Hutang adalah salah satu punca yang menyebabkan tekanan dalam hidup dan ketidakstabilan dalam menguruskan perbelanjaan. Dengan cara, langkah dan strategi yang betul, masalah ini boleh diatasi dengan baik. Tidak kira cepat atau lambat, objektif utama kita semua adalah untuk mendapat kebebasan berhutang (debt-free).
Berikut adalah 9 langkah dan cara menguruskan Hutang dengan efisyen :
- Senarai dan Kenalpasti Hutang Anda
- Buat Rancangan Belanjawan Baru Yang Realistik
- Utamakan Hutang Mengikut Prioriti
- Kurangkan Perbelanjaan Yang Tidak Penting
- Elakkan Buat Hutang Yang Baru
- Cari Sumber Pendapatan Tambahan Dan Kerja Sambilan
- Berunding Secara Berhemah Dengan Pemberi Pinjaman
- Mendapatkan Nasihat Dan Bantuan Daripada Pakar Kewangan
- Mengambil Pelan Takaful Hibah Sebagai Pelan Perlindungan Musibah
Keterangan setiap langkah adalah seperti di bawah.
Senarai dan Kenalpasti Hutang Anda
Langkah ini adalah langkah paling utama. Ia untuk mengetahui detail hutang yang sedang berjalan. Senaraikan semuanya secara terperinci, contohnya :
- Sumber atau Punca atau Nama Hutang.
- Berapa Jumlah Hutang dari Setiap Sumber dan Punca.
- Kadar Faedah (Interest) Hutang Jika Ada.
- Tempoh Pembayaran Balik Setiap Hutang.
Setelah mengetahui semua detail, anda boleh mendapat gambaran lebih jelas apa yang berlaku. Jadi, bolehlah mula merancang bagaimana untuk menguruskannya secara berperingkat.
Buat Rancangan Belanjawan Baru Yang Realistik
Rancangan Belanjawan ini perlulah memasukkan beberapa perkara penting seperti :
- Jumlah Pendapatan Semasa.
- Perancangan kepada Pembayaran Hutang Secara Berperingkat.
- Perancangan Perbelanjaan Keperluan Bulanan.
Ini akan menyebabkan anda dapat mengira akaun duit keluar masuk setiap bulan dengan lebih tepat. Utamakan peruntukan untuk membayar hutang dahulu. Kemudiankan kehendak dan kemahuan yang tidak perlu buat masa ini.
Utamakan Hutang Mengikut Prioriti
Contoh Hutang yang Berprioriti Tinggi termasuklah Hutang daripada Individu dan hutang yang berfaedah tinggi seperti Pinjaman Peribadi. Susun pembayaran hutang secara efisyen agar ia menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan sehari-harian. Langkah ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi.
Kurangkan Perbelanjaan Yang Tidak Penting
Mungkin ini menjadi berat pada peringkat awal. Tetapi percayalah, jika anda benar-benar fokus kepada matlamat untuk Bebas Hutang, ianya kelak menjadi benda yang mudah dan memudahkan anda di masa hadapan.
Perbelanjaan yang tidak penting termasuklah makan makanan yang mahal, membeli-belah benda yang tidak sepatutnya, berbelanja kepada hiburan dan lain-lain.
Elakkan Buat Hutang Yang Baru
Cuba elakkan perkara ini semampu yang boleh. Fokus kepada kurangkan hutang sehingga hutang sedia ada selesai. Berusahalah ke arah Bebas Hutang. Jauhkan diri dari godaan menggunakan kad kredit dengan keadaan tanpa batasan. Juga elakkan diri dari terjerebak dengan tawaran pinjaman peribadi.
Cari Sumber Pendapatan Tambahan Dan Kerja Sambilan
Langkah ini boleh dibuat bagi memastikan hutang boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Terlalu banyak peluang pekerjaan yang anda boleh dapat di luar sana. Seperti :
- Bisnes online menjual makanan, alat-alatan dan pelbagai barangan di platform semisal Shopee, Lazada, Ebay dan lain-lain.
- Menjual makanan dan minuman di tepi jalan.
- Menjadi ejen atau stokis barang-barangan.
- Menjadi pelayan restoran dan hotel secara sambilan.
- Menjadi penghantar makanan dan barangan (rider) Foodpanda, Grabfood dan lain-lain.
- Menawarkan servis-servis berdasarkan kemahiran yang ada.
- Menjadi Perunding Takaful secara sambilan.
Pekerjaan ini bukan sahaja boleh membantu menyelesaikan hutang anda dengan lebih segera, malah ia membawa pulangan yang besar untuk diberikan kepada keluarga tersayang.
Berunding Secara Berhemah Dengan Pemberi Pinjaman
Kemungkinan setelah anda menyenaraikan semua hutang, anda merasakan ia suatu beban yang tidak mampu anda tanggung dalam satu jangka masa atau beberapa tempoh. Atau, mungkin anda tidak boleh melangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Atau, mungkin anda sedang mengalami musibah kewangan yang sangat teruk pada masa ini.
Ketika ini, anda perlu berjumpa dan berunding semula dengan semua peminjam hutang berkenaan terma pinjaman. Terangkan kepada mereka berkenaan situasi kewangan anda sekarang. Jujur ketika berunding. Bincang berkenaan penstrukturan semula hutang-hutang yang telah dibuat. Dan bentangkan pelan pembayaran yang mampu dan munasabah.
Mendapatkan Nasihat Dan Bantuan Daripada Pakar Kewangan
Jika anda buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutang anda, kami syorkan anda berjumpa dengan badan penasihat kewangan yang profesional seperti AKPK. Mereka akan membantu anda dalam memberi nasihat dan membentangkan pelan penyelesaian hutang dalam tempoh yang sangat relevan.
Mereka sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam menerangkan strategi penyelesaian hutang.
Mengambil Pelan Takaful Hibah Sebagai Pelan Perlindungan Musibah
Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Mereka terlupa sekiranya berlaku kematian, masalah tidak habis begitu sahaja. Segala hutang perlulah diselesaikan oleh pihak keluarga atau waris.
Oleh itu, ambillah pelan Takaful Hibah sebagai Pelan Perlindungan Keluarga dari Hutang-Hutang anda. Setelah anda mempunyai Pelan Takaful Hibah, jika berlaku kematian, pihak keluarga atau waris (penama) akan memperolehi sejumlah pampasan. Pampasan tersebut boleh digunakan untuk melangsaikan segala hutang yang anda tinggalkan.
Kesimpulannya, menangani hutang adalah suatu yang sukar dan memerlukan masa. Tetapi ia boleh diselesaikan dengan kesedaran, disiplin, kesabaran dan azam yang besar. Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, kami percaya anda boleh menyelesaikan masalah anda dengan sangat berkesan dan efisyen agar mencapai matlamat kewangan terbesar bagi setiap orang iaitu Bebas Hutang. Kami yakin kita semua mampu mencapai kestabilan kewangan yang baik di masa hadapan.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda