Tahniah! Anda telah memiliki Pelan Takaful Hibah AIA. Kini, menjadi tanda tanya setiap pemegang polisi, bagaimana proses terbaik untuk membuat tuntutan pampasan sekiranya berlaku Kematian. Sebelum kami menerangkan prosedur membuat tuntutan, mohon kongsikan info ini kepada semua khususnya waris atau penama di polisi anda agar segalanya berjalan lancar.
Langkah 1 : Muat Turun dan Isi Borang Tuntutan Pelan Takaful Hibah AIA
a. Klik di sini untuk Muat Turun Borang Tuntutan.
b. Isi dan lengkapkan Borang Tuntutan.
Langkah 2 : Sediakan Salinan Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Disahkan
a. Untuk Kematian Biasa :
1. Sijil Kematian.
2. Kontrak Sijil Asal (Polisi Takaful).
3. Bukti hubungan Penuntut dengan Si Mati.
4. Kad Pengenalan Penuntut.
5. Surat JPN (Untuk Kematian di Luar Malaysia).
6. Geran Probet (GP) atau Surat Kuasa Mentadbir (LA) (jika ada).
b. Untuk Kematian Kemalangan di mana sijil rider Kemalangan Tidak Sengaja/Rusuhan/Keganasan dan Rusuhan Awam/Kematian Akibat Kemalangan/Sijil Kemalangan Peribadi (Takaful PA) :
1. Semua butir di bahagian (a).
2. Laporan bedah siasat dan laporan toksikologi.
3. Laporan Polis.
4. Laporan Akhbar (jika ada).
5. Permit Pengebumian.
c. Untuk Kematian Boleh Tanding yang berlaku kurang daripada 2 tahun selepas Sijil dikeluarkan :
1. Semua butir di bahagian (a) dan (b).
2. Surat Kenyataan Pakar Perubatan (Kematian).
3. 5 salinan Borang Keizinan. Klik di sini untuk Muat Turun.
Langkah 3 : Hantar Ke Cawangan AIA berhampiran
Hubungi Ejen Takaful Anda untuk mengetahui di mana cawangan terdekat untuk berurusan atau Hubungi Careline AIA di talian : 1800-88-8922
Semoga info ini memudahkan urusan anda dan keluarga di masa hadapan. Bagi yang belum mempunyai Pelan Takaful Hibah, daftar segera dan jadikan ia sebagai satu usaha melindungi kewangan anda dan keluarga tersayang.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda