Kalau dahulu AIA Public Takaful hanya memberi perlindungan kepada 36 Penyakit Kritikal, sekarang AIA memberikan anda Perlindungan sehingga 45 Penyakit Kritikal. Anda boleh mendapatkan perlindungan ini melalui Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal : A-Life Kritikal Protector.
Senarai dan Definisi Penyakit-Penyakit Kritikal Yang Dilindungi
Klik butang (+) untuk Definisi dan Detail penyakit-penyakit.
Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal Dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan.
Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan adalah digunapakai.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi :
- Serangan iskemia sementara (TIA)
- Simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migrain
- Kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah
- Penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibular.
Keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal.
Sebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk leukimia, limfoma dan sarcoma.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi :
- Semua kanser yang dikelaskan secara histologi sebagai salah satu daripada berikut :
- Pra-malignan.
- Tidak invasif.
- Carcinoma in situ.
- Mempunyai sempadan malignan.
- Mempunyai potensi malignan.
- Semua tumor prostat yang diklasifikasikan secara histologi sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM).
- Semua tumor tiroid yang diklasifikasikan secara histologi sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM).
- Semua tumor pundi kencing yang diklasifikasikan secara histologi sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM).
- Leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3.
- Semua kanser yang adanya HIV.
- Mana-mana kanser kulit selain melanoma malignan.
Tahap keterukan tertentu.
Kematian otot jantung, disebabkan oleh kekurangan bekalan darah yang telah menyebabkan infarksi miokardium akut dengan semua bukti berikut :
- Sejarah kesakitan dada biasa.
- Perubahan ciri baru elektrokardiografik; dengan pembentukan salah satu daripada yang berikut : peningkatan atau penurunan ST, penyonsangan (inversi) gelombang T, patologi gelombang Q atau blok cabang berkas kiri.
- Peningkatan petunjuk kardium, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmal yang diterima secara umum atau Troponin yang direkodkan berada di peringkat berikut atau lebih tinggi :
- Troponin T Kardium atau Troponin l Kardium > / = 0.5 ng/ml.
Bukti mesti menunjukkan berlakunya infarksi miokardium akut yang sepatutnya harus disahkan oleh pakar kardiologi atau doktor.
Untuk definisi di atas, perkara berikut tidak dilindungi :
- Kejadian sindrom koronari akut termasuk tetapi tidak terhad kepada angina yang tidak stabil.
- peningkatan biomarker jantung akibat prosedur perkutaneus untuk penyakit arteri koronari.
Merujuk kepada pembedahan sebenar yang dijalankan untuk dada terbuka bagi membetulkan atau merawat Penyakit Arteri Koronari (CAD) melalui cantuman arteri koronari secara lulus.
Untuk definisi di atas, perkara berikut tidak dilindungi :
- Angioplasti.
- Teknik berasaskan intra-arteri atau kateter yang lain.
- Prosedur keyhole.
- Prosedur laser.
Penyempitan lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum enam puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (prosedur diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh peratus (60%) atau lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Areteri Sirkumfleks. Kejadian yang dilindungi akan dibayar tidak mengira samada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.
Dan Rawatan Invasif Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari.
Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang dibuktikan oleh angiografi.
Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal di bawah sijil ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM25,000. Kejadian yang dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Perlindungan Asas, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekaligus bagi Penyakit Kritikal yang boleh dibayar.
Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan injap jantung.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi :
- Pembaikan melalui prosedur intra-arteri.
- Pembaikan melalui pembedahan keyhole atau teknik lain yang serupa.
Ekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub-masif) kepada besar (masif) yang disebabkan oleh sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut :
- Penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrasound abdomen.
- Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul, hanya meninggalkan kerangka reticular yang runtuh.
- Ujian kefungsian hati yang semakin merosot.
- Jaundis yang semakin mendalam.
Jangkitan hepatitis virus atau status pembawa sahaja (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hepatitis B dan Hepatitis C). Tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.
Kegagalan hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut :
- Jaundis kekal.
- Ascites (cecair berlebihan dalam rongga peritoneal).
- Encephalopathy hepatik.
Kegagalan hati sekunder penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.
Tahap keterukan tertentu.
Diagnosis muktamad hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang ditentukan menerusi penyiasatan termasuk kateter jantung, yang menyebabkan kecacatan fizikal kekal sehingga tahap sekurang-kurangnya klasifikasi Kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi kerosakan jantung.
Hipertensi arteri pulmonari disebabkan oleh sebab-sebab lain adalah dikecualikan daripada faedah ini.
Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut :
- Kelas III : Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom.
- Kelas IV : Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.
Penyakit paru-paru peringkat akhir menyebabkan kegagalan pernafasan kronik. Semua kriteria berikut mesti dipenuhi :
- Keperluan untuk rawatan oksigen biasa secara kekal.
- Kerosakan kekal fungsi paru-paru dengan Isipadu Tamat Tempoh Paksa (FEV) yang konsisten kurang daripada 1 liter pada saat pertama.
- Sesak nafas semasa berehat.
- Analisis Gas Darah Arteri Asas dengan tekanan oksigen separa 55mmHg atau kurang.
Memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang.
Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.
Menjalani pembedahan menerusi torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan dada atau abdomen) untuk membetulkan aneurisme aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Aorta hendaklah bermaksud aorta di bahagian dada dan abdomen tetapi bukan cabangnya.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi :
- Angioplasti.
- Teknik berasaskan intra-arteri atau kateter lain.
- Prosedur keyhole yang lain.
- Prosedur laser.
Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang.
Kegagalan sumsum tulang kekal yang tidak dapat dipulihkan yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) rawatan berikut :
- Transfusi produk darah biasa.
- Ejen merangsang sumsum.
- Ejen imunosupresif.
- Pemindahan sumsum tulang.
Diagnosis mesti disahkan oleh biopsi sumsum tulang.
Penerimaan pemindahan :
- Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik didahului dengan ablasi sumsum tulang menyeluruh.
- Salah satu daripada organ-organ manusia berikut : jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas yang tidak dapat dipulihkan akibat kegagalan tahap akhir organ yang berkenaan.
Kekal dan Tidak boleh Pulih.
Kehilangan penglihatan kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60 atau lebih teruk untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian yang setara dan keputusan tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi.
Kekal dan Tidak boleh Pulih.
Hilang Upaya mendengar secara kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu tahap kehilangan yang lebih daripada 80 desibel merentasi semua frekuensi pendengaran pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan di dalam bentuk keputusan ujian audiometri dan ujian ambang bunyi mesti disediakan dan disahkan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
Hilang keupayaan bertutur sepenuhnya, berkekalan dan tidak boleh pulih disebabkan oleh kecederaan atau penyakit. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai. Bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit kepada peti suara untuk menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
Semua sebab yang berkaitan psikiatrik adalah tidak dilindungi.
Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan.
Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan.
Berikut adalah tidak dilindungi :
- Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.
Tahap keterukan tertentu.
Lecuran kulit tahap ketiga (iaitu ketebalan penuh) meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kawasan permukaan badan.
Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh semua perkara berikut :
- Siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel.
- Defisit neurologi berbilang yang menyebabkan kecacatan fungsi motor dan deria untuk tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- Sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit neurologi yang didokumenkan dengan baik.
Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.
Diagnosis pasti untuk Distrofi Otot oleh pakar neurologi yang mesti disokong oleh semua yang berikut :
- Penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif.
- Tiada penglibatan saraf tengah / periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan sensor.
- Hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot.
Tiada faedah akan dibayar di bawah Peristiwa Dilindungi sebelum Peserta/Orang Yang Dilindungi mencapai umur 12 tahun tarikh lahir berikutnya.
Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Dementia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik yang tidak boleh pulih. Kejadian yang dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Peserta/Orang Yang Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neorologi.
Daripada definisi di atas, perkara berikut tidak dilindungi :
- Gangguan otak bukan organik seperti neurosis.
- Penyakit psikiatri.
- Kerosakan otak yang berkaitan dengan dadah atau alkohol.
Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan.
Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi otot tulang belakang, bulbar palsi progresif, sclerosis amiotrofik lateral atau sclerosis lateral utama. Mesti ada kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.
Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
Diagnosis pasti untuk Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua syarat berikut dipenuhi :
- Tidak boleh dikawal dengan ubat.
- Menunjukkan tanda-tanda kemerosotan progresif.
- Pengesahan ketidakupayaan kekal Peserta / Orang Yang Dilindungi untuk melaksanakan tiga (3) atau lebih Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopatik yang dilindungi. Penyebab Parkinsonisme yang disebabkan oleh dadah atau toksik adalah tidak dilindungi.
Diagnosis muktamad sesuatu keadaan yang dijangka mengakibatkan kematian Peserta/Orang Yang Dilindungi dalam tempoh 12 bulan. Peserta/Orang Yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada untuk melegakan kesakitan. Diagnosis ini mestilah disokong dengan pengesahan bertulis daripada doktor pakar yang bersesuaian dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Kami/Pengendali Takaful.
Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal mesti mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Kejadian yang dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi.
Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.
Tahap keterukan tertentu.
Tumor benigna di otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua syarat berikut dipenuhi :
- Ia mengancam nyawa.
- Ia telah menyebabkan kerosakan pada otak.
- Ia telah menjalani pembedahan atau telah menyebabkan defisit neurologi kekal dengan gejala klinikal yang berterusan.
- Kehadirannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah saraf dan disokong oleh penemuan oleh MRI, CT atau teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai.
Perkara berikut adalah tidak dilindungi :
- Sista.
- Granulomas.
- Hematomas.
- Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak.
- Tumor dalam kelenjar pituitari.
- Tumor di tulang belakang.
- Tumor saraf akustik.
Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan oleh pakar neurologi. Kerosakan kesak fungsian mesti menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan digunapakai.
Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian.
Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.
Diagnosis mesti disahkan oleh :
- Pakar yang sesuai.
- Kehadiran jangkitan bakteria dalam cecair serebrospinal oleh tusukan lumbar.
Untuk definisi di atas, bentuk meningitis lain, termasuk meningitis virus adalah tidak dilindungi.
Menjalani pembedahan sebenar ke otak di bawah anestesia umum di mana kraniotomi (pembukaan tengkorak pembedahan) sedang dilakukan.
Untuk definisi di atas, perkara berikut adalah tidak dilindungi :
- Prosedur lubang Burr.
- Prosedur transsphenoidal.
- Prosedur bantuan endoskopik atau sebarang prosedur invasif minimum yang lain.
- Pembedahan otak akibat kemalangan.
- Prosedur lubang gerudi (burr hole).
Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan kehilangan natrium dari ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong oleh biopsi ginjal.
Pengesahan oleh pakar yang bersesuaian mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari dan mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.
Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) melalui pemindahan darah, dengan syarat semua syarat berikut dipenuhi :
- Transfusi darah diperlukan atau diberikan sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan.
- Transfusi darah itu diterima di Malaysia atau Singapura selepas bermulanya Kontrak Penyakit Kritikal Tambahan yang berkaitan.
- Sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfusi darah atau institusi yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV.
- Peserta / Orang yang Dilindungi tidak mengalami hemofilia.
- Peserta/Orang yang Dilindungi bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi tidak terhad kepada pengguna dadah intravena.
Tahap keterukan tertentu.
Diagnosis kardiomiopati yang pasti oleh ahli kardiologi yang mengakibatkan fungsi ventrikel terjejas secara kekal dan mengakibatkan kerosakan fizikal kekal sekurang-kurangnya Kelas III klasifikasi kerosakan jantung Persatuan Jantung New York. Diagnosis ini perlu disokong oleh penemuan echocardiographic prestasi ventrikel yang terjejas.
Klasifikasi Kerosakan Jantung NYHA untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud yang berikut :
- Kelas III : Had aktiviti fizikal yang ketara. Selesa berehat tetapi kurang daripada aktiviti biasa yang menyebabkan gejala.
- Kelas IV : Tidak dapat melakukan sebarang aktiviti fizikal tanpa rasa tidak selesa. Gejala mungkin hadir walaupun berehat.
Kardiomiopati yang berkaitan secara langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.
Manifestasi klinikal AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit) dan ujian pengesahan Western Blot. Selain itu, Hayat Yang Diinsuranskan juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang daripada dua ratus (200) serta memenuhi satu atau lebih daripada kriteria berikut :
- Kehilangan berat badan lebih daripada 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom susut badan).
- Sarkoma Kaposi.
- Pneumonia Carinii Pneumosistis.
- Leukoensefalopati Multifokal yang Semakin Melarat.
- Tuberkulosis Aktif.
- Limfosit kurang daripada satu ribu (1000).
- Limfoma Malignan.
Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk.
Diagnosis muktamad Lupus Eritematosus Sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi.
Untuk definisi ini, kejadian yang dilindungi akan dibayar jika ia mengakibatkan Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis V, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal. Bentuk lain seperti lupus diskoid, atau jenis lain dengan hematologi atau penglibatan sendi sahaja adalah tidak dilindungi.
Klasifikasi Lupus oleh WHO :
- Jenis III – Glomerulonefritis Segmen Fokus
- Jenis IV – Glomerulonefritis Resap
- Jenis V – Glomerulonefritis
Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) Disebabkan Pekerjaan.
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (hanya sekiranya Hayat Yang Diinsuranskan merupakan Kakitangan Perubatan seperti yang ditakrifkan di bawah), di mana ia dijangkiti akibat kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas pekerjaan yang biasa dengan serokonversi kepada jangkitan HIV yang berlaku dalam tempoh enam (6) bulan dari kemalangan. Sebarang kemalangan yang berpotensi menimbulkan tuntutan mestilah dilaporkan kepada Syarikat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari berlakunya kemalangan dengan disokong oleh ujian HIV yang negatif yang diambil dalam tempoh tujuh (7) hari dari kemalangan itu.
“Kakitangan Perubatan” ditakrifkan sebagai Doktor (Pakar Perubatan Umum dan Doktor Pakar), jururawat, juruteknik makmal, doktor gigi (pakar bedah dan jururawat), pekerja ambulans yang bekerja di pusat perubatan atau hospital atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia.
Mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian dalam tempoh tiga bulan.
Diagnosis muktamad jangkitan dengan virus polio membawa kepada penyakit paralitik seperti yang dibuktikan oleh fungsi motor terjejas atau kelemahan pernafasan dan mengakibatkan ketidakupayaan menyeluruh Orang Yang Dilindungi untuk melakukan (tanpa bantuan) sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
Penyakit kolagen-vaskular sistemik yang menyebabkan fibrosis meresap secara progresif di dalam kulit, saluran darah dan organ dalaman. Diagnosis ini perlu disokong dengan jelas oleh biopsi dan bukti serologi dan gangguan perlu mencapai perkadaran sistemik untuk melibatkan jantung, paru-paru atau buah pinggang.
Yang berikut adalah dikecualikan :
- Scleroderma setempat (scleroderma linear atau morfea).
- Fasciitis eosinofilik.
- Sindrom CREST.
Nekrosis korteks otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis ini mestilah disahkan oleh pakar neurologi dan keadaan ini mestilah didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
Diagnosis muktamad Pankreatitis Berulang Kronik dibuat oleh pakar gastroenterologi yang disahkan merupakan sambungan penyakit radang pankreatik bercirikan perubahan morfologi yang tidak dapat dipulihkan dan secara kebiasaannya menyebabkan kesakitan dan/ atau gangguan fungsi yang kekal.
Kondisi ini perlulah dicirikan dengan :
- Pankreatitis akut berulang untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
- Deposit kalsium secara umum di pankreas dari kajian pengimejan.
- Gangguan fungsi pankreas kronik berterusan yang mengakibatkan penyerapan usus yang tidak betul (lemak tinggi dalam najis) atau diabetes.
Pankreatitis Berulang Kronik yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh penggunaan alkohol adalah dikecualikan.
Luka peringkat akhir filariasis dicirikan oleh edema lengan dan kaki atau bahagian badan lain yang teruk dan kekal akibat penyumbatan limfatik.
Diagnosis muktamad mengenai elephantiasis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar yang berkaitan, termasuk pengesahan makmal untuk mikrofilaria.
Lymphedema yang disebabkan oleh jangkitan dari penyakit kelamin, trauma, kanser, parut pasca operasi, kegagalan jantung kongestif, radiasi atau kelainan sistem limfatik kongenital adalah dikecualikan.
Penyakit Lembu Gila.
Penyakit neurologi, ensefalopati spongiform maut, disertai dengan tanda dan gejala :
- Kekejangan otot yang tidak terkawal, bergetar.
- emensia progresif yang teruk.
- Disfungsi cerebellar.
- Athetosis.
Diagnosis mesti dibuat oleh pakar neurologi yang diterima oleh kami, dan mesti berdasarkan penemuan electroencephalography (EEG) dan cecair serebrospinal (CSF) serta imbasan tomografi (CT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI).