Mendapatkan Pelan Takaful itu suatu perkara yang baik namun ianya bakal menjadi suatu mimpi buruk apabila terdapat kesalahan ketika memilih Pelan Takaful. Elakkan 5 perkara ini sebelum anda mahu mendaftar Pelan Takaful :
- Jumlah Perlindungan Takaful Yang Sangat Kecil.
- Salah Memilih Orang yang Perlu Dilindungi.
- Memilih Rider (Faedah Tambahan) Yang Tidak Perlu.
- Memikirkan Takaful Adalah Medium Pelaburan Lebih Dari Perlindungan.
- Menganggap Medical Card Lebih Penting Dari Takaful Nyawa.
Memiliki Takaful kini menjadi salah satu keperluan terpenting bagi semua orang. Takaful boleh disamakan dengan payung yang perlu dimiliki sebelum hujan. Dengan memiliki Takaful, ini bermakna anda telah menjangkakan risiko kerugian kewangan yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Pastikan anda memilih Pelan Takaful terbaik dan paling dipercayai yang dapat memberikan faedah maksimum untuk anda dan keluarga.
Saat ini terdapat banyak pilihan produk Takaful terbaik di Malaysia. Peningkatan jumlah pilihan pelan kadangkala membingungkan pembeli. Malah ada yang membeli pelan yang salah sehingga mereka tidak mendapat faedah Takaful yang maksimum. Oleh itu, sebelum mendapatkan Pelan Takaful terbaik yang sesuai dengan keperluan anda, anda harus terlebih dahulu mengkaji pilihan yang ada. Ketahui apa faedah yang ditawarkan oleh setiap Pelan Takaful yang terbaik dan dipercayai, dan yang mana paling sesuai untuk keperluan anda.
Dalam memilih Pelan Takaful yang terbaik, jangan biarkan anda membuat kesilapan besar seperti yang berikut:
Kesilapan #1 : Jumlah Perlindungan Takaful Yang Sangat Kecil
Tidak wajar sekiranya anda mendapatkan Pelan Takaful dengan harga sangat murah tetapi apabila berlaku musibah, ianya tidak mampu menampung perbelanjaan anda dan keluarga dalam tempoh yang lama. Kira dengan rapi, pastikan ianya mampu membantu diri anda dan keluarga sekurang-kurangnya 5 Tahun atau dalam suatu tempoh yang relevan.
Kesilapan #2 : Salah Memilih Orang yang Perlu Dilindungi
Bapa dan suami adalah tunjang dalam keluarga. Sebagai ketua keluarga, wajib baginya untuk memiliki Pelan Takaful yang mempunyai Pelan Perlindungan Kematian dan Penyakit Kritikal yang maksima agar perbelanjaan tanggungan dibawahnya dapat diuruskan dengan baik. Anak tidak perlu perlindungan ini melebihi dari Bapa kerana anak tidak meninggalkan hutang.
Kesilapan #3 : Memilih Rider (Faedah Tambahan) Yang Tidak Perlu
Pilih yang sewajarnya. Kira dengan sewajarnya. Maksimakan yang penting. Buang jika tidak perlu. Sebagai contoh, apabila memiliki Pelan Medical Card. Kebanyakan syarikat menawarkan Elaun Harian Hospital. Elaun ini hanya sesuai bagi mereka yang bekerja sendiri. Tidak sesuai untuk anda yang makan gaji. Maka, tanya diri anda, adakah jika sepanjang dimasukkan ke hospital, adakah gaji anda dipotong? Jika dipotong, anda wajar ambil Faedah ini. Jika tidak, tidak perlu ambil.
Kesilapan #4 : Memikirkan Takaful Adalah Medium Pelaburan Lebih Dari Perlindungan
Suatu perkara yang sangat biasa berada didalam minda kebanyakan orang Malaysia. Jika ada Agen Takaful mengatakan “Pelan ini ada Pelaburan”. Jaga-jaga anda mungkin sedang ditipu. Pelan pelaburan di dalam syarikat Takaful hanya ada dalam Pelan Endowmen (Endowment Plan) sahaja. Pelan lain adalah pelan perlindungan.
Kesilapan #5 : Menganggap Medical Card Lebih Penting Dari Takaful Nyawa
Medical card hanya melindungi anda jika anda dimasukkan ke hospital. Bagaimana jika berlaku kematian, siapa akan membayar hutang dan belanja keluarga anda? Jika berlaku penyakit kritikal, siapa yang akan menggajikan anda dalam keadaan anda tidak bekerja? Maka, utamakan pelan Takaful Nyawa dahulu, kemudian barulah Medical Card, jika perlu. Jangan risau, jika anda tidak mempunyai medical card, anda masih ada alternatif hospital kerajaan. Tidak seperti Takaful Nyawa yang tiada alternatifnya.
Kesimpulannya, bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan ini berlaku, banyakkan pembacaan, pilih Ejen atau Perunding Takaful yang bertauliah dengan pengalaman yang luas. Tanya diri anda berapa nilai sewajarnya untuk beri kepada diri anda dan keluarga yang anda sayangi. Murah tak semestinya berbaloi, mahal tak semestinya indah.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda