Setiap Medical Card tidak kira anda ambil dari syarikat mana pun, ia tetap akan melalui fasa Tempoh Menunggu atau dikenali sebagai Waiting Period.
Sebahagian masyarakat masih keliru dengan terma Tempoh Matang (Maturity Period) dan Tempoh Menunggu (Waiting Period). Secara amnya :
Tempoh Matang (Maturity Period)
- Tempoh Had Maksima polisi Takaful berkuatkuasa. Untuk Medical Card AIA, tempoh matangnya adalah apabila pelanggan mencapai Umur 100 Tahun.
Tempoh Menunggu (Waiting Period)
- Tempoh yang ditetapkan oleh pihak syarikat sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan. Dalam bab Medical Card, ada beberapa jenis tempoh yang perlu diberi perhatian sebelum anda betul-betul boleh menggunakan Medical Card sepenuhnya.
Berapa Lama Tempoh Waiting Period (Tempoh Menunggu) Medical Card AIA?
Perlu diambil perhatian, dalam Tempoh 2 Tahun Pertama – Tempoh Siasatan (Contestability Period), pihak syarikat akan memantau, membuat siasatan (Medical Investigation) secara terperinci dan berhak menolak sebarang tuntutan kes yang meragukan.
Bermula Hari Pertama Sehingga Hari ke 30 Selepas Polisi Anda Lulus
A : Hanya tuntutan berkenaan Kemalangan dan Kecemasan sahaja yang akan dilindungi. Contoh, kemalangan jalan raya, jatuh pokok dan lain-lain kemalangan.
Dari Hari ke 31 Sehingga Hari ke 60
B : Anda kini boleh menggunakan Medical Card untuk Penyakit-Penyakit Am seperti Demam, Denggi, Cirit-Birit dan sepertinya. Termasuk Kemalangan dan Kecemasan. Selain Penyakit-Penyakit Spesifik seperti :
- Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular;
- Semua tumor, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
- Semua gejala-gejala telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak;
- Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele;
- Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan;
- Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
Dari Hari ke 61 Sehingga Hari ke 90
C : Anda kini boleh menggunakan Medical Card untuk mendapatkan Rawatan Kanser Pesakit Luar. Termasuk Kemalangan dan Kecemasan, dan Penyakit-Penyakit Am (Selain Penyakit-Penyakit Spesifik).
Dari Hari ke 91 Sehingga Hari ke 120
D : Anda kini boleh menggunakan Medical Card secara Tanpa Tunai (Cashless – rujuk bahagian H) untuk kes Kemalangan dan Kecemasan, dan Penyakit-Penyakit Am (Selain Penyakit-Penyakit Spesifik), dan Rawatan Kanser Pesakit Luar.
Dari Hari ke 121 Sehingga Bulan ke 24 (2 Tahun)
E : Anda kini boleh menggunakan Medical Card untuk kes Kemalangan dan Kecemasan, dan Penyakit-Penyakit Am, dan Penyakit-Penyakit Spesifik, dan Rawatan Kanser Pesakit Luar.
Selepas 2 Tahun Selepas Polisi Anda Lulus
F : Anda tidak lagi berada dalam Tempoh Siasatan (Contestability Period). Medical Card anda akan berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang keraguan.
Kaedah Tuntutan secara Bayar dan Tuntut (Pay and Claim) dan Tanpa Tunai (Cashless)
G : Bagi sebarang tuntutan Kurang dari 90 Hari dari Tarikh polisi anda dikeluarkan, tuntutan perlulah melalui kaedah Bayar dan Tuntut (Pay and Claim).
- Caranya, setelah mendapat rawatan di hospital, anda perlu menyelesaikan segala bil. Resit dan laporan doktor mestilah dihantar ke AIA untuk proses tuntutan. Tuntutan biasanya akan diperolehi seawal 14 hari (mengikut jenis keberatan kes dan penyakit).
H : Bagi sebarang tuntutan Lebih dari 90 Hari dari Tarikh polisi anda dikeluarkan, anda boleh mendapatkan rawatan tanpa menyediakan sebarang Tunai.
Kesimpulan dari artikel ini :
- Adalah penting untuk ambil tahu dengan teliti berkenaan Tempoh-Tempoh Menunggu sepanjang 2 Tahun anda mendaftar.
- Kenalpasti bila keadaan anda boleh guna Medical Card secara Pay & Claim dan Cashless.
- Ambil Medical Card seawal yang mungkin sementara anda sedang sihat.
- Jaga Medical Card anda sebaik mungkin dalam tempoh 2 Tahun pertama.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda