5 Kehebatan Kerjaya Sebagai Ejen / Perunding / Perancang Takaful

Mungkin masyarakat menganggap Ejen atau Perunding atau Perancang Takaful bukan sebagai karier yang terbaik. Tetapi faktanya, ia adalah kerjaya yang mementingkan profesionalisma yang sangat tinggi. Walau dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, kita tidak dengar Ejen Takaful dibuang kerja. Malah, Syarikat Takaful membuka peluang kerjaya seluas-luasnya kepada masyarakat untuk bekerja dalam bidang Takaful ini.

Ejen Takaful Life Takaful

Ramai yang mengganggap Ejen Takaful hanya menjual air liur, tidak tahu apa yang dijual, hanya kerja sebagai Salesman dan pelbagai lagi anggapan yang buruk. Apa yang masyarakat tidak tahu adalah kerjaya dalam bidang Takaful ini adalah suatu bisnes yang sangat hebat. Apabila menyebut perkataan bisnes, ternyata skop yang perlu diusahakan sangatlah luas.

Sebagai contoh, seorang anak muda, bermula dengan kerja makan gaji. Mungkin selama ini dia duduk di dalam pemikiran makan gaji. Maka, hanya berkadar datang setiap hari, kerja seperti biasa, cukup bulan dapat gaji. Tetapi apabila dia mula ada pemikiran bisnes, fikirannya mula berubah. Setiap hari dia bangun, dia akan merancang bagaimana dia boleh :

  1. Melakukan perubahan dalam dirinya.
  2. Memajukan kerjaya dan bisnesnya.
  3. Belajar pelbagai ilmu untuk menambah kemahiran.
  4. Memilih bisnes yang betul-betul stabil.
  5. Bekerja dengan lebih Inovatif.
  6. Bekerja dengan minat bukan dipaksa.

Pemikiran ini jugalah yang dipupuk dalam setiap insan yang bergelar Ejen atau Perunding atau Perancang Takaful. Perlukan lebih keyakinan? Mari kita selami 5 Kehebatan Kerjaya Sebagai Ejen Takaful :

1. Melihat Dakwah sebagai Teras Kerjaya

Ramai menganggap Dakwah kerja Ustaz dan Ustazah semata. Tetapi, faktanya Ejen Takaful juga melakukan perkara yang sama. Berkongsi, mendidik dan membantu masyarakat dalam Bidang Kewangan Islamik. Sudah menjadi cerita umum tentang harta pusaka yang terbiar, perebutan harta selepas berlaku kematian, salah faham konsep wasiat faraid, keluarga terbeban dengan hutang si mati, nasib anak isteri yang terpaksa hidup dari ‘zero’ dan sebagainya.

Mereka lah antara individu yang akan menerangkan kepada masyarakat secara detail berkenaan kekeliruan, membuka fikiran dan memberitahu bagaimana untuk mengatasinya. Kerja ini adalah kerja percuma, Kerja Amal yang mereka buat kepada masyarakat.

2. Membantu Masyarakat Yang Ditimpa Musibah

Kerja Amal mereka diteruskan dari seorang demi seorang sehinggalah ada golongan yang betul-betul faham dan sedar tentang kepentingan Takaful. Golongan ini akan mendaftar Takaful. Ketika ini, mereka dapat sedikit komisyen.

Bukan komisyen yang menjadi Senyuman paling berharga buat mereka. Tetapi, apabila musibah berlaku kepada Pelanggan Takaful, Pampasan segera diberikan kepada Pelanggan, ketika itulah ia menjadi titik kegembiraan buat mereka.

Sebagai contoh, berlaku kematian kepada En. Ali. Isteri dan anak-anaknya memperolehi Hibah sebanyak RM500,000. Bayangkan kegembiraan mereka. Bayangkan kegembiraan Ejen Takaful yang sebelum ini berpenat lelah meyakinkan En. Ali, mendaftarkannya, memantau pembayaran polisi dalam tempoh yang lama, sehinggalah proses tuntutan dapat diselesaikan.

3. Ia Bisnes, Bukan Hanya Kerja Makan Gaji

Ejen Takaful bukan sahaja dilatih untuk mempromosikan Pelan Takaful, malah mereka juga dilatih dan diberi peluang untuk membina agensi sendiri. Dimana, bukan sahaja menjadi Ejen Profesional selamanya, malah mereka berpeluang melahirkan Ejen-Ejen Takaful lain di dalam kumpulannya.

Apabila mempunyai Agensi sendiri, mereka akan berusaha memastikan agensinya benar-benar sukses dalam memastikan Ejen-Ejen mereka dapat dipimpin sehingga benar-benar sukses. Sistem agensi akan digubal sendiri mengikut kreativiti Ejen Takaful. Maka, ketika ini kemahiran dan kebolehannya akan bertambah dari seorang Penjual kepada Pemimpin (Sales to Leadership skill).

4. Mementingkan Profesional dari Setiap Sudut

Ejen Takaful sentiasa memastikan detail pelanggan terjamin. Bermain dengan angka tepat seperti Jumlah Pampasan, Harga, Umur, Tempoh Perlindungan mendidik mereka supaya lebih teliti dalam kerjaya. Dari segi percakapan, hitam putih yang dikeluarkan dan servis, melatih mereka untuk lebih profesional dalam setiap tindakan.

Syarikat-syarikat Takaful juga akan memantau prestasi profesionalisma seorang Ejen Takaful dari mula temuduga dan seterusnya. Jika berlaku aduan dari pelanggan, syarikat akan segera bertindak menyiasat. Oleh itu, jika anda berada dalam bidang ini, ketahuilah anda semestinya berada dalam kerjaya yang sangat mementingkan Profesional.

5. Kursus dan Latihan Penambah Kemahiran

Setiap syarikat dan agensi mempunyai kursus dan latihan yang tersendiri. Tetapi yang pastinya, kursus dan latihan yang diberikan tidak kurang dari seminggu sekali. Kerjaya mana yang memberikan pendedahan sebegini kerap? Dari sebelum menyertai kerjaya ini lagi, seseorang itu diwajibkan menjawab peperiksaan TBE (Takaful Basic Exam).

Apabila selesai menyertai, syarikat akan memberi Kursus terlebih dahulu sebelum mula bekerja agar mereka faham, fasih dan bertauliah berkenaan Pelan dan Produk Takaful yang akan ditawarkan kepada masyarakat. Kursus dan Latihan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Kesimpulannya, untuk masyarakat di luar sana, ketahuilah Ejen Takaful bukan suatu bidang kerja yang suka-suka. Mereka sangat profesional dalam memastikan kesedaran Takaful dapat diperolehi oleh semua orang. Buat mereka yang ingin bekerja sebagai Ejen atau Perunding atau Perancang Takaful, inilah masanya untuk bertindak menjadi seorang Ejen Takaful. Sama sekali anda tidak akan menyesal. Buat Ejen baru dan sedia ada, pastikan 5 poin diatas terus menjadi batu asas, kekal di dalam hati sepanjang dalam kerjaya ini.

Sertai kami sebagai Ejen Takaful yang bertauliah! Rujuk Halaman : Kerjaya Perunding Takaful | AIA Elite Academy.