Tahniah! Anda telah mempunyai Pelan Takaful dari AIA. AIA memperkenalkan E-Policy, dokumen polisi dalam bentuk softcopy bertujuan untuk :

  1. Mengelak dari berlakunya hilang Buku Polisi Takaful.
  2. Memudahkan urusan semakan Polisi Takaful serta-merta melalui telefon bimbit.
  3. Memudahkan urusan simpanan Polisi Takaful di dalam telefon bimbit.

Bagaimana Cara Muat Turun E-Policy?

Cara Tukar Kemaskini Kad Debit Kredit AIA

  1. Pastikan anda memiliki aplikasi My AIA. Jika tiada, boleh muat turun dari Google Play atau Apps Store. Kemudian buka aplikasi.
  2. Masukkan User ID dan Password. Jika tiada User ID dan Password bermakna anda belum daftar. Klik Register Here. Klik di sini untuk Cara Penuh Mendaftar Portal.
  3. Klik Butang Login.
  4. Klik Butang Policy.

Cara Tukar Kemaskini Kad Debit Kredit AIA

  1. Pilih polisi yang hendak dimuat turun dan klik dibahagian seperti ditunjukkan. Jika anda ada banyak polisi, pastikan anda muat turun semua polisi anda satu persatu.
  2. Klik Butang Open New Windows.
  3. Turun ke bahagian bawah sehingga jumpa Butang Download E-Policy.

Muat Turun E-Policy

  1. Klik Butang Download E-Policy.
  2. Pilih dan Klik Polisi Yang Anda Hendak Muat Turun.
  3. Tahniah! Anda berjaya Muat Turun / Download E-Policy untuk Pelan Takaful Anda. Anda boleh simpan (Save As..) polisi tersebut di dalam telefon bimbit anda. Pastikan di tempat atau folder yang selamat dan mudah diingat.

Semua detail dan keterangan Pelan Takaful anda boleh dirujuk di dalam E-Policy. Pastikan semua detail peribadi adalah betul dan sah. Muka surat ke Tujuh (7) – Halaman Maklumat Sijil, adalah muka surat terpenting dalam polisi anda. Rujuk ejen atau perunding takaful anda jika ada sebarang soalan atau kekeliruan.

Kami amat mengalukan untuk anda memberitahu ahli keluarga, sahabat terdekat dan majikan anda berkenaan pelan takaful yang anda telah daftar. Juga, perkenalkanlah ejen atau perunding takaful anda kepada mereka. Ini bagi mengelakkan dari kelewatan info sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anda dan keluarga. Dengan info yang cepat, ejen anda boleh menguruskan tuntutan anda sesegera yang mungkin.

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda