Jika anda masih keliru yang mana pilihan Takaful yang tepat untuk keperluan anda pada masa kini, kami senaraikan dan terangkan setiap pelan yang disediakan di AIA.

Senarai Pelan Takaful Terbaik AIA

Berikut adalah Pelan-Pelan Takaful terbaik yang ditawarkan di AIA Public Takaful Berhad untuk Anda dan Keluarga :

  1. Pelan Takaful Hibah (Khairat).
  2. Pelan Takaful Hibah (Khairat) Bertempoh.
  3. Pelan Medical Card.
  4. Pelan Takaful Anak.
  5. Pelan Takaful Kemalangan PA.
  6. Pelan Takaful Penyakit Kritikal.
  7. Pelan Takaful Kanser.
  8. Pelan Pelaburan Bertakaful.
  9. Pelan Takaful Pekerja dan Staf Syarikat.
  10. Pelan MLTT Rumah.
  11. Pelan Wasiat & Pusaka.

Rujuk keterangan setiap pelan di bahagian bawah.

Pelan Takaful Hibah (Khairat)

Pelan yang melindungi Kewangan Keluarga anda sekiranya berlaku Kematian kepada anda. Semua yang telah berkeluarga wajib untuk mempunyai Pelan ini. Umur yang layak untuk mendaftar Pelan Takaful Hibah adalah 16 tahun ke atas. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Hibah adalah :

  • Hibah (Pampasan) jika Meninggal Dunia.
  • Hibah (Pampasan) jika berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal.
  • Faedah Penepian Caruman (Waiver).
  • Faedah Tempoh Matang.

Pelan Takaful Hibah (Khairat) Bertempoh

Pelan ini hampir sama seperti Pelan Takaful Hibah (Khairat) biasa. Cuma bezanya, anda boleh memilih Tempoh Perlindungan sama ada 10 atau 20 tahun. Jumlah Perlindungan (Hibah) bermula dari RM1,000,000 dan ke atas. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Hibah Bertempoh adalah :

  • Hibah (Pampasan) Jika Meninggal Dunia.
  • Hibah (Pampasan) Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal.
  • Faedah Penepian Caruman (Waiver).
  • Faedah Tempoh Matang.

Pelan Medical Card

Pelan Medical Card ini melindungi anda dari menanggung segala kos rawatan yang tinggi sekiranya anda perlu dimasukkan ke hospital. Had tahunan untuk Pelan Medical Card ini bermula dari RM180,000 setahun. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Medical Card adalah :

  • Medical Card (Kad Perubatan) yang boleh digunakan di semua Hospital Swasta yang terkemuka.
  • Had Tahunan yang Tinggi.
  • Pilihan Pelan untuk Bilik 180, 250 atau 350.

Pelan Takaful Anak

Pelan ini direka khas untuk anak-anak sehingga umur 16 tahun. Pelan ini adalah gabungan Pelan Medical Card dan Pelan Simpanan. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Anak adalah :

  • Medical Card (Kad Perubatan) yang boleh digunakan di semua Hospital Swasta yang terkemuka.
  • Had Tahunan yang Tinggi.
  • Pilihan Pelan untuk Bilik 180, 250 atau 350.
  • Pilihan tabung simpanan untuk masa depan anak.

Pelan Takaful Kemalangan PA

Pelan Takaful Kemalangan PA adalah Pelan Hibah termurah. Ia melindungi kewangan anda dan keluarga sekiranya Kemalangan terhadap anda. Ia sangat sesuai untuk mereka bekerja sebagai Rider atau Driver (penghantar makanan dan barangan), E-Hailing Driver (termasuk Teksi, Uber, Grab dan sebagainya), pemandu lori, pemandu bas dan lain-lain. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Kemalangan PA adalah :

  • Hibah (Pampasan) Jika Meninggal Dunia akibat Kemalangan.
  • Hibah (Pampasan) Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal akibat Kemalangan.
  • Manfaat Koma.
  • Manfaat Tunai jika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
  • Manfaat Tunai jika menerima rawatan Fisioterapi pesakit luar.

Pelan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan Takaful Penyakit Kritikal melindungi Pendapatan anda jika berlaku salah satu dari mana-mana Penyakit Kritikal Asas dan Penyakit Kritikal Tambahan seperti strok dan lumpuh. Pelan ini wajib dimiliki oleh semua yang masih bekerja dan mempunyai tanggungan. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Penyakit Kritikal adalah :

  • Perlindungan 45 Penyakit Kritikal Asas.
  • Faedah Booster 36 Penyakit Kritikal Tambahan.
  • Hibah (Pampasan) Jika Meninggal Dunia.
  • Faedah Tempoh Matang.

Pelan Takaful Kanser

Pelan Takaful Kanser adalah pelan perlindungan yang memberikan anda Tunai jika berlaku sebarang penyakit kanser bermula dari tahap awal sehinggalah tahap akhir. Ia wajib diambil oleh mereka yang mempunyai genetik penyakit kanser (keturunan yang ada sejarah penyakit kanser). Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Kanser adalah :

  • Hibah (Pampasan) Jika berlaku kanser peringkat awal.
  • Hibah (Pampasan) Jika berlaku kanser peringkat pertengahan.
  • Hibah (Pampasan) Jika berlaku kanser peringkat akhir.
  • Hibah (Pampasan) Jika Meninggal Dunia akibat kanser.
  • Faedah Tempoh Matang.

Pelan Pelaburan Bertakaful

Pelan ini adalah Pelan Endowmen (Endownment Plan), pelan yang menggabungkan Simpanan dan Takaful. Pelan ini sangat sesuai sebagai alternatif kepada pelaburan Unit Amanah, Hartanah dan lain-lain. Pelan ini memberi anda pilihan tempoh simpanan, samaada simpanan 10 tahun atau 20 tahun. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Pelaburan Bertakaful adalah :

  • Pilihan Tempoh Simpanan.
  • Bonus Ganjaran Tunai secara Tahunan.
  • Dividen Tahunan.
  • Bonus Tempoh Matang.
  • Percuma Takaful.

Pelan Takaful Pekerja dan Staf Syarikat

Pelan Takaful Pekerja adalah pelan yang diperlukan oleh setiap syarikat yang membuat perniagaan, tidak kira syarikat itu kecil mahupun besar. Ini untuk menjamin kebajikan setiap pekerja yang berada di bawah syarikat tersebut. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Takaful Pekerja adalah :

  • Pelan Medical Card Hospital untuk setiap pekerja dan keluarga pekerja.
  • Pelan Medical Card Klinik untuk setiap pekerja dan keluarga pekerja.
  • Pelan Takaful Hibah untuk pekerja.

Pelan MLTT Rumah

Pelan MLTT (Mortgage Level Term Takaful) adalah Pelan Perlindungan untuk Pinjaman Rumah yang dibuat di bank. Pelan ini akan membayar segala baki pinjaman tertunggak sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya atau cacat kekal. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan MLTT adalah :

  • Hibah (Pampasan) Jika Meninggal Dunia.
  • Hibah (Pampasan) Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal.
  • Faedah Penepian Caruman (Waiver).
  • Faedah Tempoh Matang.

Pelan Wasiat & Pusaka

Pelan ini adalah pelan persediaan sebelum anda meninggal dunia. Segala harta dan tinggalan anda akan diagihkan secara sama rata dan saksama menggunakan pelan ini. Ini juga akan mengelakkan pertikaian dan pergaduhan sesama keluarga di kemudian hari. Di antara manfaat yang boleh diperolehi dari Pelan Wasiat & Pusaka adalah :

  • Deklarasi atau Dokumentasi Wasiat.
  • Deklarasi atau Dokumentasi Hibah.
  • Pengurusan Harta Pusaka.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda