Bayangkan senario ini. Seorang suami dan bapa yang aktif serta sihat, tiba-tiba mengadu sakit dada. Selepas pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan terdapat tiga salur darah pada jantungnya tersumbat dan perlukan pembedahan pintasan jantung dengan segera.

Inflasi Kos Perubatan Bagaimana Takaful Boleh Jadi Penyelamat Dompet Anda?

Di saat yang genting ini, akan ada dua kebimbangan yang besar. Satu, risau tentang kesihatannya. Kedua, soalan tentang, “Bagaimana saya nak bayar kos rawatan ini?”

Senario ini bukanlah rekaan. Ia adalah realiti pahit yang menghantui ramai dikalangan rakyat Malaysia. Di sebalik kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, satu ‘bom jangka’ kewangan sedang berdetik secara senyap yang hanya menunggu siapa dan bila musibah seperti ini akan berlaku. Ketika kita dengan tahun ini harga kos rawatan yang tinggi. Tanpa kita sedar, kita akan turut dihantui oleh Inflasi Kos Perubatan yang kian naik.

Apakah Itu Inflasi Kos Perubatan?

Inflasi kos perubatan merujuk kepada peningkatan berterusan dalam harga bagi perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan. Ia adalah sejenis inflasi yang berlaku khusus dalam sektor perubatan dan biasanya meningkat pada kadar yang lebih tinggi, berbanding inflasi harga barangan dan perkhidmatan pengguna yang lain. Inflasi diukur menggunakan unit peratus (%). Kenaikan harga rawatan perubatan yang berlaku pada kadar yang jauh lebih pantas daripada kenaikan gaji atau kadar inflasi umum.

Menurut unjuran terkini, Malaysia dijangka menghadapi kadar inflasi perubatan yang mengejutkan, iaitu antara 15% hingga 16.4% pada tahun 2024/2025. Angka ini bukan sahaja tinggi di Malaysia, malah ia adalah antara yang tertinggi di rantau ini, jauh mengatasi purata global. Kesannya sudah mula dirasai melaui kenaikan kos perkhidmatan kesihatan swasta dan peningkatan premium Takaful serta insurans.

Contoh kiraan mudah, jika tahun lepas Kos Rawatan untuk penyakit sekian-sekian RM10,000. Tahun ni akan naik sebanyak RM11,500 berdasarkan kenaikan inflasi 15%.

Dalam keadaan ini, pelan perlindungan kewangan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kewajiban. Artikel ini akan mengupas bagaimana Takaful perubatan boleh bertindak sebagai penyelamat wang dalam dompet anda, melindungi hasil titik peluh dan simpanan anda daripada kos rawatan yang boleh bakal memudarat dan melumpuhkan kewangan.

Apakah Faktor Inflasi Kos Perubatan?

Mengapa bil hospital swasta hari ini semakin mahal? Ia didorong oleh gabungan beberapa faktor yang kompleks:

  1. Umur Warga Tua Semakin Ramai
  2. Gaya Hidup Moden Yang Tidak Sihat
  3. Teknologi Perubatan Makin Canggih
  4. Kos Operasi yang Meningkat

Keterangan tentang faktor-faktor adalah seperti di bawah.

Umur Warga Tua Semakin Ramai

Seperti negara maju lain, populasi Malaysia semakin ramai dan menyebabkan ramainya juga rakyat di kalangan warga tua. Ini bermakna lebih ramai individu memerlukan rawatan untuk penyakit kronik yang lazimnya datang bersama usia.

Gaya Hidup Moden Yang Tidak Sihat

Penyakit Kritikal (Critical Illness) seperti sakit jantung, kanser, diabetes, dan darah tinggi berada pada tahap yang membimbangkan. Penyakit-penyakit ini memerlukan rawatan jangka panjang yang menelan belanja besar.

Teknologi Perubatan Canggih

Pembedahan menggunakan mesin, robot, rawatan kanser yang disasarkan seperti imunoterapi, dan peralatan pengimejan canggih menawarkan peluang penyembuhan yang lebih baik, tetapi ia datang dengan tanda harga yang lebih tinggi dan premium.

Kos Operasi yang Meningkat

Hospital swasta juga berdepan dengan kenaikan kos dalam semua aspek, daripada gaji kakitangan perubatan, kos ubat-ubatan (yang kebanyakannya diimport), sehinggalah kepada penyelenggaraan peralatan canggih.

Untuk memberi anda gambaran yang lebih jelas, lihat anggaran kos bagi beberapa prosedur perubatan utama di hospital swasta Malaysia:

  • Pembedahan Pintasan Jantung (Bypass): Sehingga RM80,000
  • Rawatan Strok (termasuk pemulihan): Sehingga RM75,000
  • Pembedahan Tulang Belakang: Sehingga RM55,000
  • Rawatan Kanser Payudara (pembedahan, kemoterapi & radioterapi): Boleh mencecah RM395,000
  • Rawatan Demam Denggi: sehingga RM12,000

Tanpa pelan perlindungan kewangan, dari manakah wang sebanyak ini anda boleh dapat? Adakah anda sanggup untuk keluarkan wang simpanan atau bergadai barangan untuk biaya kos rawatan anda?

Takaful Perubatan Sebagai Solusi Kepada Masalah Inflasi

Di sinilah Takaful Perubatan atau dikenali sebagai Medical Card Takaful memainkan peranannya. Ia bukan sekadar produk ‘insurans Islamik’. Ia adalah satu sistem pengurusan risiko kewangan yang berlandaskan Syariah Islam.

Asas Takaful terletak pada dua konsep utama:

Ta’awun (Saling Membantu)

Apabila anda menyertai Takaful, anda sebenarnya bersetuju untuk menyumbang ke dalam satu tabung bersama. Semua peserta di dalam dana ini secara sepakat bersetuju untuk saling bantu membantu jika ada di antara mereka yang ditimpa musibah, seperti memerlukan rawatan perubatan hospital.

Tabarru’ (Derma)

Caruman bulanan atau tahunan yang anda bayar dianggap sebagai sumbangan atau derma ikhlas ke dalam tabung tersebut. Dana dari tabung inilah yang akan digunakan untuk membayar kos perubatan peserta yang layak membuat tuntutan.

Secara praktikalnya, Takaful menukarkan risiko kerugian besar yang tidak menentu (seperti bil hospital yang tinggi) kepada satu kos kecil yang tetap dan boleh dirancang (bayaran sumbangan bulanan yang rendah). Dengan membayar jumlah yang kecil secara konsisten, anda memindahkan beban risiko kewangan yang besar kepada dana Takaful yang dikongsi bersama ribuan peserta lain. Ia membolehkan anda mendapatkan rawatan terbaik tanpa perlu mengorbankan wang dari dompet dan poket, dana pendidikan anak-anak, simpanan persaraan, atau terpaksa menjual rumah dan aset lain.

Saya Dah Ada Medical Card. Dah Lebih 10 Tahun. Perlukah Tukar Pelan Baru?

Dalam era kos perubatan yang melambung tinggi ini, memiliki Pelan Takaful Perubatan Asas (Basic Coverage Medical Card) atau lama atau ‘outdated’ mungkin tidak lagi memadai. Adalah amat penting untuk memastikan pelan anda komprehensif dan relevan selari dengan realiti kos semasa. Berikut adalah ciri-ciri utama yang perlu anda perhatikan:

  1. Had Tahunan & Seumur Hidup yang Tinggi
  2. Ko-Takaful atau Deduktibel
  3. Manfaat Tambahan (Rider)
  4. Rangkaian Hospital Panel yang Luas

Detail tentang ciri-ciri utama adalah seperti di bawah.

Had Tahunan & Seumur Hidup yang Tinggi

Had tahunan ialah jumlah maksimum yang boleh dituntut dalam setahun. Pelan Medical Card dengan had tahunan RM1 juta atau lebih tinggi adalah pilihan yang lebih selamat. Lebih baik lagi, banyak Pelan Takaful moden kini menawarkan tiada had seumur hidup, yang memberikan ketenangan fikiran secara mutlak.

Ko-Takaful atau Deduktibel

Ini adalah sejenis perkongsian kos di mana anda bersetuju untuk menanggung sebahagian kecil daripada bil. Contohnya, ko-Takaful 10% dengan had RM2,000 bermakna anda hanya perlu membayar 10% daripada bil, tetapi tidak melebihi RM2,000. Pelan sebegini biasanya mempunyai sumbangan yang lebih rendah, tetapi pastikan anda selesa dengan jumlah yang perlu dibayar dari poket sendiri.
Contoh lain, deduktibel RM500. Anda perlu membayar RM500 sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan di hospital. Bil selebihnya ditanggung oleh Pelan Medical Card.

Manfaat Tambahan (Rider)

Tingkatkan perlindungan anda dengan rider penting seperti:

Perlindungan Penyakit Kritikal: Memberikan bayaran pampasan sekaligus (lump-sum) jika anda didiagnosis dengan salah satu daripada 45 atau lebih penyakit kritikal. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan sara hidup semasa anda tidak dapat bekerja.

Elaun Tunai Hospital: Memberi bayaran tunai harian untuk setiap hari anda ditahan di wad, membantu menggantikan pendapatan yang hilang terutamanya apabila anda seorang peniaga yang mendapat gaji secara harian.

Rangkaian Hospital Panel yang Luas

Pastikan Syarikat Takaful anda mempunyai kerjasama dengan rangkaian hospital swasta yang luas di seluruh Malaysia, bagi memudahkan urusan rawatan anda jika memerlukannya tidak kira di mana pun anda berada.

Contoh Kajian Kes dan Situasi

Mari kita lihat kisah hipotetikal Ali dan Abu, dua rakan sebaya dengan latar belakang kewangan yang hampir sama. Kedua-duanya disahkan memerlukan pembedahan jantung segera yang dianggarkan berharga RM70,000.

Ali telah lama mendaftar Pelan Medical Card Takaful yang komprehensif. Apabila dimasukkan ke hospital, beliau hanya perlu menunjukkan kad perubatannya. Semua urusan bil diuruskan terus oleh Syarikat Takaful. Selepas pulih, Ali kembali bekerja dengan tenang. Kesihatannya terjaga, dan kewangannya langsung tidak terjejas.

Abu pula sentiasa berpendapat Takaful adalah satu pembaziran. Apabila berdepan dengan bil RM70,000, beliau terpaksa mengeluarkan kesemua simpanan KWSP Akaun 2. Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi. Beliau terpaksa meminjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Walaupun pembedahannya berjaya, Abu kini dibebani hutang dan tekanan kewangan yang teruk. Ia bakal menjejaskan proses pemulihan sakit dan kewangannya.

Kisah ini jelas menunjukkan bagaimana Takaful bertindak sebagai jaring keselamatan, atau lebih tepat lagi, ‘penyelamat dompet’ di saat yang paling tidak dijangka.

Kesimpulan

Inflasi kos perubatan bukanlah satu mitos; ia adalah realiti ekonomi yang sedang berlaku. Menganggap “ia tidak akan terjadi kepada saya” adalah satu pertaruhan yang terlalu berisiko. Setiap hari anda menangguhkan keputusan untuk mendapatkan perlindungan, anda mendedahkan diri dan keluarga kepada risiko kewangan yang dahsyat.

Ambil langkah proaktif hari ini. Semak semula polisi Takaful atau insurans sedia ada anda. Adakah ia masih relevan? Adakah had tahunannya cukup tinggi? Jika anda belum memilikinya, jangan tunggu lagi. Dapatkan nasihat daripada perunding Takaful yang bertauliah untuk merangka pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Ingatlah, sumbangan Takaful bukanlah satu perbelanjaan. Ia adalah satu pelaburan kritikal untuk ketenangan fikiran, untuk akses kepada rawatan kesihatan terbaik, dan yang paling penting, untuk melindungi masa depan kewangan anda. Jangan biarkan satu bil perubatan memusnahkan hasil usaha anda seumur hidup. Lindungi diri anda sekarang. Bertindak Hari Ini, Bukan Esok.

Kongsikan Artikel Ini

Mencari Pelan Takaful?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda