Sebagai Ibu dan Bapa semestinya anda buat banyak perbincangan mengenai pengurusan kewangan terutamanya berkenaan anak-anak. Termasuk perbelanjaan mereka dan pelaburan buat masa kini dan masa hadapan. Apabila sumber kewangan anda makin berkembang, anak-anak makin membesar, anda juga semakin berusia, perbincangan ini makin lebih terperinci dan lebih berhati-hati. Ini kerana risiko dan keadaan masa depan yang berubah-ubah dan tidak menentu.
Topik utama dalam perbincangan kewangan dalam satu keluarga adalah merancang masa depan pendidikan anak-anak. Ia merupakan satu perjuangan terutamanya bagi seorang ketua keluarga. Dalam tidak sedar, semasa waktu mereka kecil pun, banyak yang telah dihabiskan dan dikorbankan seperti belanja sekolah, tuisyen, sesi pembelajaran tambahan online dan offline, pembelian buku rujukan tambahan dan banyak lagi.
Tujuannya hanya satu, memastikan pada masa hadapan, anak-anak mendapat tempat di universiti dan kolej terbaik di dalam negara mahupun luar negara. Dalam masa yang sama, kita semua berharap agar anak-anak dapat biasiswa untuk meneruskan pembelajaran mereka. Tetapi, apa akan jadi jika :
- Mereka tidak berpeluang mendapat bantuan biasiswa?
- Cukupkah simpanan sedia ada untuk menjamin masa depan mereka?
- Dengan kadar inflasi yang tidak menentu, adakah anda membayangkan kos-kos pendidikan yang jauh lebih tinggi yang akan berlaku pada masa hadapan?
Maka, sudah sampai masanya anda mula mencari Tabung Simpanan Pendidikan Anak terbaik. Disini, kami merangka 3 elemen penting yang wajib ada ketika anda memilih Tabung Simpanan Pendidikan untuk anak-anak :
1. Memilih Tabung Simpanan Terjamin Tidak Susut atau Hangus
Jika anda memilih tabung ayam, kemungkinan tabung itu akan hilang atau senang diakses. Mungkin anda memilih bank, atas sebab lebih terjamin keselamatannya. Maka, anda perlu memikirkan tentang elemen penting kedua.
2. Memilih Tabung Simpanan Yang Berpelaburan
Seperti yang dinyatakan di atas, inflasi tidak menentu semestinya menyebabkan nilai dan kos pendidikan serta kos sara hidup yang semakin meninggi di masa hadapan. Sebagai contoh, nilai RM1,000 pada tahun 1990 tidak sama dengan nilai RM1,000 pada tahun 2021. Pada tahun 1990, RM1,000 cukup untuk belanja sebulan. Tetapi pada hari ini, RM1,000 mungkin hanya mampu bertahan hanya 12 hari.
Oleh sebab demikian, sewajarnya anda perlu membayangkan nilai simpanan tersedia sejajar dengan kos pada 10 atau 20 tahun akan datang. Maka, anda perlu memastikan duit dalam Tabung Pendidikan Simpanan Anak terus beranak dan boleh digandakan semaksima yang mungkin demi kelangsungan perbelanjaan pendidikan mereka di masa hadapan.
3. Perlindungan Terhadap Penyimpan
Ramai yang terlupa elemen ini. Sebagai contoh, ketika ini, anak anda berusia 5 tahun. Anda mula menyimpan sedikit demi sedikit dengan harapan masa depan kos pendidikan anak anda terjamin. Tetapi, musibah tidak dijangka berlaku selepas 3 tahun ketika anak anda berusia 8 tahun. Anda meninggal dunia. Persoalannya, siapa yang akan meneruskan simpanan tersebut? Adakah anda berharap bantuan keluarga lain? Atau bantuan sahabat andai? Atau, bantuan lembaga zakat atau pusat-pusat amal?
Di AIA, kami akan melampirkan sekali Manfaat Perlindungan Terhadap Penyimpan. Sekiranya berlaku kematian kepada penyimpan (ibu atau bapa). AIA akan tolong bayarkan simpanan sehingga anak berusia 25 Tahun. Menarik, bukan?
Rujukan : Pelan Takaful Anak
Kesimpulan bagi artikel kali ini, disamping anda sedang menilai berapa yang anda perlu simpan setiap bulan atau tahun, anda perlu renungkan juga ketiga-tiga elemen yang kami lampirkan tadi agar anda tidak memilih medium simpanan yang salah. Semoga anda menjadi ibu bapa yang bijak merangka masa depan anak-anak tersayang.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda