Medical Card AIA (Kad Perubatan) adalah Pelan Takaful yang melindungi kewangan anda sekiranya anda dimasukkan ke Hospital disebabkan Penyakit atau Kemalangan.

Medical Card AIA

Dengan adanya Medical Card AIA, segala kos perbelanjaan rawatan di hospital (tidak termasuk Deduktibel atau Ko-Takaful) akan di tanggung oleh AIA (tertakhluk kepada terma dan syarat).

Miliki Pelan Medical Card Takaful AIA Bermula dengan Harga Serendah RM69.66 sebulan sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.

Faedah Asas & Detail Pelan Medical Card AIA

Perlindungan Asas Pelan Medical Card AIA
Umur Pendaftaran 14 Hari Sehingga Umur 70 Tahun
Melindungi Sehingga Umur 100 Tahun
Had Seumur Hidup Tiada Had
Fleksibiliti Pelan Medical Card AIA
Pilihan Penjimatan Kos Deduktibel RM500 / Smart Deduktibel RM500
Pilihan Had Harga Bilik (Harian) RM180 / RM250 / RM350
Had Tahunan RM180,000 / RM250,000 / RM350,000
Pilihan Tambahan Booster Had Tahunan Untuk Bilik RM250 / RM350
Had Tahunan Booster Bilik RM250 RM1 Juta
Had Tahunan Booster Bilik RM350 RM1.5 Juta
Penjagaan Dalam Hospital (Wad)
1. Had Harga Bilik (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun) RM180 / RM250 / RM350
2. Unit Rawatan Rapi (Sehingga 150 Hari Setiap Tahun)
3. Yuran Berkaitan Semasa Dalam Hospital
Mengikut Had Tahunan
Penjagaan Luar Hospital (Pesakit Luar)
1. Pra-Penghospitalan (60 Hari Sebelum Diwadkan)
2. Selepas Penghospitalan (150 Hari Selepas Rawatan Di Wad)
3. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Dan Kanser Pesakit Luar
4. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (Termasuk Rawatan Pergigian) Dan 30 Hari Rawatan Susulan
Mengikut Had Tahunan
5. Rawatan Pesakit Luar (untuk Setiap Tahun)
• Bronkitis, Influenza, Denggi dan Pneumonia
RM3,000 / RM4,000 / RM6,000
Penjagaan Tambahan
1. Penjagaan Home Nursing (Had Seumur Hidup 180 Hari) RM3,000 / RM4,000 / RM6,000
2. Pemindahan Perubatan Kecemasan Dan Penghantaran Balik USD 1 Juta
3. Faedah Elaun Tunai Wad Jika Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Minima 5 Hari atau Diwadkan Minima 15 Hari RM10,000 (Maksima 2 Kali Tuntutan)

Harga Sumbangan (Caruman) Pelan Medical Card AIA

Dapatkan harga sumbangan anggaran dengan menggunakan kalkulator dibawah. Hubungi kami untuk harga dan keterangan yang lebih tepat.

Nota: Harga sumbangan (caruman) di atas tidak termasuk Faedah Tambahan Booster Had Tahunan. Harga juga ditentukan berpandukan beberapa faktor termasuk umur,  jantina, jenis pekerjaan, status merokok dan tahap kesihatan semasa.

2 Jenis Pelan Medical Card AIA

Anda boleh pilih sama ada Deduktibel RM500 (tanpa Smart Option) Atau Smart Option Deduktibel RM500.

1. Medical Card Deduktibel RM500

Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card AIA sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital, untuk satu penyakit/musibah.

2. Medical Card Smart Option Deduktibel RM500

Pilihan ini mengurangkan kos caruman sebanyak 20%. Dengan memilih pilihan ini, anda perlu mengikuti dan menuruti langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam Smart Journey AIA.

Juga, Bayaran Tetap sebanyak RM500 yang perlu ditanggung oleh Pelanggan Medical Card sebelum terima rawatan atau sebelum dimasukkan ke Wad Hospital Smart, untuk satu penyakit/musibah.

Yang Mana Jenis Medical Card Paling Baik?

Pada asasnya, kedua-dua pilihan mempunyai elemen yang sama iaitu, Deduktibel sebanyak RM500. Cuma yang membezakan adalah elemen Smart.

Medical Card dengan Pilihan Smart (Smart Option) adalah lebih murah berbanding medical card tanpa pilihan Smart. Namun, ia memerlukan anda untuk mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh Smart Journey AIA. Juga, jenis panel baik Klinik mahupun Hospital mestilah tertakhluk kepada senarai Panel Smart AIA.

Bagi mereka yang tidak kisah dan setuju dengan mengikuti langkah-langkah serta prosedur ini, pilihan Smart Deduktibel RM500 adalah bersesuaian.

Bagi mereka yang memikirkan ia suatu tindakan yang bakal merumitkan keadaan atau melecehkan, maka mereka lebih sesuai dengan pelan medical card Deduktibel RM500 tanpa pilihan Smart.

Logik Had Penggunaan Medical Card

Rekod menunjukkan 95% Jumlah Tuntutan untuk Rawatan di Hospital kurang dari RM180,000 setahun. Jadi, tidak salah untuk anda mengambil Pelan Medical Card Bilik 180 dengan Had Tahunan RM180,000.

Perlu diingatkan juga, Pelan Medical Card bukan untuk mendapatkan rawatan yang mewah dan selesa. Tetapi ia lebih kepada berapa cepat untuk anda mendapatkan dan menyelesaikan rawatan sekiranya anda dimasukkan ke Hospital. Yang penting, ianya wajib ada dan berkadar dengan keperluan dan kemampuan bukan mengikut kemahuan dan kehendak.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang permohonan takaful online mengikut keperluan perlindungan anda. Kami akan membantu menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara percuma.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda