Dalam dunia makin moden, tidak dinafikan makin ramai Scammer dan Penipu dalam menjalankan urusan berkait dengan kewangan. Ramai juga Ejen (Agent) Takaful yang tidak jujur, tidak amanah, tidak professional. Sambil lewa dari awal mempromosi sehinggalah mengurus tuntutan (claim).
Apakah cara-cara dan tips dalam memilih Ejen Takaful yang berkualiti dan professional sebelum anda mendaftar Pelan Takaful :
- Ejen Sah Berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA) Dan Masih Aktif.
- Memilih Ejen Yang Mempunyai Rekod Perkhidmatan Lebih Dari 7 Tahun.
- Pastikan Ejen Adalah Penasihat Anda Bukan ‘Salesman’ Semata.
- Dapatkan Sebut Harga Beserta Risalah (Brochure) Rasmi Dari Syarikat Takaful.
- Mampu Menjawab Soalan-Soalan Dengan Sabar dan Professional.
- Dapatkan Beberapa Testimoni Jika Perlu.
Keterangan setiap tips adalah seperti dibawah.
Ejen Sah Berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA) Dan Masih Aktif
Setiap ejen tidak kira dari Syarikat Takaful manapun akan berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA). Anda sebagai Pelanggan atau Bakal Pelanggan wajib dan boleh untuk menyemak status ejen tersebut.
Cara menyemak status pendaftaran Ejen Takaful :
- Dapatkan atau minta Nombor Pendaftaran MTA ejen tersebut.
- Masuk ke laman web rasmi MTA untuk menyemak status atau klik di sini.
- Masukkan Nombor Pendaftaran MTA di bahagian MTA Agency Number.
- Pilih Nama Syarikat Takaful ejen di bahagian Takaful Operator.
- Tekan Butang Submit.
- Tekan Butang Agree.
- Pastikan masih aktif dan detail ejen adalah bertepatan dengan apa yang diberitahu.
Jika tiada masalah, maka ejen anda adalah ejen yang sah disisi undang-undang.
Memilih Ejen Yang Mempunyai Rekod Perkhidmatan Lebih Dari 7 Tahun
Anda wajar untuk kenalpasti adakah ejen anda sangat berpengalaman atau tidak. Kenapa 7 tahun? Kerana dalam tempoh 7 tahun, kebiasaannya ejen anda telah banyak menguruskan pelbagai jenis tuntutan (claim). Dari tuntutan yang mudah sehinggalah tuntutan yang sangat susah.
Bukan itu sahaja, ejen yang berpengalaman biasanya mampu menguruskan dan menjawab soalan, melakukan penambahbaikan, pengubahsuaian kepada Pelan Takaful sesuai dengan keperluan semasa anda.
Pastikan Ejen Adalah Penasihat Anda Bukan ‘Salesman’ Semata
Untuk mendapatkan Pelan Takaful, anda perlu mendapatkan detail yang sangat terperinci dari ejen yang sangat menitikberatkan keperluan anda, bukan mengikut kehendak anda semata-mata.
Ejen jenis Jurujual atau ‘Salesman’ adalah seorang yang menjual sesuatu mengikut kehendak anda. Anda perlukan A, jurujual akan menawarkan A dengan harga A tanpa sebarang kaji selidik tentang pengetahuan cara menyusun kewangan seseorang.
Berbeza dengan Penasihat. Penasihat adalah seseorang yang sebelum dia menawarkan sesebuah Pelan Takaful, dia akan membuat kaji selidik dahulu tentang keperluan anda. Tujuan kaji selidik ini untuk memastikan Pelan Takaful yang ditawarkan adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan keperluan anda untuk jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh, dia akan menawarkan Pelan Hibah dahulu sebagai keutamaan bagi pelanggan yang diketahui sebagai Ketua Keluarga, serta menasihatkan anda kenapa Pelan Hibah perlu diutamakan selain pelan-pelan Takaful yang lain.
Dapatkan Sebut Harga Beserta Risalah (Brochure) Rasmi Dari Syarikat Takaful
Ejen yang professional tidak akan menyembuyikan fakta. Maka, setelah anda bertanya dan mendapat sebut harga, jika tidak yakin, anda wajar untuk bertanya tentang apakah nama Pelan yang ditawarkan dan apakah manfaat lain selain dari yang diberitahu ejen.
Semua detail ini anda boleh dapatkan di dalam Risalah Rasmi yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful. Jangan malu untuk minta kerana anda ada kuasa mutlak sebagai seorang pelanggan.
Mampu Menjawab Soalan-Soalan Dengan Sabar dan Professional
Kebanyakan dari anda mungkin berasa segan atau malu untuk bertanya soalan-soalan berkaitan Takaful. Sama ada, tidak tahu bagaimana untuk tanya atau mungkin rasa soalan yang hendak ditanyakan seperti terlalu kebudak-budakan.
Tidak wajar untuk merasa sedemikian. Untuk pengetahuan anda, 95% dari rakyat Malaysia masih belum faham sepenuhnya tentang apa-apa berkaitan Takaful.
Di ketika inilah tugas ejen Takaful yang professional berfungsi. Ejen Takaful akan dan perlu menerangkan dari mula sehingga akhir tentang perancangan kewangan dan Takaful.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan pertanyaan. Mulakan dengan “Boleh terangkan secara detail berkenaan…”. Mungkin bahasa-bahasa atau terma-terma Ejen Takaful tidak difahami. Minta agar Ejen menerangkan kembali dalam bahasa yang mudah difahami (layman terms) sesuai dengan peringkat kebolehfahaman anda.
Ejen Takaful yang professional kebiasaannya sangat sabar dan pandai dalam menerangkan intipati Takaful, sehingga anda benar-benar faham apa yang tersurat dan tersirat berkenaan Pelan Takaful, tidak kira apa pun peringkat umur anda.
Dapatkan Beberapa Testimoni Jika Perlu
Langkah terakhir ini boleh juga anda buat untuk menambah keyakinan terhadap Ejen dan Pelan Takaful yang hendak anda daftar.
Minta Ejen untuk menyenaraikan beberapa testimoni mereka yang pernah daftar dengannya, yang pernah buat tuntutan dan yang pernah buat penambahbaikan dalam Pelan Takaful.
Kesimpulan
Selain Pelan Takaful dan Syarikat Takaful, pemilihan Ejen Takaful juga adalah sangat penting. Kerana tanpa mereka, ia bakal merumitkan urusan yang berkaitan dengan Pelan Takaful anda pada masa hadapan. Pilih Ejen yang jujur, amanah dan professional. Perlu diingat, Ejen Takaful adalah Pekerja dan Penasihat anda. Mereka berkhidmat untuk menguruskan pendaftaran, mengemaskini Pelan Takaful, memberi khidmat nasihat dan menguruskan tuntutan Takaful anda.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda