satu penyakit asing dalam masyarakat kita di Malaysia. Saban hari, kita mendengar berita tentang ahli keluarga, kenalan, atau rakan sekerja yang didiagnosis dengan penyakit ini. Berdasarkan statistik kesihatan negara, risiko penghidap kanser semakin meningkat setiap tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah penyakit ini kini menyerang tidak kira usia, daripada kanak-kanak, golongan belia yang aktif, sehinggalah kepada warga emas.

Selain daripada cabaran emosi dan fizikal, salah satu impak terbesar kanser adalah bebanan kewangan yang melampau. Rawatan seperti kemoterapi, radioterapi, pembedahan pakar, dan ubat-ubatan imunoterapi menelan kos puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Di sinilah pelan A-Life Cancer360-i memainkan peranan sebagai “penyelamat” kewangan anda. Ia direka khusus untuk memastikan anda dan keluarga mempunyai dana kecemasan (pampasan tunai) yang cukup besar untuk terus bernafas dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa perlu mengemis simpati atau membuat pinjaman yang membebankan.

Perbezaan Ketara Antara Kad Perubatan (Medical Card) dan Pelan Takaful Kanser AIA

Banyak pihak masih keliru dan beranggapan, “Saya sudah ada kad perubatan (medical card), buat apa saya perlukan pelan Takaful Kanser lagi?” Ini adalah satu tanggapan yang kurang tepat dalam perancangan kewangan moden.

Kad Perubatan hanya berfungsi untuk membayar bil rawatan hospital. Apabila anda ditahan di wad, dibedah, atau menerima rawatan kemoterapi, kad perubatan akan menyelesaikan bil tersebut terus kepada pihak hospital. Namun, kad perubatan tidak akan memberikan anda wang tunai di tangan.

Di sinilah pelan A-Life Cancer360-i menampung kelompongan tersebut. Apabila anda disahkan menghidap kanser, AIA akan membayar sejumlah pampasan wang tunai secara pukal (lump sum) terus ke dalam akaun bank anda. Wang ini bebas untuk anda gunakan bagi pelbagai tujuan yang TIDAK dilindungi oleh kad perubatan, seperti:

Menggantikan Pendapatan yang Hilang

Pesakit kanser selalunya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan (atau berhenti kerja) untuk fokus kepada rawatan. Pampasan tunai ini bertindak sebagai gaji ganti untuk membayar komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta, dan bil utiliti.

Menampung Kos Rawatan Alternatif & Tambahan

Terdapat suplemen khas, rawatan sokongan, atau perubatan alternatif yang diiktiraf tetapi tidak dicover oleh polisi kad perubatan biasa.

Perbelanjaan Perjalanan & Penjagaan

Kos pengangkutan berulang-alik ke pusat rawatan (terutama jika berada di negeri berbeza), serta kos mengupah jururawat peribadi atau penjaga di rumah.

Keunikan ‘Kuasa Pemulihan’ (Power Reset) Dalam A-Life Cancer360-i

Salah satu ciri terhebat yang menjadikan pelan Takaful Kanser AIA ini sangat unik dan bernilai di pasaran ialah ciri pemulihan pampasannya.

Dalam kebanyakan pelan penyakit kritikal konvensional, apabila anda membuat tuntutan untuk penyakit peringkat awal (early stage), jumlah perlindungan anda akan berkurangan secara kekal. Namun, dengan A-Life Cancer360-i, kami memahami bahawa kanser boleh berulang atau menjadi lebih agresif.

Jika anda disahkan menghidap kanser peringkat awal, anda akan menerima 50% daripada jumlah pampasan secara berperingkat dalam tahun pertama. Hebatnya pelan ini, selepas genap 12 bulan dari tarikh diagnosis peringkat awal tersebut, jumlah pampasan anda akan dipulihkan sepenuhnya kembali kepada 100% (Power Reset). Ini bermakna, sekiranya pada masa hadapan kanser tersebut merebak ke peringkat lanjutan (advanced stage), anda masih mempunyai dana perlindungan 100% yang penuh untuk dituntut, seolah-olah anda tidak pernah membuat tuntutan sebelum ini!

Nilai Kematangan: Perlindungan yang Menjadi Simpanan Hari Tua

Adakah caruman anda akan “hangus” sekiranya anda kekal sihat? Jawapannya tidak bagi pelan asas ini. Berbeza dengan pelan insurans tradisional di mana wang hangus jika tiada tuntutan, pelan A-Life Cancer360-i menawarkan Faedah Kematangan.

Sekiranya anda mematuhi gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, dan ditakdirkan bebas daripada sebarang kanser sehingga polisi anda matang pada umur 80 tahun, pihak AIA akan memulangkan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas kepada anda. Wang ini boleh dianggap sebagai hadiah kesihatan yang sangat lumayan, atau dana persaraan tambahan untuk anda menikmati hari tua dengan tenang.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Takaful Kanser AIA

Untuk membantu anda memahami pelan ini dengan lebih mendalam, berikut adalah kompilasi soalan lazim daripada pelanggan kami:

Secara umumnya, permohonan pelan bawaan risiko seperti Takaful Kanser memerlukan peserta yang masih sihat ketika pendaftaran. Jika anda sudah mempunyai sejarah penyakit kanser yang sedia ada (pre-existing condition), permohonan anda berkemungkinan tinggi akan ditolak. Oleh sebab itu, kami amat menekankan kepentingan memohon pelan ini sekarang, sewaktu anda masih sihat bertenaga.

Seperti standard industri insurans dan takaful, terdapat tempoh menunggu selama 60 hari bermula dari tarikh sijil anda diluluskan (berkuat kuasa). Sebarang diagnosis kanser yang berlaku dalam tempoh 60 hari pertama ini tidak akan dilindungi. Oleh itu, jangan berlengah untuk mendaftar seawal mungkin.

Ya, sudah pasti! Pelan A-Life Cancer360-i diuruskan oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd., yang beroperasi sepenuhnya di bawah landasan dan prinsip Syariah. Dana anda diuruskan menerusi konsep Tabarru’ (derma bersama) dan pengurusan pelaburan yang bebas daripada unsur riba, maysir (perjudian), dan gharar (ketidakpastian).

Ya. Perlindungan pelan A-Life Cancer360-i bersifat global (seluruh dunia). Asalkan diagnosis tersebut disahkan oleh pakar perubatan yang diiktiraf, dan laporan perubatan lengkap diserahkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh AIA Malaysia, anda layak menerima wang pampasan tersebut tanpa mengira di negara mana anda didiagnosis.

Ya! Caruman yang anda buat untuk pelan Takaful Kanser ini melayakkan anda untuk menuntut pelepasan cukai pendapatan di bawah kategori Insurans Nyawa/Takaful Keluarga (tertakluk kepada had semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri). Ini merupakan satu lagi kelebihan di mana anda melindungi diri sambil menjimatkan pembayaran cukai tahunan anda.

Pelan asas A-Life Cancer360-i memfokuskan eksklusif kepada penyediaan dana untuk pelbagai jenis kanser. Namun begitu, anda sangat digalakkan untuk mengambil Perlindungan Tambahan (Rider Pilihan) – Manfaat Penyakit Kritikal. Jika rider ini disertakan dalam pelan anda, ia akan memperluaskan perlindungan untuk merangkumi 39 jenis Penyakit Kritikal yang lain termasuk serangan jantung, strok, dan kegagalan buah pinggang.

Ya. Seperti yang dinyatakan dalam Faedah Asas di atas, sekiranya berlaku kematian atas sebarang sebab (termasuk kemalangan atau sakit biasa) semasa sijil berkuat kuasa, waris yang dinamakan (hibah) akan menerima 10% daripada Jumlah Pampasan atau Nilai Serahan, bergantung kepada mana yang lebih tinggi. Jika anda mengambil Rider Manfaat Kematian (HUMK), waris akan menerima pampasan penuh 100%.

Kesimpulan: Lindungi Kesihatan Diri dan Kewangan Keluarga Anda Hari Ini

Kanser adalah ujian berat yang menuntut kekuatan emosi, fizikal, dan kestabilan kewangan yang kukuh. Merancang kewangan di saat diuji dengan masalah kesihatan adalah sesuatu yang sangat memberi tekanan. Biarkan pelan Takaful Kanser AIA memikul bebanan kewangan tersebut, agar anda boleh fokus sepenuhnya kepada satu perkara sahaja: Proses Penyembuhan Anda.

Jangan biarkan masa depan anda dan orang tersayang dalam ketidakpastian. Dengan caruman serendah RM22.46 sebulan, nilai yang lebih murah daripada perbelanjaan secawan kopi berjenama atau langganan internet bulanan anda, anda mampu menyediakan sebuah payung kewangan yang bernilai sekurang-kurangnya RM50,000.

Bertindaklah sebelum terlewat. Dapatkan sebut harga percuma anda hari ini. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut atau untuk mengetahui berapakah caruman yang sesuai mengikut umur, jantina dan bajet anda!

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda