Isi Kandungan
- Memahami Terma Asas: MRTT, MLTT, MRTA, dan MLTA
- Apa Beza MRTT dan MLTT?
- Gambaran Praktikal: Perbandingan Kos Sebenar
- Siapa yang Sesuai Ambil MLTT?
- Adalah MLTT dan Hibah Takaful Sama?
- Situasi Khas yang Memerlukan Anda Utamakan MLTT
- Bagaimana Menentukan Samaada MRTT atau MLTT Adalah Yang Terbaik?
- Kelebihan MLTT yang Sering Terlepas Pandang
- Mitos vs Fakta Tentang MLTT
- Adakah MRTT atau MLTT Wajib diambil Ketika Buat Pinjaman?
- Berapa Harga MLTT?
- Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Membeli rumah adalah salah satu pencapaian kewangan terbesar dalam hidup. Namun, bersama pemilikan rumah, datang pula tanggungjawab pinjaman perumahan yang boleh mencecah puluhan tahun. Di sinilah pentingnya memilih pelan perlindungan pinjaman yang betul untuk melindungi bukan sahaja pelaburan anda, tetapi juga masa depan keluarga.

Di Malaysia, dua pilihan patuh Syariah yang paling utama ialah MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) dan MLTT (Mortgage Level Term Takaful). Walaupun kedua-duanya bertujuan untuk menyelesaikan baki hutang rumah sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal (TPD), cara ia berfungsi dan manfaat yang ditawarkan adalah sangat berbeza.
Panduan ini akan mengupas setiap aspek perbandingan antara MRTT dan MLTT untuk membantu anda membuat keputusan yang paling bijak.
Memahami Terma Asas: MRTT, MLTT, MRTA, dan MLTA
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita fahami perbezaan setiap istilah:
- MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful): Pelan takaful di mana jumlah perlindungan menurun selari dengan baki hutang pinjaman perumahan anda.
- MLTT (Mortgage Level Term Takaful): Pelan takaful di mana jumlah perlindungan kekal sama (level) sepanjang tempoh polisi.
- MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance): Versi konvensional bagi MRTT.
- MLTA (Mortgage Level Term Assurance): Versi konvensional bagi MLTT.
Fokus utama artikel ini adalah perbandingan antara MRTT dan MLTT sebagai pilihan patuh Syariah.
Apa Beza MRTT dan MLTT?
Rujuk jadual perbezaan di bawah:
| MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) | MLTT (Mortgage Level Term Takaful) |
|---|---|
| Jumlah Perlindungan menurun selari dengan baki hutang pinjaman perumahan. | Jumlah Perlindungan Kekal sama (level) sepanjang tempoh polisi. |
| Penerima: Pihak bank. | Penerima: Sesiapa sahaja (contoh: pasangan, anak, ibu bapa). Boleh dihibahkan. |
| Bayaran Sekali gus (lump sum) pada permulaan pinjaman. (Selalunya dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman). | Bayaran Secara berkala (bulanan, suku tahunan, atau tahunan). |
| Tiada nilai tunai. | Mempunyai nilai tunai (cash value) yang boleh dikeluarkan apabila polisi matang. |
| Tidak Fleksibel. Polisi terikat dengan rumah tersebut dan akan terbatal jika rumah dijual atau pinjaman dibiayai semula (refinance). | Sangat Fleksibel. Polisi boleh dipindahkan untuk melindungi pinjaman rumah lain atau ditukar menjadi pelan simpanan. |
| Tiada Manfaat Tambahan. Perlindungan terhad kepada kematian dan TPD sahaja. | Boleh ditambah dengan rider seperti perlindungan penyakit kritikal, pengecualian caruman, dll. |
| Pampasan dibayar terus kepada bank untuk melangsaikan baki hutang. Tiada lebihan tunai untuk waris. | Pampasan dibayar kepada penama/waris. Waris boleh melangsaikan hutang rumah dan menggunakan lebihan wang untuk tujuan lain. |
| Tiada perlepasan cukai. | Caruman layak untuk pelepasan cukai pendapatan di bawah kategori Takaful Hayat. |
Gambaran Praktikal: Perbandingan Kos Sebenar
Mari kita lihat satu senario untuk memahami perbezaan kos dan pulangan dengan lebih jelas.
- Profil Peminjam: Lelaki, 30 tahun, tidak merokok.
- Jumlah Pinjaman: RM400,000
- Tempoh Pinjaman: 35 tahun
| Anggaran MRTT | Anggaran MLTT |
|---|---|
| Caruman: ~RM18,000 (sekali gus, dimasukkan dalam pinjaman) | Caruman: ~RM200 (sebulan) |
| Jumlah Keseluruhan Bayaran: ~RM18,000 (tidak termasuk keuntungan bank atas jumlah ini) | Jumlah Keseluruhan Bayaran: ~RM84,000 (selepas 35 tahun) |
| Pulangan di Akhir Tempoh: RM0 | Pulangan di Akhir Tempoh: ~RM105,000 (anggaran nilai tunai matang) |
| Kos Sebenar: RM18,000 | Kos Sebenar: -RM21,000 (Anda untung kerana pulangan lebih tinggi dari jumlah caruman) |
Nota: Angka di atas adalah anggaran semata-mata dan tertakluk kepada Syarikat Takaful.
Siapa yang Sesuai Ambil MLTT?
Pilihan terbaik bergantung pada keperluan dan matlamat kewangan anda. MLTT amat sesuai untuk:
1. Ketua Keluarga/Pencari Nafkah Utama
Yang mahu memastikan waris bukan sahaja mendapat rumah yang bebas hutang, tetapi juga dapat pampasan tunai tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
2. Pembeli Rumah Atas Dasar Pelaburan
Fleksibiliti MLTT membolehkan polisi ini dipindahkan dari satu hartanah ke hartanah lain tanpa perlu membeli polisi baru.
3. Individu yang Mahukan Pelan Komprehensif
Seseorang yang mencari produk kewangan yang menggabungkan perlindungan, simpanan, dan fleksibiliti dalam satu pelan.
Adalah MLTT dan Hibah Takaful Sama?
Hibah Takaful adalah sebuah konsep di mana anda menamakan seseorang sebagai penerima mutlak pampasan takaful. Ia adalah hadiah dan tidak tertakluk kepada undang-undang Faraid, memastikan agihan pampasan yang cepat dan terus kepada waris.
MLTT pula adalah produk Takaful Hayat (sebahagian daripada Hibah Takaful).
Secara praktikalnya, MLTT adalah instrumen yang sempurna untuk Hibah Takaful. Apabila anda mengambil MLTT, anda sebenarnya menyediakan sebuah pelan Hibah Takaful yang boleh dihibahkan sepenuhnya kepada orang tersayang.
Situasi Khas yang Memerlukan Anda Utamakan MLTT
1. Masalah Kesihatan Semasa Memohon
Proses saringan kesihatan MRTT oleh bank boleh jadi sangat ketat. Jika permohonan anda ditolak atau dikenakan bayaran tambahan (loading) yang tinggi, MLTT dari syarikat takaful mungkin menawarkan proses kelulusan yang lebih mudah, dan ia adalah alternatif terbaik.
2. Perlindungan MRTT Tidak Mencukupi (Tak Cukup Jumlah atau Tempoh)
Kadangkala, pelan MRTT yang ditawarkan tidak melindungi keseluruhan tempoh atau jumlah pinjaman penuh. Contoh: Jumlah pinjaman RM500,000 dan tempoh pinjaman 35 tahun. Tetapi, MRTT yang ditawarkan RM350,000 dan tempoh perlindungan pinjaman hanya 15 tahun. Ini akan bermasalah kemudian hari.
MLTT boleh distrukturkan khas dari segi jumlah dan tempoh yang tepat untuk memberi perlindungan 100% mengikut keperluan anda.
3. Untuk Pinjaman Bersama (Joint Loan)
MRTT selalunya hanya melindungi peminjam utama. Jika sesuatu berlaku kepada peminjam kedua, hutang masih perlu dibayar. Dengan MLTT, setiap peminjam boleh mengambil polisi masing-masing, memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada keluarga.
Bagaimana Menentukan Samaada MRTT atau MLTT Adalah Yang Terbaik?
Langkah 1: Kenal pasti Tujuan sebenar membeli harta/rumah. Samaada untuk kediaman sendiri atau sebagai satu medium pelaburan. Ia akan menentukan berapa lama anda akan memegang harta ini.
Langkah 2: Menganalisis bajet bulanan atau tahunan yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah khusus untuk tujuan polisi perlindungan. Ini akan mengelakkan pembayaran tertunggak yang akan menyebabkan masalah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Dapatkan satu jumlah yang benar-benar anda mampu bayar secara konsisten untuk jangka masa panjang.
Langkah 3: Setelah jumlah itu disahkan dan dipersetujui oleh anda dan pasangan, buat beberapa perbandingan dan pengiraan berkenaan polisi ini. Amatlah digalakkan untuk anda berjumpa dengan ramai agen dari syarikat-syarikat takaful bagi tujuan mendapatkan penjelasan, penerangan dan nasihat berkenaan polisi ini. Ia akan mengelakkan anda dari tersalah memilih polisi perlindungan yang sewajarnya.
Kelebihan MLTT yang Sering Terlepas Pandang
- Pelepasan Cukai Pendapatan: Caruman bulanan/tahunan untuk MLTT layak mendapat pelepasan cukai di bawah kategori Takaful Hayat (sehingga RM3,000 setahun, tertakluk kepada perubahan LHDN). Ini membantu anda menjimatkan wang setiap tahun.
- Senario Refinance atau Jual Rumah:
- Dengan MRTT: Polisi akan terbatal. Anda perlu membeli polisi baru yang lebih mahal pada usia lebih tua untuk pinjaman seterusnya.
- Dengan MLTT: Polisi ini milik anda. Anda hanya perlu memindahkan hak (assignment) daripada bank lama kepada bank baru, tanpa perlu membeli polisi baru.
Mitos vs Fakta Tentang MLTT
Mitos: “Bank akan tolak permohonan pinjaman saya jika saya tidak ambil MRTT mereka.”
Fakta: Anda berhak memilih penyedia takaful anda sendiri selagi polisi tersebut diserahkan haknya (assigned) kepada bank. Bank tidak boleh memaksa anda mengambil produk dalaman mereka.
Adakah MRTT atau MLTT Wajib diambil Ketika Buat Pinjaman?
Secara teknikalnya, Bank Negara Malaysia tidak mewajibkannya. Walau bagaimanapun, hampir semua bank komersial akan menjadikan ia syarat wajib untuk meluluskan pinjaman anda bagi melindungi kepentingan mereka sebagai pemberi pinjaman.
Berapa Harga MLTT?
Harga adalah berbeza mengikut Jumlah Pinjaman, Syarikat Takaful, Tempoh Perlindungan dan Perlindungan Tambahan yang termaktub di dalam polisi. Kami menawarkan harga mampu milik. Rujuk Pelan MLTT dari AIA untuk harga dan keterangan terkini.
Kesimpulan
Memilih antara MRTT dan MLTT boleh diibaratkan seperti memilih antara insurans kereta pihak ketiga dan insurans komprehensif.
MRTT adalah pilihan asas untuk melindungi kepentingan bank. Ia lebih murah pada permulaan tetapi manfaatnya terhad.
MLTT pula adalah pilihan komprehensif yang melindungi keluarga anda, berfungsi sebagai tabung simpanan, menawarkan fleksibiliti, dan memberikan kelebihan dari segi percukaian. Ia bukan sekadar perbelanjaan, tetapi satu pelaburan untuk ketenangan fikiran dan kestabilan kewangan jangka panjang.
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda