Tuntutan Medical Card anda ditolak (declined) tapi tidak tahu kenapa. Apakah punca, keadaan atau jenis penyakit yang menyebabkan masalah ini?

sebab Medical card declined

Sebarang tuntutan yang timbul daripada keadaan berikut adalah tidak dilindungi di bawah Pelan Medical Card :

  1. Mempunyai Penyakit sedia ada sebelum Tarikh Polisi Berkuatkuasa.
  2. Rawatan atau pembedahan untuk Penyakit-penyakit Spesifik dalam tempoh 120 hari selepas Tarikh Polisi Berkuatkuasa. Penyakit-penyakit Spesifik termasuk :
    • Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.
    • Semua tumor, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari.
    • Semua gejala-gejala telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.
    • Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.
    • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan.
    • Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
  3. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Polisi Berkuatkuasa.
  4. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar yang mana gejala-gejala yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Polisi Berkuatkuasa.
  5. Faedah Rawatan Kanser Pesakit Luar yang mana gejala-gejala yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari dari Tarikh Polisi Berkuatkuasa.
  6. Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran atau sebarang keadaan kongenital atau keadaan keturunan yang telah menjadi nyata atau didiagnosis sebelum Orang / Ahli Dilindungi mencapai umur 17 tahun.
  7. Sebarang Hilang Upaya yang diakibatkan oleh memusnahkan diri atau, kecederaan diri yang disengajakan, pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau sebarang cubaan memusnahkan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman.
  8. Peperangan, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara, revolusi atau sebarang operasi ketenteraan.
  9. Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi ketenteraan atau pemulihan ketenteraman awam.
  10. Sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
  11. Kehamilan, keguguran atau melahirkan anak.
  12. Penyakit mental atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang pengambilan dadah secara tidak sengaja yang tidak dipreskripsikan oleh Doktor yang merawat.
  13. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, cermin mata untuk pembetulan penglihatan, kanta sentuh, kanta intraocular kecuali kanta intraocular monofocal dalam pembedahan katarak.
  14. Rawatan pergigian melainkan perlu dilakukan akibat kemalangan.
  15. Hospitalisasi terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, vitamin / makanan tambahan dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  16. Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih.
  17. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
  18. Rawatan di luar negara jika Orang / Ahli Dilindungi tinggal atau mengembara di luar Malaysia (kecuali Singapura dan Brunei) selama lebih daripada 90 hari berturut-turut.
  19. Sumbangan organ badan atau sumsum tulang oleh Orang / Ahli Dilindungi dan pemindahan organ atau sumsum tulang daripada penderma dan komplikasinya.
  20. Tidak membayar caruman dengan sempurna. Polisi telah luput (Lapsed Policy) atau bayaran tertunggak (Payment Overdue).
  21. Dokumen / Laporan doktor untuk proses tuntutan tidak lengkap atau tidak jelas.
  22. Tuntutan melebihi dari had tahunan perlindungan.

Ambil tahu agar segala urusan tuntutan dapat berjalan dengan lancar dengan hati yang tenang.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda