Takaful Pekerja (Insurans Pekerja) adalah sebuah Pelan Perlindungan yang disediakan oleh Pihak Majikan (Syarikat) kepada semua kakitangan atau pekerja yang bekerja di bawah syarikat tersebut.

5 Sebab Kenapa Majikan Perlu Buat Takaful Pekerja

Ia bagi melindungi setiap pekerja dari berlaku musibah seperti Kemalangan, Kecederaan, Penyakit dan Kematian. Dengan adanya Pelan Perlindungan ini, menunjukkan bahawa pihak Majikan betul-betul komited dalam menjaga kebajikan dan manfaat setiap pekerja.

Berikut adalah 5 Sebab Kenapa Majikan Perlu Buat Takaful Pekerja (Insurans) :

  1. Selaras Dengan Undang-Undang AKSP 1969.
  2. Pelan Perlindungan Risiko Pekerja.
  3. Insentif dan Manfaat Pekerja.
  4. Kelebihan Kepada Profil Syarikat.
  5. Pengecualian Cukai Syarikat.

Keterangan setiap sebab adalah seperti di bawah :

Selaras Dengan Undang-Undang AKSP 1969

Ramai majikan terlepas pandang berkenaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP).

Apakah itu Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP)?

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) adalah satu akta yang menggariskan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan perlindungan sosial bagi pekerja yang berkhidmat di bawah syarikat-syarikat sektor swasta dan kerajaan, tidak kira pekerja bertaraf kontrak, sementara atau sepenuh masa.

Tujuan AKSP adalah untuk memberikan perlindungan kepada pekerja yang mengalami musibah seperti kemalangan, kecederaan, penyakit atau kematian. Dengan kata lain, perlindungan ini perlu merangkumi Manfaat Hilang Upaya kepada Pekerja, Manfaat untuk Orang Yang Ditanggung Pekerja, Manfaat Perubatan dan lain-lain.

AKSP juga menggariskan semua majikan yang mengambil seorang pekerja atau lebih wajib mendaftar dan mencarum bagi pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Majikan yang tidak mematuhi AKSP boleh dikenakan tindakan seperti denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebagai penambahbaikan kepada manfaat Pelan Pelindungan ini, pihak majikan boleh mendapatkan Perlindungan Tambahan untuk Pekerja dengan menyediakan Pelan Takaful Pekerja yang disediakan oleh Syarikat-Syarikat Takaful, bagi memastikan kebajikan pekerja lebih terjamin.

Pelan Perlindungan Risiko Pekerja

Tanpa Takaful Pekerja, jika pekerja mengalami musibah seperti kemalangan, kecederaan, penyakit atau kematian, semua kos tuntutan akan ditanggung oleh Majikan. Ini tidak langsung boleh menggugat ketidakstabilan Aliran Tunai (cash flow) sesebuah syarikat.

Kebanyakan syarikat membuat Tabung Kebajikan sendiri dalam bentuk Tunai (Petty Cash). Masalah yang timbul kebiasaannya Nilai Petty Cash tidak cukup untuk menampung perbelanjaan apabila ia perlu dikeluarkan secara sekali gus tatkala pekerja memerlukannya.

Ada juga rekod pekerja bertindak untuk menyaman majikan kerana majikan gagal membayar kos rawatannya di hospital akibat kemalangan ketika dia sedang bekerja.

Untuk mengelakkan ketidakstabilan aliran kewangan ini, majikan boleh mengambil Pelan Takaful Pekerja. Dengan mencarum di Syarikat Takaful, maka, sebarang risiko atau musibah pekerja tidak lagi perlu difikir oleh Majikan. Syarikat Takaful yang akan membantu Majikan untuk menguruskan sebarang risiko dan musibah yang berlaku kepada pekerja.

Insentif dan Manfaat Pekerja

Setiap pekerja pasti akan rasa lebih selamat dan terjamin apabila syarikat yang mereka bekerja mempunyai Takaful Pekerja.

Takaful Pekerja melindungi kos rawatan hospital dan klinik mereka jika berlaku Kemalangan semasa bekerja dan diluar waktu bekerja, menjamin perbelanjaan sara hidup sekiranya berlaku hilang upaya tidak mampu bekerja dalam satu tempoh yang panjang, dan menjamin kewangan keluarga mereka sekiranya mereka meninggal dunia.

Hampir semua syarikat mempunyai pekerja dengan pangkat-pangkat yang berbeza. Takaful Pekerja mempunyai Fleksibiliti Perlindungan, menaikkan atau menurunkan Jumlah Amaun Perlindungan (Total Coverage Amount) mengikut pangkat-pangkat yang diberikan oleh Majikan. Dengan kata lain, pihak Majikan boleh menetapkan siapa yang akan mendapat Perlindungan lebih dan siapa yang akan mendapat kurang Perlindungan.

Contoh Fleksibiliti Perlindungan yang boleh dibuat mengikut pangkat :

  • Pengurus : Perlindungan jika berlaku Kematian RM250,000. Perlindungan jika Hilang Upaya atau Terkena Penyakit Kritikal RM150,000. Perlindungan Kos Rawatan Hospital dan Klinik RM350,000 (melindungi pekerja dan ahli keluarga).
  • Eksekutif : Perlindungan jika berlaku Kematian RM150,000. Perlindungan jika Hilang Upaya atau Terkena Penyakit Kritikal RM100,000. Perlindungan Kos Rawatan Hospital dan Klinik RM200,000 (melindungi pekerja dan ahli keluarga).
  • Eksekutif : Perlindungan jika berlaku Kematian RM80,000. Perlindungan jika Hilang Upaya atau Terkena Penyakit Kritikal RM50,000. Perlindungan Kos Rawatan Hospital dan Klinik RM80,000 (melindungi pekerja sahaja).

Adanya Fleksibiliti ini, sikit sebanyak menaikkan semangat kepada setiap pekerja untuk bekerja lebih baik, dengan harapan boleh merasa Insentif kenaikan pangkat dan dalam masa yang sama juga, mendapat lebih Manfaat Perlindungan Takaful Pekerja.

Kelebihan Kepada Profil Syarikat

Syarikat yang mempunyai Takaful Pekerja akan dilihat lebih stabil berbanding syarikat yang tidak mempunyai Takaful Pekerja. Kesan ini bukan sahaja dilihat oleh Majikan syarikat-syarikat pesaing lain, ia juga turut dilihat oleh calon-calon pekerja yang akan datang temuduga.

Takaful Pekerja juga boleh membantu profil syarikat dalam membina reputasi yang sangat positif, imej dan jenama yang lebih professional serta menaikkan produktiviti dalam mendapat kepercayaan di kalangan Pelanggan, Rakan Kongsi dan Pihak Berkepentingan (syarikat yang ingin bekerjasama).

Pengecualian Cukai Syarikat

Menurut LHDN, caruman Takaful Pekerja boleh mendapat pengecualian cukai bagi majikan dan boleh mendapat pengecualian cukai bagi pekerja. Ini bermakna majikan Boleh menuntut potongan bagi Jumlah Caruman Takaful yang dibayar untuk Takaful Pekerja, manakala pekerja Tidak Perlu menyertakan Jumlah Caruman Takaful yang dibayar oleh majikan mereka sebagai sebahagian daripada pendapatan kasarnya.

Beberapa syarat bagi pengecualian cukai untuk Takaful Pekerja :

  • Takaful pekerja mesti diberikan kepada semua pekerja atau kepada satu kategori pekerja dengan terma dan syarat yang sama.
  • Takaful pekerja tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindah milik kepada mana-mana pihak.
  • Polisi Takaful yang bukan ‘Key-Man Policy’, iaitu polisi yang diambil oleh majikan untuk melindungi nyawa seseorang pekerja yang penting dalam syarikat. Dalam erti kata lain, tidak boleh daftar Takaful Individu yang dibayar dari Akaun Syarikat kemudian diisytihar sebagai Takaful Pekerja.

Dengan adanya manfaat Pengecualian Cukai bagi Takaful Pekerja, pihak majikan mampu menyusun audit dan aliran kewangan yang lebih stabil dan efisyen.

Kesimpulannya, Takaful Pekerja adalah elemen yang penting dalam sesebuah syarikat yang berjaya. Ia memberikan perlindungan dan manfaat kepada semua pihak baik pekerja mahupun majikan serta menjaga kebajikan ahli keluarga pekerja yang berkhidmat di bawah syarikat.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda