Apabila kita memperkatakan tentang idea Pelan Takaful sebagai Hibah atau hadiah, kebanyakan orang akan menimbulkan banyak keraguan. Idea hadiah ini yang tidaklah begitu menarik seperti Hadiah Kereta atau Rumah atau telefon pintar terkini. Dan bagi kebanyakan daripada kita Pelan Takaful berkonsepkan Hibah, ia sangat buruk dan tidak berbaloi.

Takaful Hibah Hadiah

Tetapi perlulah kita ingat bahawa apabila membeli hadiah yang tersayang kerana kita ingin meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Dilihat dalam persepsi ini, Pelan Takaful, untuk diri sendiri atau ahli keluarga, mungkin salah satu hadiah terbesar yang boleh anda berikan kepada seseorang yang anda sayang. Berikut adalah lima sebab untuk mempertimbangkan hadiah dalam bentuk Pelan Takaful :

1. Membantu keluarga anda menjalani kehidupan yang anda rancang untuk mereka

Anda sebolehnya tidak mahu berfikir tentang kehidupan keluarga anda tanpa anda. Tetapi jika anda mati esok, adakah mereka boleh terus tinggal di rumah anda, membuat bayaran kereta mereka atau membayar sekolah, kolej, universiti? Atau adakah anda boleh tenang dalam keadaan gaya hidup mereka terus menjunam apabila anda sudah tiada?

Dalam satu kajian baru-baru ini, dua pertiga rakyat Malaysia berkata mereka akan merasa sengsara apabila mereka hilang pendapatan hanya dalam tempoh 1 bulan. Oleh itu, Pelan Takaful yang mencukupi mampu membolehkan keluarga anda terus hidup tanpa tekanan tambahan dalam masalah kewangan yang anda kelak tinggalkan.

2. Legasi untuk anak cucu dan keturunan

Anda telah bekerja keras sepanjang hidup anda untuk mencipta gaya hidup yang selalu anda impikan. Tetapi, apa yang anda mahukan legasi anda? Mungkin keinginan anda untuk melindungi anak atau cucu? Mungkin Hibah atau Saham Akhirat melalui derma kepada badan-badan kebajikan, rumah anak yatim, masjid? atau anda hanya suka melihat ianya berlalu begitu sahaja? Renungkan seketika.

Ya, Pelan Takaful semestinya dapat membantu anda meninggalkan legasi untuk tempoh yang lama, walaupun setelah anda pergi.

3. Meneruskan dan membantu impian anak-anak anda

Anda mahu anak-anak anda mempunyai semua peluang untuk masa depan yang berjaya. Perlu diingatkan, kos pendidikan akan terus meningkat secara dramatik dari tahun ke tahun, dan memaksa ramai pelajar menanggung hutang pendidikan seperti PTPTN hanya untuk merealisasikan impian akademik mereka.

Bagi keluarga yang susah payah selepas kehilangan pendapatan utama, pendidikan di Universiti akan menjadi sesuatu yang sangat membebankan. Sekali lagi, Pelan Takaful boleh membantu keluarga anda menanggung kos pendidikan, walaupun anda tidak lagi di sini.

4. Ia lebih murah daripada yang anda fikirkan

Apabila ditanya mengapa mereka tidak mempunyai Pelan Takaful, ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak mampu. Tetapi dalam kaji selidik baru-baru ini, lebih dari 90% pengguna tidak dapat menganggarkan kos Pelan Takaful dengan betul dan mereka menyatakan ia tidak sesuai untuk golongan rakyat kebanyakan.

Tetapi, sebenarnya terdapat penyelesaian Pelan Takaful bagi setiap peringkat keluarga baik miskin atau kaya dan bahkan ianya sangat mampu dimiliki oleh semua peringkat masyarakat, samaada berkeluarga mahupun bujang.

5. Menempatkan mereka di atas landasan zon ‘kewangan selesa’

Apabila anda menyertai Pelan Takaful, dan menjadikan ia sebagai hibah atau hadiah untuk keluarga atau orang lain, anda sebenarnya membantu mereka membina rancangan kewangan mereka yang terbaik dan membantu mereka menjalani kehidupan selesa sepanjang hayat. Dari menampung hutang yang anda tinggalkan, ke perbelanjaan isteri, ke perbelanjaan anak-anak ke sekolah, universiti, sehinggalah proses perkahwinan anak-anak anda.

Polisi Pelan Takaful adalah hibah dan hadiah yang mereka akan sentiasa hargai selama beberapa dekad yang akan datang. Sesetengah produk Pelan Takaful juga menawarkan nilai tunai terkumpul yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan, seperti persaraan dan simpanan.

Apabila anda memberi hibah atau hadiah dalam bentuk Pelan Takaful, anda bukan hanya menyediakan perlindungan untuk anda dan keluarga, anda juga boleh menyediakan ketenangan fikiran dalam setiap sudut. Semestinya Pelan Takaful tidaklah akan menyebabkan anda miskin, malah, ianya akan membantu menyelaraskan gaya hidup yang anda impikan. Usah lengah lagi, Sertai Pelan Takaful segera.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda