Ramai ejen atau perunding Takaful mempromosikan Pelan Takaful Cross Hibah. Tetapi tahukah anda hanya golongan minoriti yang sesuai dengan Pelan ini. Mengapa?
Apa Itu Cross Hibah (Hibah Silang)?
2 Pelan Hibah yang diambil secara serentak. 1 Pelan Hibah milik Suami (Jika berlaku kematian kepada Suami, Pampasan akan diterima oleh Isteri). 1 lagi Pelan Hibah milik Isteri (Jika berlaku kematian kepada Isteri, Pampasan akan diterima oleh Suami).
Kebiasaannya, Pelan ini mempunyai Jumlah Perlindungan (Pampasan) yang sama. Contohnya, Pelan Hibah Suami RM100,000 dan Pelan Hibah Isteri RM100,000. Tidak kira siapapun yang membayarnya.
Apa Kelebihan Cross Hibah (Hibah Silang)?
Ia bagi mewujudkan 2 Polisi Takaful Hibah yang melindungi Suami dan Isteri dengan Jumlah Pampasan yang sama. Ia bagus secara teori. Tetapi secara praktikalnya ia tidak begitu efisyen.
Kenapa tidak efisyen? Anda perlu meneliti kepada poin seterusnya.
Apa Kekurangan Cross Hibah (Hibah Silang)?
Suami perlu ada Pelan Hibah. Isteri juga perlu ada Pelan Hibah. Tetapi Jumlah Perlindungan (Pampasan) kemungkinan tidak boleh sama. Ia perlu berbeza mengikut keadaan kewangan dan keperluan Suami dan Isteri.
Pelan Hibah Milik Suami
Asas Pelan Hibah ini, jika berlaku kematian kepada Suami, Isteri akan memperolehi Pampasan Hibah.
Suami harus memikirkan beberapa faktor penting sebelum menyediakan Pelan Hibah. Antaranya :
- Hutang yang bakal ditinggalkan.
- Perbelanjaan Isteri yang akan ditinggalkan sebelum Isteri mampu menyesuaikan diri untuk menampung perbelanjaan diri sendiri dan anak-anak secara stabil.
- Perbelanjaan Anak-Anak yang masih bersekolah sebelum mereka mampu menyara diri sendiri.
- Kos guaman pencairan harta-harta pusaka (aset beku) yang ditinggalkan seperti rumah, kereta, simpanan bank, bon, KWSP dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, Suami adalah Tunjang Pendapatan dalam sesebuah keluarga. Maka semestinya, Jumlah Perlindungan (Pampasan) untuk Pelan Hibah Suami haruslah lebih tinggi.
Pelan Hibah Milik Isteri
Asas Pelan Hibah ini, jika berlaku kematian kepada Isteri, Suami akan memperolehi Pampasan Hibah.
Kebiasaannya, Isteri jarang menjadi Tunjang Pendapatan di dalam sesebuah keluarga. Tetapi Isteri juga tidak terkecuali dari memiliki Pelan Hibah kerana Isteri perlu juga memikirkan kos Penjagaan Anak-Anak (Taska) ketika Suami pergi bekerja setelah Isteri tiada, khususnya Isteri yang sedang bergelar sebagai Suri Rumah.
Akan tetapi, Cross Hibah dengan Jumlah Perlindungan (Pampasan) sama, Hanya sesuai untuk golongan Pasangan Suami Isteri yang bergaji sama dan mempunyai agihan perbelanjaan bulanan keluarga yang sama. Golongan ini sangatlah sedikit dalam negara ini.
Kesimpulannya, buatlah kira-kira sewajarnya bagi mendapatkan Pelan Takaful Hibah yang bertepatan dengan keadaan dan keperluan kewangan Suami mahupun Isteri.
Mencari Pelan Takaful?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda